Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity Daging atau Beef Prosperity Burgerini antara yang ditunggu-tunggu. Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau. Tapi, jika keluarga besar, agak tinggi kos yang perlu dibelanjakan untuk sajian satu keluarga. Jadi, bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni secara homemade, saudari Aida Haron ada kongsi resipinya. Mudah dan lebih jimat. Jom cuba.
CARA MASAK BEEF PROSPERITY BURGER / BURGER PROSPERITY DAGING HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING (untuk 11 keping):
800gm daging kisar 2 sudu makan perencah cukup rasa Parsli/oregano/mix herbs (apa sahaja herba yang ada di rumah)
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. 2. Kemudian timbang setiap ketulan daging seberat 80gm. Jika tiada penimbang, boleh agak-agak sahaja. Bulatkan daging kemudian leperkan seperti daging burger. Pastikan bahagian tengah daging ditekan lebih supaya bila dimasak ia tidak mentah. 3. Bila sudah siap, susun kepingan daging diatas parchment paper supaya tidak melekat.
4. Untuk memasak, goreng daging menggunakan kuali non-stick tanpa menggunakan minyak. Nanti daging akan mengeluarkan minyak sendiri. 5. Bilad aging sudah masak, angkat dan sediakan sos pula.
CARA MEMASAK: 1.Cairkan mentega kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu. MAsak hingga bawang kelihatan lutsinar. 2. Seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau hingga menjadi warna coklat kekuningan. Pastikan tidak hangus ya. 3. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, air , kiub daging, daun bay, kicap dan sos tiram. Kacau ikut kepekatan yang anda suka. 4. Bila sudah masak, celup daging burger yang digoreng tadi. 5. Letak diatas roti burger dan tabur hirisan bawang holland. 6. Beef Prosperity Burger sedai untuk dinikmati.
Ads
Kredit resipi & foto: Aida Haron
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakantelur rebus ni. Bukan setakat goreng atau rebus dan makan dengan cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Memang mudah dan membuka selera. Sesuai sangat anda masak sebagai menu makan tengahari. Selamat mencuba!
1. RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai | hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
3. TELUR MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan digoreng
5 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
Sedikit kicap manis + kicap masin
2 helai dau bay
Sedikit cuka
Sedikit hirisan cili benggala hijau
Sedikit hirisan cili benggala merah
Minyak untuk menumis
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
12 biji cili besar hijau | dikisar halus
300ml air
8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 labu bawang putih | dihiris
4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
Rempah 3 beradik secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun pandan | disimpul
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
5. KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit
700ml santan
1/2 cawan air asam jawa
3 biji kentang | belah empat
2 biji cili hijau | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji tomato | belah enam
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan lauk telur ini sedia dihidangkan.
6. KURMA PEKAT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
200ml santan kotak
1 cawan air
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat
1/2 batang lobak merah | potong memanjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
1 biji bawang holand | belah empat
1 biji tomato | belah empat
1 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.
7. SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
1 keping tauhu | potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4-5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 hiris halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar, hingga wangi.
Masukkan pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
8. TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
9. PETAI TUMIS BERSAMA SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm petai – dikupas kulit
12 biji telur puyuh rebus
3 sudu makan sotong kecil kering – dibasuh sedikit
Garam dan gula secukup rasa
1 ruas lengkuas – ditumbuk
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK HALUS:
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
15 biji cili padi
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta lengkuas hingga wangi.
Kemudian masukkan sotong kering kecil dan juga petai. Gaul rata.
Seterusnya masukkan telur puyuh. Jika sambal terlalu kering, masukkan sedikit air.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Bila sambal tumis sudah masak dan sekata, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: lusiaa_VV
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lauk yang senang nak dibuat adalah telur dadar. Tapi macam mana na wujudkan kelainan? Nah, RASA kongsikan resipi membuat telur dadar berkeju tapi dihasilkan dalam bentuk yang cukup menarik.
Telur dadar sedap dimakan dengan apa sahaja. Boleh dimakan dengan nasi, bubur ataupun roti. Jom kita cuba buat telur dadar yang comel. Budak-budak pun boleh makan. Mesti mereka suka sebab comel. Tapi kalau nak buat untuk budak-budak, jangan letak cili padi tau.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
1 tangkai daun sup (hiris)
3 keping keju (dikoyak-koyak)
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam satu demi satu. Kacau sebentar.
2. Masukkan capsicum, bawang, cili padi, daun sup dan keju.
3. Panaskan kuali rata. Sapukan marjerin pada kelongsong telur benjo.
4. Letakkan marjerin dalam kelongsong. Masukkan sedikit adunan telur.
5. Biarkan sehingga masak dan angkat.
6. Ulangi sehingga adunan habis.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ada rasa pedas, manis dan masin yang seimbang. Perahan jus limau kasturi menambahkan lagi kesedapan soto ni.
BAHAN-BAHAN:
1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
500ml air
400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Air rebusan daging secukupnya
30ml minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
40gm kacang goreng
Limau kasturi
Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
50gm cili padi
40ml kicap manis
30gm gula pasir
20ml air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
Biarkan ia mendidih, tutup api.
Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.