Mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan menjadi pilihan para pengguna yang mementingkan kesihatan. Ini kerana bahan ini digunakan sebagai penambah perasa bagi menggantikan MSG. Ia ada dijual namun harganya agak mahal. Saudari Nawal Yasmin Mat Noh ada kongsikan cara-cara untuk membuat Mushroom Seasoning secara homemade yang boleh anda cuba. Jadi boleh cuba buat sendiri je lepas ni. Memang jimat banyak.
1.Cendawan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu. Lap dengan kain atau tisu. 2.Masukkan ke dalam ketuhar atau air fryer. Bakar pada suhu 100C selama 20 minit.
3. Sejukkan cendawan seketika. Kemudian masukkan ke dalam TM6 bersama semua bahan-bahan lain.
4. Kisar selama 1 minit menggunakan speed 10.
Ads
5. Mushroom seasoning siap disediakan. Simpan dalam botol untuk kegunaan harian.
NOTA: Jika tiada TM6, boleh cuba kisar menggunakan pengisar kering atau grinder sehingga cendawan menjadi halus seperti serbuk.
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Nakkan kelainan? Jom cuba menu Ayam Pop sedap ni. Menu ringkas tapi nikmat kalau dapat. Ada sambal power!
CARA MASAK AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
.
INFO CHEF: Ayam Pop adalah masakan popular di kalangan masyarakat Padang, Indonesia.
Rendang ayam pencen antara menu yang selalu ada waktu raya untuk dimakan bersama dengan lemang dan ketupat.
Isi ayam pencen yang pejal membuatkan ia paling sedap dimakan dengan dua hidangan tersebut. Tapi untuk buat rendang ini ada caranya supaya daging ayam tua ini empuk sepenuhnya dan sedap diratah.
Dikongsi oleh Ben Safwan boleh ikut cara beliau menyediakan rendang ayam pencen cili api Negeri Sembilan. Katanya untuk memastikan daging ayam pencen ini empuk sepenuhnya ia dimasak hampir empat jam.
Cara buat rendam ayam pencen cili padi
Bahan-bahan
2 ekor ayam pencen – sekitar berat 2.4 kilogram dipotong kecil, bersih buang lemak semua
4 sudu makan kunyit hidup -dikisar dengan air minima
15-25 cili api
3 batang serai – saiz 7-8 cm setiap sebatang
2 kilogram santan segar
1 keping asam keping
Daun puding belacan
3 sudu makan tak membukit garam
1 sudu makan Hilal serbuk perasa
Cara membuat
1. Kisar kunyit hidup, cili api dan serai bersama 500ml air.
2. Tuang dalam kuali bahan kisar bersama semua potongan ayam, garam dan serbuk perasa Hilal.
3. Buka api, kacau dan biarkan mendidih.
4. Selepas mendidik tutup kuali dengan penutup (biar tebuka sedikit supaya wap boleh keluar. Guna api sederhana kecul dan reneh selama dua jam agar ayam pencen empuk.
5. Kemudian masukkan 2 kilogram santan segar, 1 keping asam keping dan gunakan api sederhana kecil untuk masak lagi selama 1 jam 30 minit.
6. Selepas itu besarkan api sedikit dan mula keringkan baki santan untuk 30 minit ini. Masukkan juga daun puding belacan.
7. Apabila dah siap keluarkan asam keping. Dah sedia sedap dimakan. Minyak yang terhasil ialah minyak santan. Memang sedap dimakan dengan ketupat.
Tidak sukar untuk menyediakan sajian Honey Chicken Wings ala restoran ni jika tahu resipinya. Sangat mudah malas kos nya juga tidak mahal. Menurut empunya resipi, saudari Aliah Yahaya Alia, rempah perapan ayam ini tidak disukat, boleh dihasilkan mengikut cita rasa sendiri. Menurutnya lagi ayam jika perap lebih lama, rasanya juga jadi lebih sedap. Wow…Bolehlah cuba buat untuk suami dan anak-anak. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. 2. Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan lain. Sebatikan. Jumlahnya bergantung kepada cita rasa masing-masing dan banyak mana kepak ayam yang digunakan. 3. Perap kepak ayam tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya. 4. Bakar kepak ayam menggunakan air fryer pada suhu 170C selama 15 minit. 5. Kemudian ubah suhu ke 180C dan bakar lagi selama 5-6 minit atau hingga ayam masak. 6. Masa mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis air fryer masing-masing. 7. Angkat dan Honey Chicken Wings sedia untuk dinikmati.