
Buat kek ni kalau tidak kena cara, tidak menjadi. Bak kata yang mahir jangan derhaka dengan resepi. Ikut sukatan yang betul gerenti menjadi. Walau banyak kek moden yang ada, kek orang lama tetap disukai ramai. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi rupa bentuk dan hasilnya tetap gebu.
KEK PLANTA
Bahan-bahan:
1 cawan planta/majerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
½ cawan susu sejat/cair
4 biji telur (gred b)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar esen vanila
Cara membuat:
1.Pukul/mixer telur dan gula sampai kembang(putih)- tak digalakkan pakai blender sebab majerin susah nak kembang kalau blender.
2.Masukkan majerin/planta.Adun lagi sampai kembang. Masukkan susu sejat.Adun lagi.
3.Masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan esen vanila. Adun sekali biar sebati.
4.Dah siap adun semuanya,bahagi adunan kepada dua bahagian.
Adunan 1 saya campur dengan serbuk koko dua sudu besar, kacau sebati
Adunan 2 kosong saja(warna putih)
5.Sapu loyang dengan majerin,masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing-masing.
6.Bakar dalam 35-40 minit guna dapur gas.Guna api perlahan.
Selamat mencuba.
Kredit: Cik Pooja
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Langkah Buat Kulit Tart Rapuh Enak, Cubalah Resipi Tart Bercoklat Ni.

Hujung minggu ni sedap makan tart depan tv ni, Ditemani anak-anak dan suami mau sebalang habis. Apa taknya sudahlah sedap, rapuh dan sedap aje cair di mulut.
Ni min kongsikan langkah membuat kulit @cangkerang tart langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Eny Abdullah dari laman webnya www.enyabdullah.com
Ini pula untuk versi kulit pastri untuk tart. Resepi nya lain sikit dan ada campuran gula didalamnya. Sesuai untuk buat mini tart seperti tart cheese, tart telur atau tart buah.
KULIT TART
Bahan-bahan kulit tart :
- 170gm marjerin atau butter | mestilah lembut sedikit sebab resepi ni perlu mengunakan mixer
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:
Pukul marjerin/mentega dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih macam nak buat kek . Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Cucuk dengan garfu dasarnya sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
Kulit @ cengkerang tart dah ada jom buat tartnya.
1. NUTELLA CHEESETART
BAHAN-BAHAN:
KRIM CHEESE:
- 1kg Cream Cheese
- 1/3 tin susu pekat manis
- 1 cawan whipped cream
- Sedikit esen vanilla
Topping :
- Nutella
CARA MEMBUAT:
1 .Pukul mentega dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula atau masukkan dalam mixer (Jangan putar lama sangat).
2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan cream cheese 20 -30 minit sebelum digunakan.
7. Putar cream cheese dan susu serta whipped cream hingga kental dan masukkan dalam piping bag.
8. Paipkan Nutella dalam cengkerang tart, kemudian picitkan cream cheese dan hias atasnya dengan nutella.
9. Bakar suhu 170C selama 18 minit.
10. Tart sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda sebenarnya boleh sediakan cengkerang tart lebih awal dan simpannya dalam bekas kedap udara.
………
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa oreonya.
Resipi tart : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM . FB / IG:fadzilmdsalleh.
Resipi Kek Pisang Moist Guna Bahan Murah, Tapi Sangat Sedap

Penggemar Kek Pisang Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK PISANG MOIST SEDAP
BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung – beli online disini
3/4 cawan gula kastor – beli online disini
Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit.
6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit.
8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis.
10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.
Nota:
1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek.
2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.
Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

