Peluang untuk wanita B40 yang mempunyai impian dalam bidang keusahawanan menyertai program Tangan Tangan Terer bersama Sunlight Malaysia, jenama penjagaan rumah yang cukup dikenali ramai.
Sepuluh wanita B40 akan ditaja oleh Sunlight Malaysia untuk menyertai program #IbuDigital dengan kerjasama Ibupreneur Malaysia, disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk meningkatkan kemahiran dan mengejar impian keusahawanan mereka menerusi program tersebut.
Ads
Dalam satu kajian menunjukkan 63 peratus wanita di Malaysia mengorbankan peluang pekerjaan mereka demi komitmen terhadap rumah tangga dan tanggungjawab keluarga. Statistik daripada tinjauan pendapat yang dijalankan pada 2019 ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perlu menghentikan stereotaip generasi, sebaliknya menghulurkan sokongan terhadap wanita supaya mereka berpeluang mengejar cita-cita dalam keusahawanan serta menyara keluarga.
Sunlight Malaysia, (jenama penjagaan rumah di bawah Unilever), terus memperjuangkan hak wanita untuk tidak dibatasi oleh tanggungjawab rumah tangga dan bebas mengejar impian mereka. Sunlight Malaysia turut mendefinisikan matlamatnya dengan membantu menyerlahkan kehebatan terselindung wanita dalam masyarakat. “Sama seperti Sunlight, ‘setitik sudah cukup’ untuk pengalaman mencuci pinggan mangkuk bebas minyak, kami menggalakkan wanita untuk #JadiLebihLagi. Sunlight meringankan tanggungjawab rumah tangga agar mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mengejar cita-cita dan merealisasikan potensi diri,” kata Ketua Bahagian Penjagaan Rumah & Kebersihan Unilever Malaysia, Adreana Mah.
Memperkasakan Wanita B40
Melalui inisiatif tersebut, Sunlight Malaysia berharap untuk memperluaskan peluang wanita B40 untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran untuk mencapai impian keusahawanan masing-masing.
Program Tangan Tangan Terer yang julung kalinya diadakan ini disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Kami percaya apabila wanita diberi peluang yang sama untuk berkembang maju, hasilnya, mereka akan dapat menyumbang kembali dengan lebih baik kepada keluarga dan rumah tangga mereka. Oleh itu, kami amat menghargai Sunlight Malaysia kerana member peluang kepada wanita B40 dalam usaha pemerkasaan ekonomi dan peningkatan kemahiran. Diharap
lebih banyak lagi inisiatif sebegini dilaksanakan pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, YBrs, Nordina Haron.
Ads
10 wanita yang terpilih itu akan mengikuti Modul #IbuDigital yang mengandungi sepuluh kursus dan akan berlangsung selama tempoh dua bulan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan keusahawanan mikro melalui bengkel latihan peningkatan kemahiran secara praktikal dengan pakar industri. Modul meliputi aspek pembangunan produk, pemasaran digital, pengurusan kewangan, undang-undang dan jualan, serta pelbagai lagi.
Turut hadir memeriahkan acara pada hari tersebut termasuklah Pengasas Ibupreneur, Aida Zunaidi dan juga Pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena yang turut berkongsi pengalaman dalam dunia keusahawanan.
Ads
Cara Menyertai
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar penyertaan yang telah dibuka dari 25 Julai hingga 30 September 2023, Sunlight Malaysia menjemput semua wanita B40 Malaysia untuk mendaftar minat mereka dan berpeluang menyertai program Tangan Tangan Terer bagi meraih pengalaman yang bakal mengubah kehidupan serta meningkatkan kemahiran demi menambahbaikkan keluarga dan komuniti mereka. Sepuluh finalis akan dipilih pada suku keempat 2023.
Siapa tidak kenal dengan Indomie, produk mi segera keluaran Indonesia sejak tahun 1972 yang sangat popular di serata negara termasuklah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jika ke pasaraya, pasti mudah untuk menjumpai produk dari seberang ini.
Disebalik kemasyuran dan keenakan produk yang dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times pada November 2019 ini, tentunya ada individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan seleksi rasanya dan ianya digalas oleh Nunuk Nuraini yang telah berkhidmat sebagai ‘peramu rasa’ di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.
Namun pada hari Rabu 28 Januari 2021, pencipta varian rasa mi segera terkenal Indomie yang berusia 59 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia.
Memetik dari Astro Awani, menurut laporan portal Kompas.com, berita itu disahkan ketua hubungan masyarakat Indofood, Nurlita Novi Arlaida.
“Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” kata Novi ketika dihubungi Kompas.com.
Walaubagaimanapun, pihak Indofood tidak menyatakan punca kematian Allahyarham.
Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.
