Biskut Mama Carey ini digemari bukan sebab sedap saja tapi juga rupanya yang cantik. Kalau hidang atas meja waktu raya pasti ramai yang tergoda untuk ambil dan rasa.
Dalam pada itu ada juga yang cuba membuatnya sendiri, untuk menghasilkan biskut mungkin tiada masalah cuma ‘bab’ topping selalu saja tak menjadi.
Jika berhajat membuat biskut ini untuk hari raya nanti boleh gunakan perkongsian Nor Hazwani Ali sebagai panduan membuat biskut dan juga topping yang cantik dan kemas.
1 biji putih telur
3/4 cawan gula icing (diayak)
1 sudu besar tepung jagung
Pewarna
Cara membuat
1. Pukul Buttercup dan gula hingga sebati.
Ads
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Gaul dengan tangan, uli hingga jadi doh yang agak lembut. Jika adunan terlebih lembut tambah sedikit tepung dalam satu sudu besar.
4. Simpan doh dalam peti ais dlm 15 minit. Selepas itu keluarkan dan canai tapi jangan nipis sangat.
5. Seterusnya boleh dibentuk menggunakan acuan. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan dulu sebelum hias.
Cara membuat topping aising
Ads
1. Pukul telur putih hingga kembang kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Putar menggunakan kelajuan tinggi hingga likat.
2. Masukkan dalam piping beg dan picit icing di atas biskut yang telah sejuk. Rata dengan jari telunjuk, buat aising tebal supaya nampak cantik.
3. Kemudian ambil lidi atau pencungkih gigi celup dalam pewarna hijau da n buat 3 garisan pada biskut dan tarik ke bawah.
Ads
4. Seterusnya celup pula pewarna merah buat tiga titik atas daun dan buat gerakan membulat antara titik titi untuk corak bunga.
5. Bakar sekali lagi pd suhu 150 Selsius selama 10 minit hingga aising keras (api atas dan bawah). Sejukkan dulu sebelum disimpan dalam balang.
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 cawan gula icing – diayak
2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
Kuning telur secukupnya
Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Walaupun raya lambat lagi, tak salah membuat biskut kesukaan anda. Boleh buat kudapan untuk dimakan bila-bila suka. Agak renyah tapi berbaloi. Kalau nak lebih crunchy tambah bakar 10-20 minit api bawah saja. Nanti base bawah akan agak garing. Selamat mencuba.
Biskut Sampan
Bahan-bahan base (bawah):
250g butter sejuk (nak lagi sedap dengan pure butter)
58g susu tepung fernleaf fullcream
458g biscuit mix
Campurkan semua bahan nie sampai jadi doh
Inti:
86g conflakes nestle(kisar kasar)
86g almond nib
86g mix fruit
86g ceri hijau & merah(dadukan)
29g kelapa kering
5sb susu pekat f&n (ikut tekak masing-masing)-beli online di sini
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan sampai sekata.Rasa ikut kemanisan yang kita nak.
2.Ambil doh letak dalam acuan. Picit dekat tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Ratakan dengan pisau.
Suka makan kek buah? Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan, Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit (buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK: 1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam. 2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati. 3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.) 4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.) 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!