Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
Ads
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
Ads
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
Viral sana sini dengan donut velvet. Tapi kalau buat pasti anak kurang suka. Jadi jom buat donut susu, rasa manis dan rasa lemak memang buat ketagih anak-anak makan. Bukan setakat anak-anak saja yang makan, mak ayah pun tumpang sama. Pasti licin sepinggan.
DONUT SUSU
Bahan-bahan: 1 pek Mauripan-bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih 1 kg tepung gandum 1 biji telur 2 sudu makan marjerin Susu pekat (agak agak saja) 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam
Cara membuat: 1.Bancuh yis dengan air suam sampai berbuih. 2.Bila yis dah kembang campur semua, uli dalam sejam.
Bahan salutan: Susu tepung(saya guna fernleaf) Gula
Cara membuat: 1.Kisar halus dua bahan ni.
2.Salutkan pada donut selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu. Kredit: Noor Shafiqah Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mahukan resipi yang ringkas namun menyelerakan, piza tidak kurang enaknya. Bosan dengan piza yang dibeli, boleh saja mengolahnya mengikut cita rasa sendiri. Anda boleh membuat doh sendiri sama ada mahukan kulitnya tebal atau nipis serta rangup. Tepuk dada tanya selera. Malah untuk kepelbagaian rasa, jangan terikat dengan perisa yang sama. Mungkin boleh inovasi piza anda dengan resipi seperti yang dikongsikan oleh RASA ini. Cuba rasai kenikmatan piza homemade anda.
Piza Kari Tuna Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Kari tuna dalam tin (yang buat sandwich)
Hirisan cili padi
Cara memasak:
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Sambal sotong (dalam tin)
Hirisan tomato ceri
Cara memasak:
1.Ratakan sos pasta atas roti pizza
2.Ratakan sambal sotong.
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan ceri tomato.
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing
Piza Ikan Bilis Petai Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Ikan Bilis Petai
Ikan bilis petai
2 ulas bawang putih – dikisar
3 biji bawang merah -dikisar
1 biji bawang besar -dikisar
50gm ikan bilis
Segenggam petai
cili giling
sedikit air
garam dan gula Cara memasak:
1.Goreng ikan bilis dan asingkan.
2. Minyak lebihan tadi tumis bahan-bahan yang dikisar.
3. Masukkan cili giling, sedikit air dan masak sehingga sambal garing. Perasakan dengan garam dan gula
4.Akhir sekali,masukkan petai dan ikan bilis. Gaulkan hingga sebati
Cara memasak piza ikan bilis petai:
Piza Mac & Cheese Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Sos Mac & Cheese (dalam tin)
Segenggam pasta (rebus dalam 7-8min)
Potongan dadu capsicum merah
Cara memasak:
1.Ratakan sos mac & cheese atas roti pizza
2.Gaul sos mac & cheese dengan rebusan pasta. Ratakan atas roti
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan potongan dadu capsicum merah
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing. Piza Carbonara Udang Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Sos Carbonara (dalam tin)
Segenggam pasta (rebus dlm 7-8min)
Segenggam udang. (rebus & buang kulit)
Hirisan pitted black olive
Cara memasak:
1.Ratakan sos carbonara atas roti piza.
2.Gaul sos carbonara dengan rebusan pasta. Ratakan atas roti.
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan black olive dan susun udang tadi
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing
Piza Green Curry Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade Green Curry dalam tin / botol (readymade)
Dada ayam – masak bersama sos green curry
Hirisan cili padi
Cara membuat:
1.Ratakan green curry atas roti pizza
2.Ratakan sos tadi bersama isi ayam
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan cili padi.
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing
Piza Chicken Floss Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Sos carbonara readymade
Chicken floss
Hirisan capsicum hijau Cara memasak:
1.Ratakan sos carbonara atas roti piza.
2.Ratakan chicken floss
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan capsicum hijau
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing
Piza Sosej Marinara Mini Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Hirisan sosej daging dan nanas dalam tin
Cara memasak:
1.Ratakan sos pasta atas roti pizza
2.Susun hirisan sosej
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan nanas.
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing
Piza Beef Pepperoni Bahan doh
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Beef Pepperoni
Cendawan dalam tin Cara memasak:
1.Ratakan sos pasta atas roti pizza
2.Susun beef pepperoni
3.Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan cendawan
4.Bakar pada suhu 190C/10-15 min atas sehingga garing.
Kredit resipi: Zeti Rafidah Abdul Khalid
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Mini Rainbow Roll Cake, cantik Kejadiannya makan pun sedap. Sangat comel dan cantik mini rainbow roll cake kukus. Sesuai untuk majlis hari jadi dan sebagai hantaran perkahwinan. Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?