Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
Ads
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Ads
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau nak tahu, tahap keenakan sesuatu hidangan steamboat ni terletak pada sos pencicahnya. Jika sedap sos, makan sedaplah steamboat anda tu. Nak cuba buat sendiri sos steamboat homemade? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod keempat menyaksikan aksi pasangan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Eira Syazira & Azad Jazmin yang telah berkongsi sajian-sajian nostalgia mereka berdua. Tak kering gusi melihat aksi keduanya di dapur. Ada sahaja usikan yang dari Pak Azad buat isterinya. Si isteri pula? Sangat sabar melayan. ‘Such a perfect couple’!
Eira Syazira dan Pak Azad telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Seafood Petai Ala Thai dan juga Sagu Kurma Jelly. Menurut mereka, hidangan itu adalah masakan pertama yang dimasak ketika mereka ‘dating’ dulu. Wow…Patutlah istimewa. Menu yang mengimbau kisah perkenalan mereka rupanya.
Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa dan juga sahur. Sajian Seafood Petai Ala Thai yang ditambah dengan daun limau purut memberikan rasa yang lebih enak dan membangkitkan selera ketika berbuka.
Sagu Kurma Jelly pula, menurut Eira ia adalah resipi yang dicipta oleh beliau sendiri dan merupakan menu wajib ada setiap tahun di bulan puasa. Sangat sedap dimakan sejuk terutamanya jika dinikmati selepas solat tarawih ataupun sahur.
Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
SEAFOOD PETAI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
300gm udang – dibersihkan
300gm sotong – dibersihkan
1/2 biji bawang merah – hiris
Sos tiram secukupnya
Sos ikan secukupnya
1-2 papan petai
3-4 helai daun limau purut
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
3-4 ulas bawang putih
5-6 biji cili
1 inci belacan
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Dalam kuali berasingan, goreng udang hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Campuran minyak dan air gorengan udang ini jangan dibuang.
4. Tambahkan gula, sos tiram dan sos ikan dengan secukupnya ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau lagi hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan sotong. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan juga daun limau purut, sedikit air gorengan udang, udang yang telah digoreng tadi dan juga petai.
7. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan.
SAGU KURMA JELLY
BAHAN-BAHAN:
250gm sagu putih
1 tin Susu cair F&N
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Gula merah secukupnya
Jeli kurma secukupnya
Air secukupnya
Kurma secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sagu hingga masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan,
2. Panaskan susu cair hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat air gula melaka, panaskan air dan masukkan gula melaka.
4. Tambahkan daun pandan diikuti gula merah. Masak hingga semua bahan larut.
5. Untuk menikmatinya, masukkan sagu, susu dan air gula melaka secukupnya ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan hirisan jeli kurma dan juga hirisan buah kurma jika suka.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.
Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Anda penggemar sajian udang? Cuba resipi Udang Masak Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni. Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Hmmm…Jom lah cuba puan-puan. Pasti anda sekeluarga berselera makan.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi. 2. Masukkan renpah kari dan serbuk cili. Tumis seketika. 3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering. 4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak. 5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.
6. Padamkan api dan Udang Masak Berempah sedia untuk dihidangkan.