Bagi peminat karipap di Jitra, Kedah, pasti ada ternampak kiosk atau gerai di tepi jalan menjual Karipap Rempah Giling, Cufizah. Menariknya, kiosk ini operasinya dijalankan sendiri oleh pengasas atau bos syarikat tersebut, Fadhly Hadir selama 10 hari pertama pembukaan kiosk.
Apabila difikir-fikirkan, takkanlah seorang bos sanggup berpanas menggoreng dan menjual karipap sedangkan ramai lagi staff yang boleh melakukannya. Nyata jejaka ini ada jawapannya yang tersendiri.
“Apabila saya buat keputusan untuk masuk ke bahagian jualan kiosk karipap itu sendiri, saya ingin buktikan bahawa berniaga di tepi jalan ini bukanlah perniagaan level bawahan. Sebenarnya, perniagaan walau di mana-mana saja, mesti ada peluang. Misalnya, berniaga di tepai jalan ini marketnya sangat besar. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Itu yang saya ingin buktikan,” ujarnya.
HARGA RM2.50 SEBIJI TAPI TETAP LARIS
Menurut Fadhly, percaturannya untuk menjual sebiji karipap pada harga RM2.50 tidak pernah silap. Dia memahami market dengan sangat jelas. Disebabkan itu, dia tidak sesekali gentar dengan harga yang diletakkan.
Ads
“Saya dah kaji hal ini. Peminat karipap ada masalah besar iaitu apabila mereka beli karipap, mereka tak dapat karipap yang menjamin kepuasan lidah dan selera mereka. Peminat karipap mahukan karipap yang sedap, bukan karipap yang murah. Kalau harga murah tapi karipap tak kena dengan cita rasa, mesti mereka kecewa. Misalnya karipap angin. Kami menang dari segi resipi rempah giling turun temurun daripada tok kami, inti padat dan setiap karipap mesti ada ayam atau daging yang berketul-ketul,” ujarnya lagi.
Saiz karipap besar dan puas makan!
Fadhly menyasarkan 5,000 biji karipap dijual setiap hari dengan pembukaan lebih banyak kiosk dan strategi pemasaran yang betul.
Ads
“Saya target kepada pelanggan baru namun tetap fokus kepada pelanggan yang repeat order. Bagi saya, kedua-duanya penting. Saya turut tekankan kepada mereka yang berada di hadapan iaitu orang yang meniaga di kiosk supaya amalkan hubungan baik dengan pelanggan. Servis pelanggan betul-betul supaya mereka rasa seronok membeli dengan kita, ramah mesra dan senyum,” katanya lagi yang telah membuktikan karipada berharga RM2.50 sebiji tetap ada pembelinya.
KARIPAP PERCUMA KEPADA IBU HAMIL
Fadhly Hadir, 27 (kiri) sebagai pengasas dan abangnya, Shaiful Hafiq, 30 sebagai pengasas bersama.
Bagi wanita hamil, anda boleh menerima Karipap Rempah Giling secara percuma. Menurut Fadhly, ini adalah niat ibunya yang mahu menggembirakan hati wanita hamil.
“Pelbagai kisah menarik kami terima daripada golongan wanita hamil dan suami wanita hamil tersebut. Ada yang mengidam karipap tapi tak nak karipap lain selain karipap kami. Ada suami yang meronda merata-rata cari karipap yang sedap. Ada yang sampai bermasam muka kerana tak jumpa karipap yang diinginkan,” ceritanya yang menjemput wanita hamil untuk datang ke kiosk bagi mendapatkan karipap secara percuma.
Ads
Menurut Fadhly lagi, Karipap Rempah Giling Cufizah turut ada yang berbentuk sejuk beku (frozen). Boleh dapatkan daripada ejen Karipap Rempah Giling seluruh tanah air untuk dibeli dan disimpan di rumah. Boleh goreng apabila teringin nak makan!
INFO KIOSK KARIPAP REMPAH GILING CUFIZAH
1) Taman Suria, Jitra, Kedah.
2) Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
3) Kepala Batas, Jitra, Kedah.
Jika anda peminat masakan salai dengan rasa autentik, kunjungan ke kedai Waghih Salai ini pasti tidak menghampakan. Menurut pemiliknya, Saiful Hizam Abu Bakar, masakan yang dihidangkan untuk pelanggan merupakan resipi air tangan ibu, resipi turun temurun.
