Kuih Ang Ku atau kuih kura-kura merah ini antara kuih tradisi Cina yang popular. Malah ia turut digemari oleh ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa.
Cuma bagi kaum Melayu dah tentu mementingkan pembuatan dari sumber yang halal. Bagi yang teringin menikmatinya boleh cuba buat sendiri. Inti paling popular adalah kacang, biasanya dihidang dalam bentuk leper bulat di atas daun pisang memang klasik!
Resipi ini menggunakan bahan mudah seperti tepung pulut, kentang lenyek dan pewarna merah untuk doh, manakala intinya pula dibuat daripada kacang tanah goreng yang dikisar halus. Teknik kukusan dan tip supaya kuih tidak melebar juga dikongsi untuk hasil kuih Ang Ku yang cantik dan tahan lama. Jom cuba!
Ads
Resipi Kuih Ang Ku
Bahan-Bahan Inti
200g kacang tanah (digoreng tanpa minyak, kemudian dikisar halus)
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh garam
Bahan-Bahan Doh
100g kentang (direbus, ditos dan dilenyek halus)
200g tepung pulut
2 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh pewarna merah
135g air
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan doh, gaul dan uli hingga sebati dan boleh dikepal. Timbang doh seberat 15g setiap satu untuk hasil yang sekata.
2. Gaul kacang tanah kisar bersama gula, garam dan minyak jagung hingga menjadi inti yang boleh dikepal.
Ads
3. Ambil seketul doh, leperkan dan isikan inti. Bulatkan semula dan tekan sedikit leper. Susun atas daun pisang yang telah dipotong ikut saiz dan dioles sedikit minyak.
4. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Kukus kuih selama 10 minit dengan api sederhana. Setiap 3 minit, buka penutup kukusan untuk elak kuih melebar terlalu banyak.
5. Setelah masak, terus sapukan minyak jagung pada permukaan kuih agar kelihatan berkilat dan tidak melekat antara satu sama lain.
Ads
Tip Ekstra
Pastikan kacang tanah disangai hingga betul-betul rangup untuk hasil inti yang wangi dan tahan lama.
Boleh simpan kuih dalam bekas bertutup pada suhu bilik jika mahu makan dalam masa sehari. Jika lebih lama, simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula sebelum makan.
Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian Opah Mas Cotekni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
CARA BUAT KUIH LEPAT LIAT SEDAP
BAHAN A:
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
BAHAN B:
Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul. 2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan. 3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. 6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan. 7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Resipi kuih ini sangat istimewa kerana kue cantik manis ini asalnya dari Indonesia. Resipi untuk buatnya pun sangat simple.
Menerusi perkongsian resipi daripada Jamilah Nordin, kue cantik manis ini boleh dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Malah tak lama lagi pun, kita akan menyambut bulan puasa. Boleh juga buat untuk berbuka atau jualan. Kuih ini memang nampak menarik kan bila bungkus dengan plastik jernih macam tu.
1. Rebus biji sagu dan masukkan pewarna pilihan secukupnya. 2. Masak hingga jernih dan hilang biji-biji putih. Letak dalam tapis dan lalukan di bawah air paip untuk buangkan kanjinya. Ketepikan.
3. Satukan santan, tepung hoenkwe, gula pasir, garam dan esen vanilla dalam periuk. 4. Masak atas api perlahan hingga pekat. Masukkan biji sagu, padamkan api dan terus kacau perlahan-lahan hingga rata.
Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini. Tetapi di Chenor Pahang , kuih-kuih tradisional ini masih wujud apabila lahirnya usahawan-usahawan kecil yg terdiri daripada surirumah yang menjual kuih-kuih tradisional ini di pekan-pekan sehari dan pasar tani di sini.
KUIH PENA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepong pulut(untuk bintang)
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
6 cawan santan
2 biji telor
3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
sedikat garam
Cara-caranya :-
Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.
Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh dan dibentukkan bintang.
Daun pisang disapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu tuangkan adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
Setelah masak angkat dan bolehlah dimakan.
KUIH BADAK BERKUBANG
BAHAN-BAHAN:-
1/2 kampit tepung pulut
1/2 kampit tepung pulut hitam
CARA MEMBUAT:
Satukan kedua-dua tepung diatas, bancuh dengan air sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan isi inti kelapa seperti buah melaka
BAHAN PUTIH:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Ketepikan seketika
Kemudian kukus dahulu tepung hitam berinti kepala dahulu sehingga agak masak. Kemudian tuangkan bancuhan bahagian putih .
Kukus sekejap dan bila sudah masak bolehlah diangkat ‘
KUIH MAHBOB PAHANG / KUIH TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan gula putih
3 sudu tepung beras
1 cawan ai
Sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan
Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.
Bahan untuk tahi minyak
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Cara membuat tahi minyak. Masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.
CARA MEMBUAT:
1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.
2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.