Biskut dahlia klasik ini antara kuih raya yang wajib ada di atas meja 1 Syawal nanti. Walau ada versi yang baru tapi yang klasik ini jugalah selalu dicari.
Jika selama ini asyik beli saja apa kata tahun ini kita belajar buat sendiri. Bila lagi kan. Supaya biskut dahlia atau semperit ini menjadi, bentuk pun cantik elok tak kembang ‘setaman’ boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Habshah Ngah.
1. Ayak dulu tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. Ketepikan
2. Satukan mentega bersama gula dan telur. Gaul-gaul ‘manja’ saja. Jangan kacau lama, cukup sekadar adunan sebati saja dan berhenti. Jangan kacau sampai adunan kembang, inilah yang buat biskut kembang setaman.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna.
4. Kemudian masukkan 3 jenis tepung yang diayak tadi dan uli. Bubuh tepung sedikit demi sedikit sambil uli. Jika masih lembik, jangan tambah tepung kastard sebaliknya tambah tepung jagung atau tepung gandum saja.
5. Bila dah siap uli, rehatkan sekejap adunan dalam 30 minit.
Ads
6. Kemudian barulah dibentuk menggunakan acuan. Letak ceri merah yang dipotong sebagai hiasan di tengahnya.
7. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit. Tanda dah masak, bila tolak biskut dan ia bergerak tandanya dah masak elok.
Nota: Satu adunan ini akan dapat dalam 70-80 biji.
Salah satu kudapan yang mengimbau kenangan mereka yang berusia antara 40-an hingga 50-an adalah biskut telur coin. Ini kerana biskut tersebut selalu dibeli di kedai yang menjual kudapan untuk menjamu anak-anak di rumah.
Jom kita cuba buat kembali biskut tersebut. Manalah tahu boleh teringat kembali zaman kecil-kecil dulu kan?
BISKUT TELUR COIN
BAHAN-BAHAN
100 gram mentega
100 gram gula aising
2 biji telur (saiz A)
1 sudu kecil esen vanila
150 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit atau pewarna kuning
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan mentega dan gula aising. Pukul sehingga menjadi krim putih.
2. Masukkan telur ayam satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan esen vanila. Kacau lagi.
4. Masukkan pula serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau lagi.
5. Satukan tepung gandum dengan serbuk penaik dalam bekas lain. Kemudian masukkan dalam bekas adunan tadi.
6. Kacau adunan sehingga tepung tidak lagi kelihatan.
7. Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Guntingkan sedikit hujung tirusnya.
8. Paipkan ikut bentuk yang diingini. Bentuk duit syiling (coin) sangat mengimbau kenangan. Buat hingga habis adunan.
9. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 20 minit.
Ada yang berhasrat nak buat rumah terbuka? Mungkin ada menu yang mahu dibuat dari air tangan sendiri seperti kek jantung pisang. Kek ni tak guna oven,goreng guna kuali kecil yang dalam. Hasilnya sangat memuaskan.
Kek Jantung Pisang
Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan tepung kek bluekey
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu cair
sedikit esen vanila
Cara memasak:
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan telur,putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain .