Pernah cuba Kuih Mochi? Manisan comel yang berasal dari Jepun ini mempunyai tekstur yang kenyal, inti manis. dan biasanya berwarna warni. Memang kena dengan cita rasa orang Malaysia. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Ada yang buat guna inti mentega kacang. Sedap! Jom cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Azila Ismail. Satu adunan ini boleh menghasilkan 14 biji kuih Mochi. Sesuai dinikmati waktu minum petang. Memang sedap
1. Masukkan tepung pulut, tepung jagung dan gula ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan air dan santan sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga sebati
3. Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda nak buat.
4. Kukus adunan selama 20 minit.
5. Selepas siap dikukus, angkat adunan dari loyang. Teksturnya akan jadi kenyal dan boleh ditarik begini selepas dikukus.
Ads
6. Ambil inti dan bulat-bulatkan. Empunya resipi guna inti kacang.
7. Seterusnya ambil sedikit tepung beras pulut dan sangai di dalam kuali seketika. Ia akan digunakan untuk menyalut Mochi nanti.
8. Cubit doh kemudian masukkan inti. Bulatkan kemudian golek sedikit tepung pada kulit Mochi. 9. Mochi telah siap disediakan. Sejukkan Mochi terlebih dahulu untuk rasa yang lebih enak.
10. Mochi homemade paling mudah sedia untuk dinikmati.
Ads
Kredit resipi & foto: Mamchi Aiman Nadzmi / Azila Ismail
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Menu simple dan senang nak buat bila takde idea nak masak apa. Dari di biarkan roti habis tarikh luput dan berkulat baik cuba resipi ni. Kenyang perut senang hati! Boleh juga disediakan untuk sarapan pagi.. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI KARIPAP SARDIN
(Untuk 14 keping roti)
BAHAN-BAHAN:
Sardin 1 tin kecil sardin.
2 bawang merah.
2 biji bawang putih.
10 tangkai cili kering.
1 batang carrot.
Garam.
Ajinamoto. (jika perlu)
CARA MEMASAK:
Blendkan cili kering dan bawang merah dan bawang putih. Tumis atas api sampai naik minyak. Masukkan sardin dan carrot. Buh air sikit. Pelan kan api bia sampai carrot lembut. Masukkan bawang garam dan ajinamoto. Api kene pelan ye. Kacau sampai kering sikit sardin tu.
Roti korang gelek sampai mampat ye. Lepastu pakai kepit karipap tu je. Masukkan inti sardin tu. Kepit cam biase.
Pastu boleh goreng. Goreng sekejap je. Dah garing terus angkat.
Siap!
Tip: Risau roti berminyak. Gelek dulu roti tu sampai tipis. Barulah tak berminyak.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1: Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2: Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3: Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4: Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Membuat mi sendiri prosesnya sangat mudah. Walaupun ada mi yang segera, kadangkala terasa juga kemalasan untuk membuatnya, kalau disimpan lama mi tak tahan lama dan bahan yang digunakan mesti tidak berkhasiat kerana ada bahan pengawet.
Resipi Mi Bayam ni memang sedap kalau di makan bersama sup atau boleh jer buat me goreng. Selain kesedapannya mi bayam ni juga sangat berkhasiat sebabnya bahan yang digunakan sudah tentu halal dan kandungan tak sama beli di kedai. Mi unik dan menarik dicuba!
Buat sendiri mi bayam gerenti bersih dan sihat. Sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar makan sayur.
RESIPI MI BAYAM
BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
20gm garam
1 biji telur
420ml air sayur bayam
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Tepung gandum diayak. Masukkan dalam mangkuk adunan.
2. Di bekas yang lain campurkan air sayur bayam, garam dan telur. Kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan air bancuhan sayuran dalam tepung. Sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Masukkan dalam mesin khas untuk leperkan nipis dan licin.
5. Masukkan pula ke dalam mesin mi.
6. Didihkan air dalam kuali. Boleh masukkan mi bila air mendidih.
7. Bila mi mula timbul, angkat dan toskan.
8. Gaul mi dengan minyak masak supaya tidak melekat.
INFO:
Kisar bayam dan tapiskan untuk dapatkan air bayam.
Kalau tidak ada mesin me boleh buat cara manual. Canai ikut ketebalan yang diingini dan potong guna pisau.
Simpan mi yang sudah siap dalam peti sejuk (bahagian bawah) dalam bekas kedap udara.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!