
Kalau anda masih tercari-cari apa kuih raya nak buat, masukkan resipi biskut ini dalam list biskut yang akan dibuat menjelang raya nanti. Ianya senang dan tak perlu acuan, bulat-bulatkan atau sudukan je doh ke dalam dulang pembakar.
Biskut Cornflakes Cheese
BAHAN-BAHAN:
250gn cornflakes| ramas-ramas
400gm tepung gandum
400gm tepung segera kek atau cookies
50gm tepung jagung
150gmgula halus
2 biji kuning telur
100gm keju cheddar | parut
2 sudu makan keju parmesan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu tepung
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung kek, gula halus, telur dan esen vanilla.
- Aduk rata dengan sendok kayu.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata.
- Tambahkan cornflakes,serbuk keju parmesan bubuk dan parutan keju cheddar.
- Aduk hingga sebati.
- Ambil 1 sudu teh (15gm doh), letakkan atas loyang dan tekan dengan garpu atau bentuk ikut cita rasa.
- Hias atasnya dengan cornflakes yang dihancurkan sedikit. Tekan- tekan supaya cornflakes melekat pada doh.
- Bakar pada suhu 140C sehingga kekuningan.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Perap 4 Jam, Ini Resipi Kek Sarang Semut Kesukaan Ramai

Kek sarang semut yang juga dipanggil sebagai kek gula hangus tentu sahaja menjadi pilihan orang ramai. Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk dibuat, tetapi bila dimakan ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga. Kali ini, RASA akan kongsikan satu resipi kek sarang semut yang tidak perlu perap selama 4 jam. Resipi ini dikongsi oleh Aezach AR. Ayuh kita bongkar resipinya.
RESIPI KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT
(tak perlu perap 4 jam)
Loyang 7 X 7 inch
BAHAN A
- 300gm gula pasir
- 300gm Air Panas
- 125gm Butter – sejuk
- 5 titik butter compound
- 5 titik vanilla compound
CARA-CARA
- Cairkan gula di dalam periuk – sehingga perang gelap.
- Kemudian tuang air panas dan biarkan air gula hangus menggelegak
- Masukan butter yang di potong-potong kecil bersama vanilla compound dan butter compound – ketepikan
BAHAN B
- 300gm Telur ( 6 biji telur size B ) – saya gunakan yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
- 200gm Susu Pekat Manis – sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
BAHAN C
- 175gm Tepung Gandum
- 25gm Tepung Ubi
- 8gm Baking Soda
– Ayak 3 kali
CARA-CARA
- Kacau telur dan susu bersama menggunakan whisk . Tak perlu kembang pun. Cukup untuk sebati.
- Tuang 1/3 adunan air gula Karamel tadi – suam ke dalam campuran telor/ susu tadi dan pukul menggunakan whisk sehingga berbuih.
- Masukkan 1/2 bahagian tepung kemudian kacau lagi.
- Masukkan 1/3 bahagian Air Gula Karamel tadi. – kacau
- Habiskan campuran tepung dan Air gula karamel dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian tapis ke dalam bekas lain.
- Leserkan loyang yang panas dengan minyak / non stick grease spray.
- Tuang ke dalam loyang yang panas dan kecilkan api.
- Panggang di atas api dapur sehingga kering dan belubang di permukaan.
- Masukan ke dalam oven yang dipanaskan pada suhu 150 darjah – api atas dan bakar sehingga masak.
- Sejukkan dan potong kek secara melintang.



NOTA:
1. Saya gunakan bekas pemanggang seperti gambar di bawah.. ntah bila bawak balik dari surabaya.😂😂😂.. lapikkan alumunium foil kemudian letak batu kerikil kecil. Saya pakai batu akuarium. Kemudian lapik sekali lagi dengan alumunium foil. Jika tiada boleh gunakan periuk sebagi ganti.



2. Cara yang saya gunakan tidak perlu peram 4 jam kerana method campuran suhu panas ( air gula karamel ) bersama dengan telor/ susu yang sejuk. Kesan campuran pada suhu yang suam akan meyebabkan protin pada telor akan stabil dan juga soda bikarbonat “bekerja” dengan mengeluarkan karbon dioksida secara cepat.
3. Jika di lihat pembuatan kek gula hangus / sarang semut yang klasik, orang dahulu menggunakan peralatan asas seperi periuk, pemukul telur, loyang bingka ataupun oven hitam cap rama2. Suhu semasa memnaggang memainkan peranan ketika pembakaran.
4. Suhu yang sekata dari batu yang panas ketika memanggang akan menyebabkan “tunnel” di hasilkan dari tindak balas bahan penaik.
5. Jika dibakar di dalam oven terus akan menyebabkan permukaan kek masak – “protein coagulate” dan karbon dioksida tidak dapat melepasi pada penghujung tunnel – permukaan kek.

6. Saya simpan kek ni dah dekat seminggu.. makin lama makin lembap dan rasa vanilla / butter compound enhance rasa kek gula hangus / sarang semut.
KREDIT RESIPI & FOTO: AEZACH AR
Nak try buat Kek Sarang Semut ni tapi tak ada oven? RASA kongsikan seleksi ketuhar terbaik pada harga mampu milik yang boleh anda cuba. Nanti bolehlah masak macam-macam. Boleh pilih DISINI ikut bajet anda.
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Sajian Daging Hot & Spicy, Sedap Hingga Tak Perasan Peluh Merecik.

Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi.
Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya. Nah ni 4 sajian daging berempah yang pedas berempah, hot dan spicy..
1. DAGING HITAM HALBA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris nipis
- 400ml santan pekat
- 2 labu bawang besar | mayang halus
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan rempah kari
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh halba
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 10 biji bawang merah | kisar
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 2 batang serai | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
2. DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu muda |hiris nipis
- 10 biji cili padi | tumbuk kasar
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
- 8 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging tetel | rebus hingga empuk
- 2 batang serai |titik
- 2 helai daun salam
- 8 ulas bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih |kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan tumis
Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat
Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Resipi Kari Kepala Ikan Satu Kawah Sesuai Di Jamu Masa Kenduri Kendara!

Ini resipi khas bagi sesiapa yang mahu masak Kari Kepala Ikan dalam kuantiti yang banyak untuk majli kenduri. Untuk mendapatkan rasa kari yang seimbang, bahan-bahan ramuan mestilah cukup dan seimbang.
KARI KEPALA IKAN SATU KAWAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg bawang besar ( 1/2kg dimayang , 1/2kg lagi dikisar)
- 200 gm bawang putih (100gm dimayang 100gm dikisar)
- 1 kilo rempah kari ikan
- 150 gm serbuk cili
- 1 kg tomato biji (1/2 dikisar , 1/2 dipotong besar)
- 20 tangkai daun kari
- 50gm halba campur
- 1kg minyak untuk menumis
- 3kg santan pekat
- 500gm asam jawa
- 20 batang serai (kalau hendak gulai tu lagi semerbak baunya)
- 10 kg ikan (pilihan anda contoh merah, jenahak & tenggiri)
- Sayur-sayuran (contoh bendi, terung & tomato)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur dan daun kari.
- Bila wangi masukkan rempah kari yang dicampur air yang banyak (4 liter ) bawang dan tomato yang dikisar.
- Masak hingga pecah minyak. Bila pecah minyak perlahankan api
- Masukkan santan air asam, garam, sedikit gula, dan ikan. Perasa ikut citarasa anda.
- Akhir sekali masukkan sayur-sayuran pilihan anda.
KREDIT: Normah Bahari