Mi kuning ni memang sedap dan boleh hasilkan macam-macam menu. Biasanya kita beli je kan tapi menerusi perkongsian saudari Norain Naim, beliau kongsikan cara-cara buat mi homemade tanpa menggunakan mesin. Mudah sangat. Potong mi pun cara manual. Hanya guna pisau! Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan dan air suam. Jom cuba! Anda pasti kagum bila lihat hasilnya.
CARA BUAT MI HOMEMADE GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Air suam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak sahaja sampai doh tidak melekit di tangan. Jangan terlebih nanti doh jadi lembik. Kalau lembik, tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh hingga sempurna dan canaikan senipis mungkin.
3. Semasa mencanai doh, tabur sedikit tepung di permukaan doh dan pencanai supaya tidak melekat. Bila sudah dicanai nipis, lipat doh seperi dalam gambar. Ia bertujuan untuk memudahkan doh dipotong. Jika guna mesin, tidak perlu lipat.
Ads
4. Doh sedia untuk dipotong nipis-nipis. Ketebalan mi boleh ikut cita rasa masing-masing.
5. Didihkan air dan rebus mi selama 5 minit atau sampai mi lembut.
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Ia penting bagi mengelakkan mi dari terlebih kembang. Letak sedikit minyak bagi menjadikan mi cantik berderai.
7. Mi siap disediakan dan boleh digunakan untuk masak mi goreng, mi sup, mi kari dan bermacam-macam menu lagi.
Tercari-cari menu makan malam yang sedap, mudah dan mengenyangkan? Resipi Sup Tepung sedap perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Hidangannya sangat ringkas tapi rasanya memang membuka selera. Sesuai bagi anda yang kurang sihat, atau tak gemar makan nasi atau hidangan berat pada waktu malam, bolehlah cuba menu ni. Pasti puas hati.
Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
Sedikit isi ayam | dihiris
Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
1-2 batang lobak merah | dipotong
Putik jagung
Sedikit sawi
1 biji tomato | belah 4
4 biji telur
1 cawan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
Bahan perasa secukupnya | jika perlu
2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
Bila nak berakhir sekolah, akan adanya jamuan di sekolah anak. Mulalah mak mak mengelabah nak bekalkan menu potluck apa yang sesuai. Jadi idea ni pasti hilangkan stres mak semua. Boleh sediakan menu Mac&Cheese dalam bekal yang comel begini. Mudah bawa dan tidak membazir.
MAC & CHEESE
Bahan-bahan:
(Sukatan untuk 30 bekas)
2 paket Macaroni Kimball – 2 packet. ( tak smpai 2 paket pun. Rebus asing sampai empuk).
2 tin Prego Mac&cheese
1 paket sosej (hiris)
1 tin cendawan butang (hiris)
½ kotak besar susu full cream
30 ekor udang (buang kulit, rebus asing. Rebus kejap je)
Bekas untuk isi
6 ulas bawang putih (tumbuk)
1-2 sudu oregano
Gula/garam/perasa
3 sudu besar butter
Cara membuat:
Panaskan butter. Tumis bawang putih. Masuk sosej,cendawan sampai betul-betul masak.
Masuk Prego Mac&cheese.
Masuk susu full cream.
Masuk oregano,Gula,garam dan perasa.
Biar sampai mendidih dan pekat sikit.
Kemudian masuk makaroni yang dah rebus. Gaul sebati semua sekali.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...