Bila anak-anak kata tak nak makan nasi untuk makan malam, mak-mak kenalah kreatif untuk sediakan makanan. Walaupun ringkas, namun yang penting anak-anak kenyang dan lengkap khasiatnya.
Menerusi perkongsian daripada Nor Asiah ini, semua anaknya suka makan hidangan burger yang dibuat sendiri. Jimat dan lebih rasa air tangan ibu sendiri. Jom kita cuba.
RESIPI ROTI BURGER
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti – beli online di sini 70gm gula kastor 1 sudu besar yis kering (saf) – beli online di sini 1 biji kuning telur 1 sudu teh garam 50gm marjerin @ mentega 10gm pelembut roti 280gm – 300gm air sejuk
1. Masukkan semua bahan dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit dalam bread maker.
Ads
2. Kemudian bahagikan doh burger dengan berat 75-80gm setiap setiap satu. Roundingkan. Kemudian, letakkan di dalam acuan ring. Saya gunakan loyang ring saiz 4 inci.
3. Sapukan air di bahagian atas doh. Taburkan bijan. Tunggu sehingga doh naik. 4. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 20 minit atau bergantung kepada keadaan ketuhar masing-masing.
RESIPI AYAM GORENG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong-potong 1 biji telur + sedikit tepung bestari (2 genggam) *ayam diperap sekurang-kurangnya ½ jam.
*gaulkan semua tepung kering di dalam satu bekas. Apabila nak goreng, gaul-gaulkan ayam dengan tepung kering. *pastikan minyak banyak apabila menggoreng ayam.
Ads
BAHAN SAMPINGAN:
Daun salad Kentang goreng Kepingan keju Sos cili / sos cheese / mayonis
Beras rebus dan beras merah mana lebih baik terutama bagi kamu yang ingin diet, mesti tercari-cari beras yang sesuai. Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah. Kami kongsikan info yang bagus ini untuk kamu lebih fahami.
MANA YANG LEBIH BAIK?
Beras rebus/parboiled
Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese.
Rupa beras parboiled agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Beras perang
Beras perang adalah padi yang telah dibuang kulit padi setelah menjalani proses pengilangan yang minimal. Ianya perang kerana bran tidak dibuang dari beras. Beras perang tinggi nutirisi namun ramai yang kurang enak memakannya. Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak.
Beras putih adalah beras perang yang menjalani proses pengilangan yang maksima. Semua atau sebahagian bran dibuang, begitu juga dengan unsur-unsur lain dari padi sehingga ianya menjadi putih. Beras putih paling kurang nutrisi.
Harganya beras praboiled dan beras perang agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kan nak lebih sihat kan?
Pilih karbohidrat kompleks kurangkan karbohidrat ringkas.
Khasiat beras rebus mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?
Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.
Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
Ada lebihan ubi kentang di dapur. Nak buat karipap kentang macam dah bosan. Jadi kita buat lah menu minum petang iaitu kentang berinti ni. Untuk menyediakan kentang berinti ni kita perlu sediakan doh kentang dan juga intinya. Inti lebih sedap menggunakan daging cincang.
Resipi doh kentang Bahan-bahan: 1/2 kg kentang 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1/2 sudu besar garam 2 sudu besar butter
Cara membuat: 1.Kentang dibuang kulit dan dibelah enam.Rebus kentang bersama garam.bila kentang dah lembut, angkat dan toskan. 2.Hancurkan kentang (macam nak buat mashed potato) dan uli bersama tepung gandum, butter dan telur.
3.Bila dah siap uli, bulatkan doh kecil-kecil.dohnya agak lembik.masa nak isikan inti golekkan doh pada sedikit tepung gandum supaya tak melekat sangat pada tangan.
4.Isikan inti ke dalam doh. Tekan doh supaya leper sedikit. goreng di atas kuali dan balik-balikkan sehingga agak garing.
Resipi Inti Bahan-bahan: 200g daging cincang 1 labu bawang besar 1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar rempah kari ayam 1 mangkuk mixed vege serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI garam
Cara memasak: 1.Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak 2.Masukkan daging cincang.biarkan seketika. 3.Masukkan sos tiram, rempah kari dan mixed vege. 4.Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam. 5.Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. (Nota:Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak.Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja)
Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya nak buat. Kalau dibeli, harga sepinggan boleh mencecah RM5-Rm7 tau. Tak puas makan. Jom cuba buat sendiri! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
Bijan panggang secukupnya – jika guna bijan biasa, goreng tanpa minyak terlebih dahulu
Bawang goreng secukupnya – lebih sedap jika guna bawang yang digoreng segar
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih | tumbuk halus
2 biji cili merah | tumbuk halus
4 sudu makan petis udang
2 sudu makan sos hoisin
2 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Gula secukup rasa
1 cawan air
Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan Rojak Sotong Kangkung, didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau. Barulah Rojak Sotong Kangkung anda rasa lebih sedap.