Peka dengan minat masyarakat pada hari ini dengan minuman yang ada boba, Asmyra Baharudin menawarkan minuman tersebut di gerainya. Ada tiga pilihan iaitu Brown Sugar Boba Barista Milk, Strawberry Chocolate Barista Milk dan Ice Vanilla Latte. Semuanya pada harga hanya RM6 setiap gelas.
Sejak September 2019, Asmyra membuka gerai menjual nasi lemak dan minuman boba kepada pelanggan sekitar Shah Alam dan Subang. Nasi lemak dinamakan Nasi Lemak Pak Maon bersempena nama watak dalam filem P Ramlee yang dirasakan unik. Minuman boba pula adalah sebagai penarik untuk orang ramai mencuba minuman yang menjadi trend masyarakat pada hari ini.
Asmyra.
Ads
“Boba yang digunakan adalah Boba dari Taiwan kerana lebih lembut dan sedap berbanding boba yang lain. Idea untuk menghasilkan minuman sebegini timbul selepas melihat kepada permintaan yang tinggi oleh pelanggan boba pearl masa kini,” ujar Asmyra memulakan bicara.
Menurut Asmyra, cara penyediaan air boba ini setanding dengan kafe barista yang ada. Bahan yang digunakan adalah boba pearl Taiwan, susu barista, gula perang, krim putar dan gula merah sebagai ramuan utama dalam penghasilan air boba.
Gerai yang menjadi tumpuan masyarakat setempat.
Ads
“Dengan adanya tiga pilihan, pelanggan memang suka dan respon pelanggan amat memberangsangkan. Mereka sangat suka dan komen mereka minuman ini kena dengan cita rasa. Lagi pula harga hanya RM6 tapi mereka dapat minuman setanding di kafe,” kata Asmyra.
NASI LEMAK ISTIMEWA
Nasi lemak sedap.
Ads
Nasi Lemak Pak Maon bukan sekadar dimasukkan santan tapi turut ada serai, halia, kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, marjerin, susu cair dan susu pekat. Dilengkapkan dengan daun pandan untuk membangkitkan aroma.
“Lauk utama adalah paru, ayam goreng, sambal sotong, telur ayam, rendang ayam, ayam masak madu dan daging masak hitam. Lauk kami tukar-tukar ikut hari. Resipi sambal pula menggunakan dua jenis cili kering bagi membangkitkan rasa pedas yang sama dan sekata,” tambah Asmyra menutup bicara.
Inilah minuman yang jadi kegilaan.Rasa seperti kopi mahal.
Penyediaan kopi.7
INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Lemak Pak Maon
PEMILIK: Asmyra Baharudin
LOKASI: Berhadapan HELP University, Subang 2, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 5 petang hingga 11 malam (Ahad tutup)
WAJIB CUBA: Strawberry Chocolate Barista Milk, nasi lemak berlauk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berita baik bagi penggemar sajian UDANG GALAH! Jika anda ingin menikmati keenakkan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, Feeza Corner yang terletak di Shah Alam Walk ini adalah lokasi yang wajib anda serbu. Tak susah pun nak cari tempat ni. Ia berada berhadapan dengan menara MRCB.
Siapa sangka di tengah bandaraya Shah Alam ni rupanya ada kedai menyajikan hidangan panas yang murah dan menyelerakan. Hanya dengan RM9.50, anda boleh menikmati set lengkap dengan sepinggan nasi putih serta pilihan Tomyam Udang Galah Bangkok, Udang Galah Masak Pedas atau Udang Galah Goreng Kunyit. Wow!!!
Jika tidak terasa nak makan nasi, anda juga boleh mencuba Kueh Teow Ladna Udang Galah, Kueh Teow Kungfu Udang Galah Mi Udang Galah dan Maggi Udang Galah. Perghhh…memang terbaik! Dengar nama-nama hidangan pun dah buat tekak rasa teringin.
Selain set udang galah, terdapat juga aneka sajian ala Thai lain yang di sediakan seperti Kerabu Maggie, Tomyam, Ketam Masak Pedas, Paprik, Kailan Ikan Masin dan banyak lagi. Wajib juga untuk cuba Jus Durian Belanda. Siap ada potongan buahnya sekali. Sooooo refreshing!
