Buat yang suka makan makan kek, pastikan tidak terlepas dari membuat kek yang mudah dan enak rasa ini. Boleh dihidang untuk minum petang nanti. Sangat mudah hanya guna tiga bahan.
Kek Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan keju. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
Cornflakes Madu ni antara biskut raya yang paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni. Bukan sahaja budak-budak, malah orang dewasa pun suka makan biskut ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas. Hanya guna empat bahan sahaja. Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hanna Yasmeen. Pasti puas hati.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula perang dan madu. Cairkan guna api sederhana. Bila sudah cair, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan emping jagung. Gaul sebati hingga semua emping disaluti campuran madu.
3. Isikan emping jagung tadi ke dalam cawan kertas. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.
4. Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 10 minit. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jadi kena pandai sesuaikan.
5. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Kek coklat merupakan antara kek yang disukai ramai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Daripada beli di kedai, lebih baik buat sendiri di rumah. Lebih jimat kan? Apa kata kita cuba buat sendiri untuk ahli keluarga. Cuba guna resipi yang dikongsi oleh Noriza Awang Hamat ini. Mudah sahaja dan tidak memerlukan periuk pengukus pun. Boleh kukus menggunakan kuali.
KEK COKLAT KUKUS
BAHAN-BAHAN:
*Gunakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan ini sehingga sebati
*Kisar dan ketepikan
BAHAN DIAYAK:
TOPPING COKLAT:
*Masak secara double boil
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan bahan yang dikisar berselang-seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Jika anda mahu lebih mudah, kisar semua di dalam pengisar sehingga sebati.
3. Kemudian, sapukan planta pada loyang terlebih dahulu dan tuang adunan yang telah dikisar sebentar tadi.
4. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
5. Seterusnya kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.