Orang Selangor esok cuti…Nak buat BBQ kecil-kecil di rumah? Boleh je ya, tak perlu halaman yang luas, tempat memanggang atau menggril luas dan berbelanja besar. Cukup sekadar di dapur atau meja makan, yang penting korang boleh menikmati BBQ santai bersama keluarga. Kalau takda menu, ini RASA kongsikan resipi dan korang boleh cuba, simple tapi sedap.
.
DAGING BAKAR BBQ & SOS LADA HITAM BAHAN-BAHAN
500gm daging lembu | hiris nipis dan lebar
6 ulas bawang putih | cincang halus
2cm inci halia |kisar
2 sudu sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar daun rosemary
½ sudu kecil garam
1 sudu teh gula
BAHAN SOS LADA HITAM:
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap
1/2 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kemudian toskan airnya.
2. Masukkan daging dalam mangkuk, kemudian campurkan semua bahan lain.
3. Gaul rata dan masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 30 minit.
4. Sementara itu sediakan sos lada hitam.
5. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga keperangan dan masukkan tepung gandum, kacau rata dengan whisker.
6. Kemudian masukkan susu, kacau lahi dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kiub pati daging.
7 Seterusnya masukkan kicap dan sos lada hitam. Kacau sebati di atas api kecil.
8. Setelah pekat tutup api. Ketepikan.
9. Panaskan kuali pemanggang, kemudian letakkan sedikit mentega.
10. Panggang hirisan daging hingga masak.
11. Setelah masak hidangkan bersama sos lada hitam.
Ads
.
KAMBING BBQ
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu makan sos BBQ
1sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh herba campur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk. 2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap . 3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. 4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang . 5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit. 6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.
.
FILLET IKAN DORY PANGGANG BAHAN-BAHAN:
500gm fillet ikan dory | dadu sederhana, bersih dan tos
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan paprika
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia mudah | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
4. Sedia dan panaskan pemanggang,
5. Panggang fillet ikan lebih kurang 10-15 minit (semasa memanggang sentiasa balik-balikkannya).
6. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan sos yang sesuai.
.
Ads
KEBAB AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
3 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan yogurt
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia kisar
Sedikdit hirisan cili benggala merah dan kuning
Tomato ceri secukupnya
Garam | jika perlu
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain.
2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian cucu isi ayam berselang seli dengan cili benggala dan akhiri dengan tomato ceri.
4. Panaskan pemanggang, kemudian panggang lebih kurang 10-15 minit.
5. Sentiasa balik-balikkanya.
6. Kebab sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
Ads
.
SEAFOOD GRILL:
BAHAN-BAHAN
10 ekor udang | bersihkan
5 ekor sotong | bersihkan dan potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia muda | kisar
1 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang dan sotong dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk.
3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
4.. Cucuk udang dan sotong menggunakan lidi pencucuk. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan pemanggang dan panggang lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak bolehlah hidangkan dengan sos pencicah pilihan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Di Kelantan, menu nasi berlauk memang popular dan mempunyai beberapa pilihan lauk pauk. Antara yang popular ialah Gulai Ayam, Gulai Ikan Tongkol dan banyak lagi. Salah satu yang paling sedap adalah Gulai Ikan Kering @ Ikan Masin. Kena pula makan dengan nasi putih panas dan sambal belacan tumbuk. Fuhhh…Memang padu! Gulai ni pula ada macam-macam rencah dalam kuahnya. Ada timun, nanas dan cili. Lagi lama diperangat, lagi sedap! Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Di musim rumah terbuka ni, pasti ramai yang tengah tercari-cari menu yang sesuai untuk dimasak bagi dijadikan hidangan buat tetamu. Menu Nasi Ayam perkongsian saudari Sur Aida ni antara yang mudah dan sedap. Malah disukai ramai. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM PALING SEDAP SUKATAN 10 ORANG MAKAN
RESIPI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN SAPU:
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
CARA MEMASAK:
Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
RESIPI SOS CILI
BAHAN-BAHAN:
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
RESIPI KICAP AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
Lauk ayam, daging, sotong dan udang, adakalanya bosan juga. Jika sesekali datang ‘mood’ nak makan makanan ringkas, lauk Sambal Sardin Cili Kering antara yang anda boleh pertimbangkan. Makan dengan nasi sedap, nak cicah dengan roti pun jalan. Best! Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
1 tin sederhana ikan sardin | diasingkan kuah dan ikan digoreng seketika
8 biji tomato ceri
1 biji ubi kentang | dihiris dan digoreng seketika
3 sudu makan pes cili kering
1/3 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
Daun bawang | hiris
Garam secukup rasa | tambah gula jika perlu
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan kuah sardin dan sardin yang telah digoreng. Kacau rata.
5. Kemudian masukkan tomato ceri dan ubi kentang yang telah digoreng.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan juga daun bawang. Masak seketika.
7. Tutup api, angkat dan hidangkan.
Tonton video penyediaan Sambal Sardin Cili Kering:
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.Memang terasa...