Feeza Corner ni sudah beroperasi selama 5 tahun. Menurut pemiliknya, kedai beliau dibuka setiap hari seawal jam 11 pagi dan ditutup pada jam 10 malam. Pada waktu siang Feeza Corner sering menjadi tumpuan pekerja-pekerja pejabat di sekitar Bandar Shah Alam yang ingin menikmati hidangan panas. Kalau datang bawa keluarga pun sesuai kerana terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dicuba.
‘Hirup sampai titisan terkahir’ adalah maklum balas yang sering diberikan oleh pelanggan. Jadi jangan lupa lepaskan peluang untuk merasa sendiri kesedapannya. Selamat mencuba!
Feeza Corner
Lokasi: Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14 Shah Alam (Berhadapan MRCB)
Waktu operasi: 11 pagi-10 malam (setiap hari)
Wajib cuba: Set Menu Udang Galah dan Makanan Ala Thai
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA nak kongsikan tempat makan yang menyajikan hidangan Terengganu. Antara yang femes sudah semestinya keropok lekor. Lokasinya di GM Klang. Restorannya selesa dan makanan yang dihidang juga sedap.
Kalau makan di restoran Terengganu, tak makan keropok lekor memanglah tak sah. Cubalah keropok lekor di sini. Memang penuh isi ikannya.
Selain keropok lekor, ada juga maggi tomyam yang dimasak dengan makanan laut seperti udang dan sotong. Cita rasa enak yang suka rasa pedas.
Bagi yang suka aiskrim, aiskrim coklat yang dimakan dengan biskut ini boleh menarik perhatian.
Kalau tak nak makan hidangan berat, cubalah snek kepak ayam goreng ni. Best makan panas-panas.
White coffee. Sedap betul!
Restoran ini ada di GM Klang. Boleh cuba di sini kalau rindukan makanan Terengganu ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda ingin menikmati pengalaman berbuka dengan sajian autentik dan tradisional serantau, di Hilton Garden Inn, Desa Millenia, Puchong, Selangor, tersedia hidangannya.
Bermula 13hb Mei hingga 31hb Mei Hilton Garden Inn ‘menjemput’ pelanggan untuk menjamu selera berbuka dengan semangat memberi dan berkongsi.
Berbuka dengan rakan taulan dan keluarga dalam suasana penuh kemeriahan dan kemesraan. Inilah masa untuk berkumpul dengan orang-orang yang disayangi, berbuka dengan pilihan makanan yang lazat serantau baik sajian Melayu Tradisional dan juga seleksi pasta yang lazat.
Lokasi Hilton Garden Inn yang terletak berdekatan kawasan Puchong Perdana, Selangor ini sememangnya menjanjikan suasana berbuka dan lokasi yang damai dan jauh dari kesibukan kotaraya.
Sebaik Min menjejak kaki Garden Grille, deretan makanan dan lauk pauk lazat terbentang di ruangan utama. Merasa lah min makan Nasi Minyak Badam, Lauk Asam Pedas, Kari Ikan Tenggiri dan Ayam Masak Merah. Woww memang sedap, seindah rupa selazat rasanya.
Sup Kambing, Kacang Pool dan Roti Bakar dan pasta Bolognese, carbonara dan pelbagai lagi ada di meja utamannya. Beralih ke ‘gerai’ kuih muih , pilihan kuih tradisional dan kek berwarna warni merancakkan selera.
Bukan setakat di ruangan dalaman, menjenguk ke luar, terdapat gerai sate, rendang dan lemang, cendol durian, kambing golek, ABC dan pelbagai lagi pilihan juadah berbuka yang membangkit selera. Bersesuaian dengan citarasa inspirasi dari kampung, bufet Ramadan kali ini tutrut mengangkat ‘SeleraDesa’ sebagai tema makanan.
Salad tradisional iaitu pilihan kerabu dan pilihan bubur lambuk dan Gulai Kawah melengkapkan lagi hidangan bufet Jom Makan kali ini. Jika anda membuat tempahan sekarang hingga 6hb Mei anda akan menerima harga istimewa iaitu RM69 seorang berbanding harga biasanya RM 80.
Jangan lupa hashtag #jommakanathilton dan #hiltlongardeninnpuchong. Jom berbuka di sini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!