Jasa yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Berita kematian Nunuk Nuraini ternyata mendukakan rakyat Indonesia dimana ramai yang menitipkan ucapan takziah atas kehilangan ini.
The flavor developer of our beloved indomie, ibu nunuk nuraini, has just passed away today, 2.55 pm local time. Her legacy will always be remembered. Thank you for the flavorful indomie, bu, may you rest in peace 🖤 https://t.co/YyYuF7pyy3
Buat pencinta buah ceri, jenama Northwest Cherries kini sudah kembali ke Malaysia!
Buah ceri yang sinonim dengan bentuknya yang kecil tapi rasanya yang sangat sedap, Northwest Cherries ini kembali dengan kempen ‘Cherish The Moments’ bagi meraikan musim menuai yang berlangsung sehingga pertengahan Ogos.
Kempen ini menggalakkan orang awam untuk lebih menghargai momen bersama yang tersayang di samping menikmati buah ceri yang tinggi khasiat dan penuh berperisa.
Wakil Northwest Cherries di Malaysia, Retna Malar memberitahu, meskipun pengeluarannya terhad tetapi buah ceri ini mempunyai kualiti yang terbaik dan nilai yang tinggi.
“Tidak hairanlah buah ceri ini bukan saja saiznya yang besar tetapi rasanya lebih manis, lebih banyak jus dan rangup,” katanya.
Turut dikenali sebagai ‘Diamond of Fruit’, buah ceri ini kaya dengan kandungan potassium, vitamin C dan anti radang, yang membantu mencegah atau mengurangkan risiko beberapa penyakit keradangan.
Bukan itu saja, buah ceri ini rendah kandungan gula, tiada lemak dan bebas daripada garam. Oh ya, ceri juga satu-satunya yang mempunyai kandungan melatonin secara semulajadi.
Buah ceri Northwest Cherries boleh didapati di pasaraya AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocers, Cold Storage, Mercato, Lotuss, Giant, Aeon Big, TF-Value Mart dan NSK.
Buah ceri ini juga boleh didapati di pasar malam dan secara online di Lazada, Shopee dan Hantar Fresh di bawah label USA atau Washington Cheeries.
Jika sebelum ini, RASA pernah memaparkan kisah suami Chef Suhaili yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL disebabkan jangkitan virus Covid-19. Kondisi Encik Herwin pada ketika itu sangat kritikal dan bergantung pada bantuan mesin pernafasan. Malah buah pinggangnya juga mengalami kerosakan serta terpaksa menjalani rawatan dialisis. Cerita ini juga pernah dikongsi oleh selebriti Datuk Aznil Hj Nawawi (Paknil) yang menitip rasa hiba di laman sosial miliknya.
Alhamdulillah, puji kehadrat Ilahi dengan berkat doa yang tidak putus dari seluruh rakyat Malaysia, sehingga kisah ini ditulis (1 April) kondisi beliau semakin pulih dan tidak lagi bernafas menggunakan alat bantuan.
Malah beliau juga telah dipindahkan dari unit ICU ke wad pengasingan biasa. Ujian yang dijalankan juga menunjukkan Encik Herwin telah negatif dari Covid-19. Berita ini tentunya sangat melegakan terutamnya bagi isteri beliau; Chef Suhaili dan anak-anak.
Namun, disebalik rasa syukur dengan berita suami dan anak-anak, Chef Suhaili pula disahkan positif Covid-19. Luluh rasa hati namun ada hikmah disebaliknya.
Menerusi hantaran di laman sosial FB beliau hari ini, Chef Suhaili menceritakan serba sedikit kisah beliau semalam sewaktu diambil ambulan ke hospital. Malah turut menitipkan pesanan buat rakyat Malaysia supaya positif dalam menghadapi musibah ini.
Pasti hiba hati seorang ibu untuk meninggalkan anak-anak di rumah terutamanya jika si bongsu masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Tiada siapa yang mahukan diri mereka diuji sebegini. Bagi yang tepilih, ia adalah ujian yang harus dihadapi dengan tenang. Bagi yang terkecuali, bantulah kerajaan dan para petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini dari terus merebak.
PANDUAN YANG PERLU DIAMALKAN DEMI MENGHAPUSKAN COVID-19
Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai langkah pencegah lain juga dilakukan. Antaranya ialah:
1. Kenal pasti simptom-simptom Covid-19 & amalkan langkah-langkah pencegahan. Cegahan di peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa insan tersayang.
2. Ikuti panduan tindakan perlu buat selepas pulang dari membeli makanan & barangan terutamanya di tempat-tempat tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasaraya dan sebagainya.
3. Lindungi golongan berisiko tinggi. Bukan hanya pada ahli keluarga kita sahaja tetapi pada semua masyarakat Malaysia.