Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
Angkat dan tos minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Ads
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan
Ads
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Foto: Shutterstock via Jakarta Post
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
Ads
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Macam ni rupanya buat Keropok Nasi. Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Mazura Esha. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
1. Rendam nasi sejuk dengan air panas selama 1 jam. Kemudian tapis. 2. Satukan semua bahan (kecuali tepung ubi) ke dalam blender. Masukkan sedikit air (cukup sekadar untuk bagi blender berputar sahaja) 3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi. Uli hingga jadi doh. Boleh rasa jika doh sudah cukup perasa atau tidak. Jika tidak cukup, boleh tambah. 4. Jika suka, boleh letak pewarna kesukaan. 5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan mengikut saiz kesukaan anda.
6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan keropok tadi. Masak hingga doh keropok terapung. 7. Angkat doh dan lalukan di bawah air mengalir. Toskan. Sejukkan dan simpan doh dalam peti sejuk beku semalaman.
8. Keluarkan ketulan doh keropok dan hiris nipis-nipis. 9. Susun dalam bekas bersesuaian dan jemur hingga kering. Biasa kalau cuaca panas dan matahari terik, boleh jemur dalam 2 hari.
10. Bila kepingan keropok sudah kering, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
Suka makan Salad Buah? Jika ya, resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni antara yang anda boleh cuba. Menggunakan campuran buah-buahansegar dan dinikmati bersama sos enak. Hmm…Tengok gambar je pun dah terliur. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SALAD BUAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji buah tembikai susu ( honeydew)
1/2 biji buah tembikai
200gm buah mata kucing @ longan
1 biji buah nanas
1 biji buah naga
200gm buah anggur
160gm susu pekat manis
160gm yogurt Greek
160gm mayones
200gm keju cheddar
CARA MEMASAK:
Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
Seterusnya, parut keju cheddar di atas buah dengan secukupnya.
Tercari-cari menu yang mudah tapi sedap untuk dihidangkan untuk keluarga? Apa kata cuba resipi Sup Wantanhomemade ni. Bahan-bahannya sangat ringkas sahaja namun rasanya begitu membuka selera. Malah anda juga mempelbagaikan inti mengikut selera. Boleh tambah cendawan, tauhu dan bermacam-macam lagi. Menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Andai dibeli, harganya boleh tahan. Tapi dengan adanya resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefliini, anda boleh masak dengan kos yang jauh lebih murah. Jom cuba!