Peka dengan minat masyarakat pada hari ini dengan minuman yang ada boba, Asmyra Baharudin menawarkan minuman tersebut di gerainya. Ada tiga pilihan iaitu Brown Sugar Boba Barista Milk, Strawberry Chocolate Barista Milk dan Ice Vanilla Latte. Semuanya pada harga hanya RM6 setiap gelas.
Sejak September 2019, Asmyra membuka gerai menjual nasi lemak dan minuman boba kepada pelanggan sekitar Shah Alam dan Subang. Nasi lemak dinamakan Nasi Lemak Pak Maon bersempena nama watak dalam filem P Ramlee yang dirasakan unik. Minuman boba pula adalah sebagai penarik untuk orang ramai mencuba minuman yang menjadi trend masyarakat pada hari ini.
Ads
Asmyra.
“Boba yang digunakan adalah Boba dari Taiwan kerana lebih lembut dan sedap berbanding boba yang lain. Idea untuk menghasilkan minuman sebegini timbul selepas melihat kepada permintaan yang tinggi oleh pelanggan boba pearl masa kini,” ujar Asmyra memulakan bicara.
Menurut Asmyra, cara penyediaan air boba ini setanding dengan kafe barista yang ada. Bahan yang digunakan adalah boba pearl Taiwan, susu barista, gula perang, krim putar dan gula merah sebagai ramuan utama dalam penghasilan air boba.
Gerai yang menjadi tumpuan masyarakat setempat.
“Dengan adanya tiga pilihan, pelanggan memang suka dan respon pelanggan amat memberangsangkan. Mereka sangat suka dan komen mereka minuman ini kena dengan cita rasa. Lagi pula harga hanya RM6 tapi mereka dapat minuman setanding di kafe,” kata Asmyra.
Ads
NASI LEMAK ISTIMEWA
Nasi lemak sedap.
Nasi Lemak Pak Maon bukan sekadar dimasukkan santan tapi turut ada serai, halia, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, marjerin, susu cair dan susu pekat. Dilengkapkan dengan daun pandan untuk membangkitkan aroma.
Ads
“Lauk utama adalah paru, ayam goreng, sambal sotong, telur ayam, rendang ayam, ayam masak madu dan daging masak hitam. Lauk kami tukar-tukar ikut hari. Resipi sambal pula menggunakan dua jenis cili kering bagi membangkitkan rasa pedas yang sama dan sekata,” tambah Asmyra menutup bicara.
Inilah minuman yang jadi kegilaan.Rasa seperti kopi mahal.
Penyediaan kopi.7
INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Lemak Pak Maon
PEMILIK: Asmyra Baharudin
LOKASI: Berhadapan HELP University, Subang 2, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 5 petang hingga 11 malam (Ahad tutup)
WAJIB CUBA: Strawberry Chocolate Barista Milk, nasi lemak berlauk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pencinta dessert tidak perlu tercari-cari lagi untuk pencuci mulut yang sedap dengan pelancaran Crème De La Crème (atau lebih dikenali sebagai CDLC). Dengan chef pastri yang dilatih di bawah selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania, CDLC ialah syurga pencuci mulut untuk ais krim yang paling lembut, halus dan sedap. Terletak di Damansara Uptown, Crème De La Crème merupakan pilihan yang sempurna untuk pencuci mulut pada bila-bila masa sahaja.
Dengan gabungan reka bentuk dalaman yang bergaya dengan pilihan perabut yang funky, CDLC merupakan lokasi moden yang cukup Instagrammable. Crème De La Crème diasaskan oleh Lio Lim, pencinta ais krim dan dengan bangganya, mengambil serius misi dia untuk membawa ais krim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia. Menurut Lio, kepentingan nama “Crème De La Crème” adalah untuk menekankan komitmen syarikat dia untuk mendapatkan cream of the crop.
Antara contoh di mana CDLC memperibadikan kepercayaan ini adalah melalui usaha dia untuk mengupah chef pastri yang mahir dan penuh semangat, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan menggunakan peralatan yang terunggul sahaja untuk menghasilkan ais krim yang berkualiti dan tiada tandingan dalam aspek rasa dan tekstur. “Chef pastri kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang sempurna untuk mencipta pint ice cream yang sempurna. Kami hanya menggunakan bahan-bahan yang 100% semula jadi, segar dan berkhasiat. Kami juga bangga tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa tiruan atau pewarna dalam ais krim kami,” kata Lio.
Dengan tawaran sebanyak 18 perisa ais krim yang menarik, CDLC mendapatkan inspirasi daripada makanan tempatan untuk mencipta perisa yang menarik (dan yang menimbulkan rasa nostalgia) seperti Musang King, Pandan Kaya Toast, Barley Lime, Teh Tarik dan banyak lagi.
Selain daripada ais krim, Crème De La Crème juga menawarkan Petits Gâteaux (kek ais krim)
yang artistik. Setiap kek yang dihasilkan merupakan karya seni yang cantik dan rumit; sesuai
untuk Instagram… namun, kek ini mungkin terlalu cantik untuk dimakan.
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Bagi peminat kacang pool, anda wajib cuba menu ini yang dihidangkan di Bunch Oh, Malakat Mall. Memang sedap sama macam resipi original dari Johor.
Siapa tak kenal kacang pool, anda sememangnya rugi. Pada asalnya, makanan yang dinamakan kacang pool ini dibawa masuk orang orang Arab ke sini. Menu ni menarik perhatian penduduk setempat. Sebabnya resipinya sangat menarik selera.
Kacang pool dimasak dengan daging cencang dan juga sejenis kacang yang dinamakan kacang pool atau dipanggil foul medammas.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai hidangan unik yang dapat dinikmati untuk sarapan. Samalah juga dengan negeri di selatan ini. Memang agak susah untuk dapatkan kacang pool yang sedap di tengah ibu kota.
Di Bunch Oh, menu kacang pool yang dihidangkan memang terbaik. Kacang pool dihidang dengan telur mata, bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian dilengkapi bersama limau kasturi dan cili hijau. Bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan tapi tetap sesuai juga dimakan ketika minum petang.
Jom cuba makan kacang pool di Bunch Oh, Malakat Mall Cyberjaya! Boleh juga untuk dibungkus. Tetap segar.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...