Buat Sendiri Granola Bar Homemade, Sedap & Mudah Je

Share

Jom buat Granola Bar homemade! Terdapat pelbagai jenis snek dan makanan ringan yang dijual di pasaran. Namun semuanya bergantung pada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Jika anda dan anak-anak sukakan snek, boleh cuba resipi Granola Bar perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Mudah, sedap dan boleh kawal kandungan gula, pewarna dan tanpa pengawet. Malah ia juga lebih sihat kerana menggunakan oat dan bahan-bahan sunah seperti kismis, kekacang dan banyak lagi. Anda juga boleh oleh bahan-bahannya ikut citarasa masing-masing. Jom cuba!

 

CARA BUAT GRANOLA BAR HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

(semua bahan diatas dibakar sekejap di dalam ketuhar)

BAHAN LAIN:

 

CARA MEMASAK:

1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.

2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.

3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Sumaiyah Abdullah

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN