Sama saja caranya seperti membuat donut. Apa yang membezakan di dalamnya diletakkan inti kegemaran seperti coklat, strawberi dan sebagainya. Gebu kejadian memang geram nak makan.
RESIPI BOMBOLONI Bahan-bahan: 1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku) 2 sudu besar gula 1 sudu besar yis 1 sudu besar baking powder 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 1 biji telur 2 sudu besar mentega (sejuk)
Ads
Cara-cara: 1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit. 2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata. 3. Masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati. 4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. 5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit. 6. Setelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat. 7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng. 9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak. 10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika. 11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula kastor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu. Siap untuk dihidang. Sumber : Nurah
Alangkah enaknya jika dapat menikmati roti dan ban bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika ia hasil air tangan sendiri. Kali ini RASA kongsikan enam jenis roti dan ban untuk anda cuba sendiri di rumah.
ROTI SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
300gm chicken floss (bahan inti)
BAHAN SAPUAN PADA ROTI:
1 sudu makan susu cair
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
Tabur kata chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang.
Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti.
Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing).
Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.
ROTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
BAHAN-BAHAN (INTI):
150gm kacang merah |direndam
100gm gula pasir
20ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi.
Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai.
Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu.
Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.
ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Sedikit pewarna ungu
BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:
200ml krim putar
150gm gula perang
10gm mentega
Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian.
Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti.
Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C.
Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
Sedia dihidangkan bersama roti.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15
Info chef: Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.
ROTI KEJU
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
4 keping keju
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai.
Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.
CHICKEN SLICE ROSE
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Kepingan ayam secukupnya |potong bentuk tiga segi
Sedikit mentega
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
Ulangi langkah hingga selesai.
Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
Sambal telur simple ini memang tak ambil masa lama nak siapkan. Bahan pun tak banyak. Senang pula tu nak memasaknya. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat.
Masakan simple maca ni sesuai dimakan waktu sahur. Sebab hidangan ringkas tapi sedap. Gerenti tak cukup sepinggan nasi nanti.
Boleh semak resipi yang dikongsikan oleh puan Wawa ini ye. Selamat mencuba!
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja, ia juga boleh dibuat masak lemak cili api. Ada yang dah biasa memasaknya untuk hidangan keluarga tapi mungkin ramai belum pernah rasa keenakan sardin tin masak lemak cili ini.
Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Kata beliau selama ini dia hanya mendengar rakan menyediakannya namun setelah mencuba, ternyata lauk ini tersangatlah sedap lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas. Beliau turut berkongsi resipinya bagi yang mahu cuba memasaknya kali pertama.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih jika suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!