Tahun Baru Cina bakal tiba. Pastinya ada di antara anda yang sudah merancang untuk pulang ke kampung dan ada juga yang merancang untuk pergi bercuti. Sebelum anda merancang perjalanan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan selamat dengan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM.
Untuk pengetahuan anda, PUSPAKOM telah melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina dan anda turut berpeluang memenangi hadiah sepanjang tempoh kempen, bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets, PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Ads
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Isu bekalan telur yang berkurangan menjadi bualan di media sosial sejak kebelakangan ini. Jika ada dijual pun, harganya dikatakan lebih mahal daripada biasa.
Bagaimana dengan tempat anda? Adakah bekalan masih sama atau berkurangan? Adakah harganya meningkat daripada biasa?
Namun ada berita baik! Harga telur baharu yang lebih rendah akan diumumkan esok oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan.
Jelas Perdana Menteri, langkah ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel. Beliau berhadap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan.
So, agak-agak berapa harga telur yang bakal diumumkan esok? Sama-sama kita nantikan.
Bulan Ramadan bakal disambut tidak lama lagi, Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan bulan yang mulia untuk masyarakat Muslim dengan menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 yang bertujuan merevolusikan penyedian sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Objektif utamanya termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep Sahur yang ringkas, dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.
Edar Pek Produk di 20 PPR Lembah Klang
Sepanjang kempen ini berlangsung, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada 25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza di sekitar Lembah Klang. Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas.
Dalam satu majlis yang diadakan di PPR Lembah Subang 2, pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah telah berlangsung bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut.
Peraduan Beli & Menang
Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 ini telah bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024 dengan slogan “Konfem Senang, Konfem Sedap”. Pengguna produk ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.
Hadiah yang ditawarkan termasuk; Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji® bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.
Baru-baru ini, sekumpulan media telah didedahkan dengan pelbagai menu yang sedap daripada Chef Brian yang juga dikenali sebagai Abang Brian. Menariknya, bukan sahaja sedap tapi Chef Brian turut menitikberatkan mengenai pemakanan sihat. Kata Chef Brian, dia sendiri telah lama mengamalkan pemakanan sihat sejak mula menyediakan makanan yang sihat untuk bapanya.
CSR menyarankan orang ramai bertukar daripada gula putih kepada gula perang Better Brown. Rasanya tetap sedap malah lebih sihat. Pengarah Bahagian Komersial CSR, Ahmad Farid Kamarudin menegaskan CSR memang komited dengan menguar-uarkan mengenai masalah diabetes dalam kalangan masyarakat.
“Setakat ini telah ada enam roadshow yang dibuat sekitar Alor Setar, Temerloh, Segamat dan beberapa lagi lokasi yang jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Kami pergi kepada masyarakat luar bandar untuk terangkan mengenai bahaya diabetes. Kami harap orang ramai semakin faham mengenai manfaat gula perang untuk kesihatan. Better Brown Sugar dijual pada harga RM3.80 setiap bungkus 1kg,” kata Farid sebelum sesi memasak bersama Chef Brian dimulakan.
Dalam sesi memasak di Young Chefs Academy di IPC Shopping Centre, salah satu resipi yang ditunjukkan adalah Brown Parfait With Caramelized Brown Sugar. Jom kita tengok resipi ini dan anda boleh cuba di rumah. Rasanya cukup sedap walau menggunakan gula perang.
BROWN PARFAIT WITH CARAMELIZED BROWN SUGAR
BAHAN BROWNIES 1/4 cawan mentega | dicairkan 2 sudu kecil minyak sayur 6 sudu besar gula 1/4 Better Brown Sugar 1 biji telur ayam 1 sudu kecil ekstrak vanila 1/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan serbuk koko
BAHAN SALTED CARAMEL 1/4 cawan Better Brown Sugar 1 sudu besar mentega 2 sudu besar krim putar 1/2 sudu kecil ekstrak vanila 1/4 sudu kecil garam
BAHAN DEKORASI Krim putar Coklat ganache Coklat urai
CARA MEMBUAT 1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah. Satukan mentega, minyak sayur, gula dan Better Brown Sugar dalam mangkuk sedehana. Pukul sebati. Tambahkan telur ayam dan ekstrak vanila. Pukul lagi sehingga ringan dan warnanya putih. 2. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Gaul sebati. Jangan gaul lama sangat. Masukkan dalam bekas yang beralas aluminium foil. 3. Bakar dalam oven selama 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk. Barulah potong dalam bentuk kiub. 4. Untuk membuat Salted Caramel pula, masukkan semua bahan dalam kuali. Panaskan sehingga semuanya cair. 5. Cara penyediaan: Letakkan kiub brownies di bahagian bawah botol. Masukkan sedikit karamel. Susunkan lagi kiub berselang seli dengan karamel. Dekorasikan bahagian atas dengan krim putar ikut bentuk yang disukai.