Menikmati wrap juga boleh mengenyangkan. Dengan sekeping wrap, dibungkus dengan kepingan ayam dan pelbagai sayur-sayuran, boleh jadi kenyang juga. Sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan atau pada waktu tengah hari juga malam sebagai satu hidangan.
Nikmati wrap dengan segelas air kosong atau kopi kegemaran anda.
Jom kita lihat resipinya.
GRILLED CHICKEN WRAP
Ads
BAHAN PERAP AYAM
8 keping fillet ayam
Susu segar fullcream
1/2 sudu kecil sos perang
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos bawang putih
1 sudu kecil olive oil (boleh ganti minyak masak)
BAHAN WRAP
1 bungkus wrap
Salad
Lobak merah
Timun
Tomato
Mayones
Sos cili
Sos keju nacho’s
Sos lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Dalam plastik zip lock, masukkan fillet ayam. Perap bersama susu segar fullcream selama 30 minit di dalam peti sejuk.
2. Selepas diperap, masukkan fillet ayam dalam mangkuk. Letakkan sos perang, kicap lemak manis, sos barbeku, sos bawang putih dan minyak zaitun.
3. Gaul sebati ayam dengan bahan perapan. Masukkan kembali ke dalam plastik zip lock. Perap dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan ayam. Masak atas kuali leper dengan api sederhana. Terbalik-terbalikkan ayam supaya masak sekata. Setelah masak, angkat dan matikan api. Ketepikan.
5. Keluarkan wrap. Panaskan seketika atas kuali leper.
6. Gunting bahagian tengah separuh bulatan.
7. Susunkan ayam fillet pada satu bahagian.
Ads
8. Susunkan salad, lobak merah, timun dan tomato.
9. Letakkan mayones, sos cili, sos keju nacho’s dan sos lada hitam.
Nampak sedap!Boleh juga susun begini.
10. Lipat kemas wrap.
Mulakan melipat daripada bahagian yang telah digunting.
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap dan enak, boleh cuba resipi ala Twister KFC ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
Keropok nasi. Pernah makan atau pernah buat sendiri? Rupanya banyak yang kita boleh masak/buat menggunakan lebihan nasi sejuk yang tak habis makan. Asalkan tak basi.
Biasanya nasi tak habis kita simpan dan kita masak nasi goreng. Tapi, banyak lagi masakan yang kita boleh buat dengan lebihan nasi.
Salah satu, adalah membuat keropok nasi. Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Arieza Rieza di FB miliknya. Namun, menurutnya, dia peroleh resipi ini daripada puan Fauziah Khary. Katanya resipi ini dari Indonesia. Menarik kan?
Jom kita cuba buat sendiri. Boleh dijadikan kudapan untuk seisi keluarga.
Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar sampai halus. Masukkan garam, irisan daun bawang, kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.Angkat dan potong nipis,
kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering. Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng. Enak dijadikan kudapan sambil menonton TV pada waktu lapang.
Lebihan nasi selalunya kita goreng, atau dijadikan cucur. Sekarang boleh tambah satu lagi menu, nasi sejuk ini boleh juga dijadikan keropok lekor.
Bukan saja nasi putih, jika ada lebih nasi berperisa seperti beriyani juga boleh digunakan. Bagi ikan pula tak semestinya menggunakan ikan segar. Ada ikan bilis saja pun dah boleh buat keropok lekor.
Cara buat keropok lekor guna lebihan nasi
Bahan-bahan
Lebihan nasi
Ikan bilis
Tepung ubi
Cara membuat
1. Kisar kering nasi dan ikan bilis hingga lumat.
2. Masukkan dalam bekas bahan dikisar dan tambah sedikit demi sedikit tepung ubi hingga menjadi doh yang lembut.
3. Panaskan air hingga mendidih, pada masa yang sama ambil sedikit doh dan uli jadi memanjang. Kemudian terus direbus dalam air yang mendidih.
4. Rebus sehingga keropok lekor lebih kurang lima minit bergantung ketebalan. Apabila keropok lekor terapung bolehlah diangkat.
5. Toskan dan sejukkan seketika. Simpan dalam peti sejuk sekejap supaya keropok meletup sewaktu menggoreng.
6. Selepas itu bolehlah dipotong dan digoreng. Rasa keropok lekor ini sama seperti keropok ikan biasa dan tetap lembut dan kenyal. Malah kekal lembut walau dah sejuk.
Info
-Boleh juga jika mahu campur dengan nasi berperisa seperti lebih nasi beriani atau nasi minyak
-Doh yang siap dikisar akan melekat, taburkan dengan tepung ubi kayu pada talam dan tangan Ketika menggentel.
-Tak perlu letak garam atau perasa, kerana ikan bilis sudah cukup masinnya.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...