Bingka pandan kuih yang enak dan mudah membuatnya. Rasanya lemak-lemak manis memang mengasyikkan. Ada sesetengah bingka ini dilihat warnanya kehijauan kerana ia dicampur dengan sedikit pewarna. Untuk kekalkan aroma pandan, sebaiknya tidak menggunakan pewarna.
Perkongsian resipi oleh Amie Samuri buat penggemar kuih ini. Bingka Pandan ni memang selalu dapat permintaan anak-anak. Memang sedap lembut, cair di mulut. Recomended pada yang nak buat makan-makan, morning coffee hi-tea dan sebagainya.
Bingka Pandan
Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan (saya guna 2 kotak kecil santan dan bancuh dengan air jadi 3 cawan) 1 cawan air pandan 3 biji telur 1 cawan gula Secubit garam 2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak
Ads
Cara-cara:
1.Blend semua bahan dan masukkan dalam loyang.
2.Bijan untuk taburan atas bingka.
3.Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau hingga masak. Bijan saya tabur masa 10 minit pertama.
Kredit : Amie Samuri
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Kuih Serabai, berbentuk seakan apam yang dinikmati bersama kuah manis. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisionalorang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat negeri Kelantan dan Terengganu.
Jika di bandar, susah nak jumpa kuih ni. Sebenarnya nak buat kuih ni pun tak lah susah. Guna nasi sejuk, tepung beras dan beberapa bahan mudah yang lain sahaja. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari HasnieZa Nor.
CARA MASAK KUIH SERABAI KUAH MANIS
BAHAN KUIH SERABAI:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.
BAHAN KUAH MANIS:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
1 biji telur
Sedikit garam
3 sudu besar gula
2 keping gula melaka/nisan
CARA MEMASAK:
Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.
Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!
RESIPI LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..