Aktif berkongsi masakan di media sosial menjadikan Puan Lina Saidin Thomas atau lebih dikenali sebagai Lina Thomas tidak asing lagi di kalangan pengumpul resipi-resipi masakan.
Sentiasa memuat naik pelbagai resipi mudah dan enak disamping gambar-gambar masakan yang cantik menjadi ramai yang tertarik untuk mendekati wanita manis ini.
Bagi yang baru mengenali, Puan Lina Thomas merupakan salah seorang Instafamous Malaysia popular yang menetap di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat.
Beliau sememangnya well-known dikalangan pelayar laman sosial dan merupakan pengasas grup masakan Sejuta Rasa Official by Lina Thomas. Tidak lokek ilmu yang dimiliki malah mudah mesra, menjadikan wanita kelahiran Pulau Pinang ini begitu disenangi ramai.
15 tahun di negara orang lebih-lebih lagi di kejiranan yang tidak mempunyai ramai orang Malaysia pastinya membuahkan rasa rindu pada keluarga di tanah air. Oleh yang demikian beliau gemar memasak sajian Malaysia dan memuat naik di laman sosial.
Dari situ wujudnya perbualan serta pertanyaan dari para followers. Ibarat bersembang dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang ada dikongsi bersama dan bila mereka cuba dan menjadi, ia memberi satu kepuasan.
“Kak Lina melepaskan rindu pada tanah air menerusi masakan Malaysia. Memang setiap hari Kak Lina rindu, dalam seminggu tu 3 hingga 4 hari masak masakan Malaysia.
Orang Malaysia tak ramai dekat Atlanta ni. Jadi dengan adanya media sosial dan kebanyakan followers Kak Lina dari tanah air, so lepas juga rasa rindu ni especially tahun ni memang plan nak balik Malaysia lagi. Tapi disebabkan pandemik Covid 19 yang sedang melanda, perancangan untuk pulang jumpa keluarga Kak Lina terpaksa tangguhkan dahulu,” ujar suri hati kepada Phil Thomas ini.
Tatkala ditanya mengenai sajian kegemaran, hidangan Rendang Daging, Nasi Lemak dan sate adalah antara sajian Malaysia kegemaran beliau dan keluarga. Anak serta suami memang suka sangat.
Malah menurut ibu kepada Shermaine Thomas lagi, untuk rasa lebih dekat dengan tanah air, beliau juga selalu buat ‘makan-makan’ dengan menjemput kenalan-kenalan dari Malaysia yang datang untuk bekerja, berkahwin dan juga para pelajar. Memang seronok.
Minat pada sajian tradisi, tapi jangan tak tahu, Puan Lina Thomas ni pun handal dalam memasak masakan barat dan manisan moden tau. Malah sangat kreatif orangnya.
Tengoklah resipi-resipi yang beliau kongsikan ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mentega – suhu bilik
- 150gm gula
- 2 sudu makan sour cream / yogurt
- 3 biji telur gred A – dipukul perlahan
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu makan jus lemon
- Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
- 210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
- Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
- Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
- Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
- Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
- Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
- Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
HOMEMADE MERDEKA PIE
BAHAN PASTRI:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan mentega sejuk dan potong dadu
- 1/4-1/2 cawan air ais
BAHAN INTI:
- 4 cawan strawberi – dicuci, dikupas dan dihiris nipis
- 2 cawan blackberry – dibasuh
- 1/2 cawan gula
- 5 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu teh jus lemon
- 3/4 sudu teh garam
- 1 biji telur gred C
- 1 sudu makan heavy whipping cream
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata.
- Masukkan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
- Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
- Bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
- Panaskan ketuhar hingga 180C. Sediakan acuan sesuai (saiz 6”).
- Dalam mangkuk kecil, satukan blackberry, 1/4 cawan gula, 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh jus lemon dan 1/4 sudu teh garam. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, satukan strawberry, 1/4 cawan gula, 3 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh garam. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 bahagian doh dalam peti sejuk.
- Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garpu.
- Bahagikan pai kepada dua bahagian. Sudukan inti blackberry di bahagian kecil manakala inti strawberi di bahagian pai yang lebih besar.
- Ambil doh pastry kedua yang disimpan tadi. Potong doh bagi membentuk jalur, bulan dan bintang menggunakan pisau atau acuan biskut. Susun pastry diatas pai.
- Pukul whipping cream dan telur hingga sebati. Sapukan ke atas doh pai (keliling pai, jalur, bulan dan bintang). Taburkan dengan gula jika mahu.
- Bakar pai selama 40-45minit atau sehingga warna keemasan. Masukkan ke dalam ketuhar di rak paling bawah dan bakar guna api bawah sahaja hingga pai kelihatan perang keemasan.
- 10 minit sebelum tamat tempoh membakar, bakar pai guna api atas dan bawah supaya permukaan pai perang.
- Bila sudah masak sepenuhnya, keluarkan dan biar pai sejuk. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.