
Biarpun tanpa telur dan gula, biskut keju ini sangat sedap dan rangup. Jika anda tidak suka manis, inilah biskut yang wajib anda cuba. Rasa lemak-lemak masin biskut ini menyebabkan anda tidak rasa muak bila makan lebih. Pendek kata boleh layan satu balang ni. Daripada membeli korang yang suka, boleh buat sendiri biskut ini kerana ia sangat mudah membuatanya.
BISKUT KEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm mentega (mentega+marjerin)
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung
2 sudu makan susu tepung
100gm keju parut
100gm keju parmesan parut
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Keju cheddar parut
CARA MEMBUAT:
- Campur dan ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ketepikan.
- Pukul mentega sekejap sahaja (sekadar lembut).
- Masukkan keju kedua-dua jenis kej, kacau rata menggunakan senduk kayu.
- Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi, gaul rata menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
- Canai, kemudian terap dengan acuan yang ada suka. Susun dalam loyang pembakar. Sapukan kuning telur dan taburkan parutan keju di atasanya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan kepanasan 125-130C sehingga masak atau biskut berwarna kuning kekemasan.
- Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Source rickeindriani_ordinarykitchen
Rebake food_and_passion
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Membuat Somtam Ayam Goreng Yang Sangat-Sangat Sedap

Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng? Sangat enak ya menu ini. Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah. Rasanya cukup membuka selera. Pedas, masam dan manis. Sangat sempurna. Bak kata empunya resipi, lauk ini sangat enak dimakan bersama nasi panas dan diratah. Rugi jika tidak mencubanya. Nak rasa? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi. Jom kita mula!
RESEPI SOMTAM AYAM GORENG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi dada ayam
1 biji mangga muda/lemak (empunya resipi tambah)
2-3 ulas bawang putih – beli online disini
3 sudu makan thai palm sugar/ gula kabung siam – beli online disini
4 biji buah tomato
6 -8 biji cili padi
4 sudu makan sos ikan/ nampla sauce – beli online disini
1- 2 biji limau nipis – ambil jus
1 biji bawang holland – hiris nipis – beli online disini
1 sudu teh thai cili flake / emping cili thai – jika ada – beli online disini
Kacang panjang – dihiris kasar
Daun ketumbar
Sedikit ajinomoto
Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya – beli online disini
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0 dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Tumbuk kasar atau separuh hancur.
2. Masukkan tomato dan tumbuk kasar @ tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya.
3. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto.
4. Gaul sebati dan secukup rasa. Pastikan ada rasa pedas, manis dan masam. Masukkan cili flakes jika ada.
5. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland.
6. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Kredit resipi & foto: Roszmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Mi Goreng Buat Basah-basah Baru Sedap. Letak Udang Dengan Sayur Baru Cukup Khasiat!

Mi goreng buat basah-basah memang sedap. Lagi best bila letak lauk banyak-banyak dengan sayur. Barulah hidangan tersebut cukup khasiat.
Buat untuk hidangan sarapan atau juga makan malam memang sedap. Makan ramai-ramai terutamanya bila cuti satu pinggan confirm tak cukup.
Siapa yang suka pedas boleh buat cili potong dan kicap untuk tambah perisa. Buat macam ni anak-anak pun suka makan tak pedas dan cukup menyelerakan.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN
1 paket Mee Numee
Udang (ikut suka nak masuk lauk apa)
Sayur (kangkung, karot, tomato, cili padi untuk pedas)
Cili kering -dikisar
Bawang merah- dikisar
Bawang putih -dikisar
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
5 sudu kicap manis
3 sudu sos ikan (masin)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
Air 600ml
Telur
BAHAN TAMBAHAN:
Daun sup
Bawang goreng
Timun
Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah
- Tumis 2 sudu ibu sambal (cili kering, bawang merah, bawang putih).
- Masukkan air 600ml
- Masukkan sos
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
5 sudu kicap manis
3 sudu sos ikan (masin)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
- Bila dah menggelegak masukkan sayur-sayuran
- Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panas, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk.
- Pecahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah)
- Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup api dan sedia dihidang
Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun
NOTA:
Saya rujuk 70% resepi Azie Kitchen dan olah ikut bahan yang ada dapur sahaja. Dia guna kicap pekat dan kicap mee. Saya pula tak pernah beli macam-macam jenis kicap. Hanya ada kicap manis.
Kredit: Noof Hafiza Mohamad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
KEK MINI COKLAT MOIST
BAHAN UNTUK KEK COKLAT:
1 cawan minyak masak* – beli online di sini
1 cawan gula* – beli online di sini
1 cawan susu pekat* – beli online di sini
1 cawan susu cair* – beli online di sini
1 cawan serbuk koko*
1 ½ cawan tepung gandum | ayak – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder | ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat | ayak
3 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya.
3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.
4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.
5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.
6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula.
7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.
BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
½ cawan susu cair
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko.
3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH
BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil emulco pandan coconut*
1 sudu kecil pewarna hijau*
*untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.
BAHAN B: (ayak sekali)
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer.
3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih.
5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas.
6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau.
7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping.
9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
250g cream cheese
½ cawan susu pekat manis
½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream
Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap.
2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je.
3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat.
4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je.
5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap.
6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Kredit resipi: Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
4 Resipi Mudah Sarapan Untuk Anak-Anak, Masak Guna Air Fryer Je
Resipi Mudah Spaghetti Bolognese, Cheezy Wedges, Garlic Bread & Mushroom Soup
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: