Walau ada yang tak suka tauge tapi tak dinafikan ramai juga yang sangat menyukai hidangan ini. Selain digoreng tumis, masak lemak atau digoreng bersama mi, tauge juga sedap dijadikan kerabu.
Kerabu tauge ini juga cukup mudah membuatnya. Kalau nak lagi sedap boleh gunakan resipi kerabu tauge cara orang lama seperti yang dikongsi oleh Siti Hazneza binti Abdul Hamid.
Menurut beliau resipi ini diturunkan oleh ibu dan nenek beliau. Ia kering dan sedap sangat dimakan.
Cara buat kerabu tauge cara orang lama
Bahan-bahan
200 gram tauge – dibuang ekor
2 biji bawang besar – mayang nipis
2 inci halia – potong jurai
1 bunga kantan – cincang
2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
½ cawan beras – disangai dan tumbuk kasar
2 cawan kerisik – tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
1 cawan sambal belacan/ secukup rasa
Ads
Nota: Kerabu ini versi sayuran sahaja kecuali belacan dari udang. Boleh tambah perut, kerang atau udang jika suka.
Cara membuat:
Ads
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu. Siap dan sedia dihidangkan sebagai lauk.
Kerabu semestinya adalah sajian yang menjadi kegemaran ramai tidak kira kaum dan bangsa. Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum semuanya menggemari sajian sihat ini. Terasa nak buat sajian untuk keluarga hari ni? Resipi-resipi ini boleh dicuba.
1. KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.
2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.
4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.
5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika keranu tersebut sedikit basah.
CARA MEMASAK: 1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam. 2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam mangkuk. 3. Seterusnya tumbuk pulak isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut. 4. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah dibasuh dan toskan airnya. 5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati. 6. Masuk gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra, masukkan bawang yang dihiris. Sedia dihidangkan. Jika mahukan kerabu yang sediit berkuah, boleh letak sedikit santan.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian. 2. Masukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus. Gaul rata. 3. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk menyedapkan rasa. 4. Gaul sebati. Lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom. Cukup rasa masam manisnya.
CARA MEMASAK:
1. Kerang dicuci bersih dan direbus. Jantung pisang juga direbus lembut dan tauge dicelur hingga agak lembut. Angkat dan toskan. 2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat. 3. Sediakan mangkuk. Masukkan jantung pisang yang dihiris,tauge, bahan tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. 4. Masukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng. Gaul lagi. 5. Perah sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi. 2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan santan yang dimasak tadi juga. 3. Kerabu ni mesti rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa baru sedap.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan B. Larutkan. Kalau nak masam dan berkuah, lebihkan cuka dan tambahkan lebih gula. 2. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. (rasa ikut citarasa sendiri. Empunya resipi buat manis sedikit kerana telur telah masin.) . 3. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dipotong. Korek telur menggunakan sudu dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur. 4. Siap dan sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Campur semua bahan-bahan dalam mangkuk bersesuaian. Gaul. 2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 3. Gaul sebati sekali lagi dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.
CARA MEMASAK: 1. Leraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus. Letak dalam bekas besar. 2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain. Gaul rata. 3. Perasakan dengan limau nipis. Rasa terlebih dahulu supaya cukup masin, masam dan manisnya. 4. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul hingga mesra. 2. Rasa kerabu supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya. 3. Jika suka pedas dan bawang, boleh tambah ikut cita rasa masing-masing.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan tumbuk dan lumatkan. Masukkan dalam bekas. 2. Tambah air asam jawa dan sebatikan. 3. Masukkan bahan hiris dan tauge. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasanya. Lagi sedap jika ada penambahan daun cekur.
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata. 2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa. 3. Sedia untuk dinikmati.
Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung warisan tetap menjadi pilihan ramai. Hari ni RASA kongsikan 10 menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung
Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
1.KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.