Waghih Salai mula operasi sejak 2017 di Kampung Kundur Tengah, Pedas Negeri Sembilan.Kedai makan ini tampil dengan konsep kampung yang simple dan santai. Maka tidak hairan ramai pelanggannya datang dari Lembah Klang, Johor dan Melaka serta pantai timur semata-mata untuk merasai masakan salai di sini.
Makanan salai memang popular di Negeri Sembilan terutama di daerah Rembau dan Kuala Pilah.Dari produk salai dijadikan menu Masak Lomak Cili Api. Campuran pes cili api, bawang dan jumlah santan yang mencukupi menjadikan makanan ini enak.
Dengan tag line, resipi air tangan omak den, Waghih Salai menghidangkan masakan daging salai, itik salai, ayam salai, keli salai , puyuh salai masak lomak cili api.Jika datang ke sini jangan lupa merasa kerabu perut dan tempoyak pucuk ubi, memang padu rasa.
Air special di sini ialah janda pulang ( gabungan air kelapa, gula melaka dan selasih) serta Kelelo ( gabungan air kelapa, lemon dan longan). Jangan terkejut dodol pun ada dijual di sini dengan citarasa kampung. Harga makanan di sini dari RM3- RM12 mengikut jenis makanan. Memang berbaloi dan puas makan.
Masak lomak cili api daging salai Bahan-bahan:
500gram daging salai
15 tangkai cili api ( ikut suka, kalau nak pedas letak lebih)
5 biji bawang merah
400ml santan
Serbuk kunyit dan garam
2 batang serai
Cara memasak:
1.Rebus daging dengan sedikit air selama 15 minit.
2.Kemudian masukkan cili dan bawang yang telah dimesin, campur serbuk kunyit dan serai.Biar sampai mendidih.
3.Kemudian masukkan santan dan garam.
4.Biar mendidih kemudian angkat dan hidangkan.
INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Bertempat di Beserah, Kuantan, Pahang, Kimstone Food Court & Hall menawarkan macam-macam menu untuk dipilih. Nam[aknya semua sedap belaka. Sesuai sungguh untuk jamu selera seisi keluarga.
Melalui facebook page Kimstone Food Court & Hall, pelbagai gambar menu dan review daripada pelanggan memberikan respon positif terhadap menu di lokasi tersebut. Paling digemari ialah coconut shake dan young taufu. Bolehlah cuba. Tutup setiap Rabu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Hotel Sunway Putra kali ini mengetengahkan menu autentik Melayu untuk Buffet Ramadan yang diadakan di Coffee Housenya. Kali ini Sunway Putra memperkenalkan tema Ramadan Bufet Dari Dapur Ummi yang menyediakan pelbagai menu autentik Melayu.untuk Bufet Ramadannya yang bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019.
.
Memang sungguh macam mak-mak masak, antara menunya ialah, Ayam Percik Sri Menanti, Daging Dendeng Cili, Kambing Dalca Mangga Muda, Ikan Kembung Asam Rebus, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak Belimbing Buluh Dengan Bunga Kantan, Sotong Masak Sambal Cili Merah, Ikan Tenggiri Masak Acar Berempah, Ayam Masak Kicap Berempah, Ikan Patin Masak Tempoyak,Ikan Keli Salai Masak Cili Api, Paru Goreng Berlado dan banyak lagi.
.
Untuk menu lebih ringan korang boleh ke gerai seleksi menu yang disajikan mengikut tema gerai seperti Gerai Rebus-Rebus, Gulung-Gulung,Celup-Celup, Rebus-Rebus, Kukus -Kukus serta paling istimewa gerai Kari Kepala Ikan dan Kerabu yang menyediakan pelbagai jenis kerabu dan bermacam juadah appetizer yang lain seperti gado-gado, memang kecur air liur korang nanti
.
Pengemar makanan Cina dan India juga boleh menikmati menu seperti Stir Freid Buttered Prawns, Sauteed Squids with Black Pepper and Garlic, Lamb Dalca, Butter Chicken Curry, Chinese Mixed Vegetables, Fish Tikka, Eh banyak lagilah menuny yang gerenti korang suka punya.
.
.Tak lupa juga aneka kek dan dessert Melayu seperti Ubi Kayu Rebus, Lompat Tikam, Badan Berendam, Ais Kacang, Cendol dan banyak lagi, tu yang tak tahan tengok. Harga buffet hanya RM138 untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak usia 7-12 tahun dan warga emas, kanak-kanak bawah usia 7 tahun adalah percuma.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!