Memulakan kerjaya sebagai pembuat kek dan pastri mulai tahun 2016, Norbaitie bt Mohd Yazid, 32 mengakui amat berhempas pulas membina jenama Dapur Betty. Tanpa mengenal erti kegagalan, dia yang lebih mesra dipanggil Baitie, mempunyai kisah di sebalik perjuangan Dapur Betty terutamanya dalam pembuatan bomboloni.

“Satu hal yang amat saya tunggu-tunggu dalam hidup adalah kata-kata semangat daripada seorang ibu. Saya tak pernah berhenti berusaha untuk dapatkannya daripada mak saya,” cerita Baitie memulakan bicara mengenai ibunya, Siti Azizah bt Sujak.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Baitie dan ibunya.

Menurut Baitie, bomboloni bukan sekadar sejenis donat. Namun bomboloni lebih daripada itu. Baginya, bomboloni adalah lambang kasih sayang dan kemanisan dalam setiap gigitan bomboloni itu membuatkan kerinduan kepada seorang ibu tidak pernah lekang.

“Sampai sekarang saya masih anggap kasih sayang seorang emak kekal dalam diri. Apatah lagi, bomboloni itu mewarnai bisnes saya sampai ke hari ini. Saya percaya rezeki saya melalui bomboloni adalah berkat doa dan restu seorang ibu,” ceritanya.

DULU SAYA SELALU DOWN

Sebagai anak nombor dua, mungkin ramai yang menganggap anak nombor dua ini sifatnya degil atau sukar mendengar kata. Hal itu mungkin tidak terkecuali dalam hidup Baitie.

“Mama tak pernah tunjuk sokongan dia kepada saya dalam apa juga yang saya buat. Ini membuatkan saya selalu down. Mama lebih rapat dengan adik saya yang nombor empat dan bercerita pasal saya padanya. Dialah yang selalu beri saya kata semangat. Walau kecewa dengan hal ini, tapi saya tak pernah putus asa untuk buat mama bangga dengan saya terutama dalam hal baking,” kata Baitie.

“Tahun 2016, saya bina Dapur Betty. Saya struggle seorang diri. Saya nak kembangkan Dapur Betty demi nak berkongsi kegembiraan dengan mama. Saya nak mama tahu yang saya boleh berjaya seperti orang lain,” ceritanya lagi.

MINTA RESTU MAMA

Bermula dengan menjual makanan barat, Dapur Betty kemudiannya beralih kepada brownies. Perniagaannya tidaklah begitu memberangsangkan ketika itu.

Ads

“Setiap hari, saya akan jumpa mama dan minta restu mama. Saya cakap, doakan kakak supaya dapat banyak order,” kata Baitie yang mempunyai impian besar dalam dunia baking.

Daripada brownies, akhirnya pada tahun 2018, Baitie memberanikan diri membuat custom cake.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Ini kek perkahwinan yang dibuat oleh Baitie untuk kali pertama.

“Bermula dari sinilah, Dapur Betty menerima banyak tempahan. Setiap minggu memang banyak tempahan sampai tak terkejar. Tapi sebab semangat yang tinggi dan niat nak buat mama rasa senang, saya pulun saja semua tempahan,” kata Baitie.

MESIN COWAY

Menurut Baitie, satu benda yang menjadi cita-citanya adalah untuk memasangkan mesin penapis air jenama Coway di rumah ibunya.

“Saya selalu nampak mama angkat air berat-berat nak masak untuk dibuat air minum. Saya sedih tengok tangan dia sampai sakit-sakit. Mesin air Coway inilah benda pertama yang saya belikan untuk mama sejak saya semakin sukses dalam bisnes baking,” ceritanya.

Masih kekal di ingatan Baitie, pada Selasa 25 September 2018, orang Coway memaklumkan kepadanya untuk memasang mesin penapis air tersebut di kediaman ibunya.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Inilah mesin Coway yang dipasang di rumah ibunya, Coway Neo.

“Saya sangat teruja. Pagi itu, saya pergi ke rumah mama dan maklumkan pada mama mengenai pemasangan Coway. Mama minta saya masakkan sesuatu yang istimewa untuknya hari tu. Saya bawa mama keluar beli barang dapur,” kata Baitie.

Sesuatu yang agak di luar kebiasaan, menurut Baitie, ibunya membeli banyak sangat barang. Apabila ditanya, jawapan ibunya adalah, “Senang abah nak masak semua dah ada.”

“Sampai rumah, saya suruh mama rehat. Saya balik rumah saya untuk masakkan lauk istimewa kegemaran mama iaitu asam pedas ikan kembung,” katanya lagi.

Ketika itulah, yang dinanti sekian lama daripada ibu akhirnya kedengaran. Menurut Baitie, ketika itu ibunya bersuara, “Terima kasih kakak untuk selama ni selalu teman mama kawankan mama.”

Ads

“Saya peluk mama dan nangis. Walau ungkapan itu biasa saja, tapi bagi saya yang menanti sekian lama, bagaikan satu rahmat yang sangat besar,” katanya.

Baitie kemudian balik ke rumahnya untuk memasak dan kembali ke rumah ibunya pada jam 1.45 petang dengan membawa lauk yang dimasaknya.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Asam pedas ikan kembung untuk ibunya.

“Masa mama makan, mama panggil saya. Katanya, duduklah sini dengan mama. Kemudian mama minta air. Saya ambilkan air Coway yang dah siap dipasang. Habis secawan mama minum. Mama kata, sejuk air Coway ni. Kemudian mama pegang tangan saya, lalu mama menangis hiba. Tak pasti kenapa mama menangis tapi saya rasa bahagia sangat dengan mama ketika itu,” cerita Baitie.

Namun, siapa sangka. Kegembiraan itu tidak berpanjangan. Walau apa yang ditunggu-tunggu oleh Baitie mulai dimakbulkan oleh Allah, segalanya terhenti di situ.

Ads

“Lepas makan, mama tidur. Pukul 2.45 petang, saya kejut mama untuk solat zuhur. Mama bangun dan senyum pada saya. Kemudian, mama tiba-tiba jatuh di kaki saya, lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir,” ceritanya lagi yang tidak menyangka hari pemasangan Coway itulah ibunya pergi buat selama-lamanya.

BANGKIT DEMI MAMA

Menurut Baitie, selepas ibunya meninggal dunia, dia terasa amat kehilangan. Tempahan custom cake yang diterimanya banyak namun dia tiada semangat untuk membuatnya.

“Saya pulangkan semua duit pelanggan. Saya betul-betul give up. Seminggu selepas pemergian mama, saya nampak iklan kelas bomboloni. Saya join kelas dan saya bangkit semula daripada kesedihan. Semangat dan kekuatan ini buat saya bangkit selepas saya betul-betul rasa kosong lakibat pemergian mama. Cumanya sekarang mama dah tak ada untuk tengok kejayaan saya. Mama dah tak ada untuk saya share dengan dia apa yang saya ada sekarang,” katanya.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Kelas membuat bomboloni yang disertai oleh Baitie.

Sambung Baitie, “Saya percaya asbab secawan air Coway itu juga rezeki mencurah-curah daripada jualan bomboloni ni. Paling saya gembira, setiap hari ada saja permintaan bomboloni dan customer tak pernah jemu.”

Sejak tahun 2018, Dapur Betty mengusahakan bomboloni selepas bangkit daripada kesedihan akibat pemergian seorang ibu. Sebab itulah, bomboloni amat bermakna dalam hidup Baitie. Setiap hari menerima tempahan dan maklum balas daripada pelanggan sentiasa positif pastinya asbab seorang ibu yang sentiasa berdoa untuknya walau tidak pernah ditunjukkan secara berdepan suatu ketika dahulu.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Dapur Betty semakin dikenali kerana bomboloni yang menawan cita rasa.
“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Kegigihan Baitie selepas bangkit daripada kesedihan.
“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Nampak sedap sangat ni!
“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Antara bomboloni yang dijual.

“Dengan bomboloni juga saya ada buat personal kelas untuk mereka yang berminat. Saya akan teruskan bisnes bomboloni ini kerana ianya amat dekat dengan jiwa saya,” kata Baitie mengakhiri bicara.

“Bomboloni dan Coway Amat Dekat Dengan Jiwa Saya Kerana…”
Gambar terakhir ibu bersama seisi keluarga di lapangan terbang ketika menghantar adik sambung belajar di Scotland, 21 hari sebelum ibunya meninggal dunia.

Kredit: Dapur Betty

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI