Biasanya kita dengar resipi kerutuk daging ataupun kerutuk itik. Kali ini, kita kongsikan menu kerutuk ayam yang sedap dimakan dengan pulut kuning.

Resipi yang dikongsikan saudara Muliadi Ramli ini, amat mudah dibuat dan sesuai kalau nak dibuat tempahan meniaga.

KERUTUK AYAM

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning

BAHAN-BAHAN:

4.2kg ayam

BAHAN KISAR HALUS:

4 biji bawang besar
12 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 ½ inci halia – beli online di sini
2 ½ inci lengkuas – beli online di sini
1 inci kunyit besar

BAHAN REMPAH:

5 sudu besar rempah kerutuk – beli online di sini
1 pek kecil rempah masak cap bunga rose

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning

IKLAN

BAHAN TUMIS:

Rempah 4 sekawan
Minyak untuk menumis – beli online di sini
1 biji bawang besar | dimayang
3 biji bawang merah | dimayang
5 sudu besar cili boh

BAHAN LAIN:

2 kotak kecil santan – beli online di sini
3 sudu besar kerisik – beli online di sini
½ kerek besar nissey – beli online di sini
Garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
5 biji cili besar merah | dibelah 2 atau dipotong –beli online di sini
5 biji cili besar hijau | dibelah 2 atau dipotong
2 biji bawang besar | dibelah

CARA MEMASAK:

1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning3. Masukkan bawang yang dimayang, tumis lagi hingga garing.
4. Masukkan bahan kisar halus, tumis hingga naik bau dan masak cili hingga pecah minyaknya.
5. Masukkan rempah, tumis hingga sebati dan pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih.

IKLAN

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning7. Masukkan santan pekat, kacau sebati. Masukkan gula melaka/nissey dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat.
8. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil selama 20 minit lagi hingga kuah pekat.
9. Masukkan lada besar dan bawang besar, kacau-kacau. Siap dan tutup api.

BAHAN UNTUK PULUT KUNING:

2kg beras pulut – beli online di sini
2 biji kelapa
4 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk kunyit
3 asam keping – beli online di sini
Garam secukup rasa

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning

CARA MEMBUAT:

1. Beras dibersihkan kemudian direndam dengan serbuk kunyit dan asam keping selama 8 ke 10 jam.
2. Kemudian, bersihkan beras tadi dan toskan. Masukkan dalam pengukus, letak daun pandan supaya wangi. Kukus selama 25 minit.
3. Santan perlu dimasukkan garam dan sedikit gula, biar rasa macam terlebih masin, nanti barulah pulut kita rasa berlemak. Kalau tak, pulut kita tawar je nanti.

IKLAN

Buat Kerutuk Ayam Pekat, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning
4. Keluarkan pulut dari kukusan. Campurkan dengan santan, kacau perlahan atau arong. Jangan tekan-tekan pulut tu, kacau-kacau manja je, bagi serap semua santan.
5. Kukus lagi sekali selama 10 ke 15 minit. Siap. Tutup api.
6. Ada yang kukus sekali je, campur santan terus siap. Cara saya, kukus 2 kali supaya pulut tahan lama dan tidak cepat basi.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap

Resipi “Air Milo Lori” Gerenti Menjadi

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI