Bihun sup tumis darat memang luar biasa rasa sedapnya. Tak percaya, cuba buat. Renehkan daging sampai empuk, baru tuangkan bahan tumisan. Makan pula dengan cili kicap. Nikmat betul rasanya.
Nak tahu cara untuk membuat Bihun Sup Tumis Darat yang sedap ini? Perkongsian daripada Teratak Eja boleh membantu. Jom kita buat.
Masak atau rebus macam biasa sampai daging empuk. Guna api perlahan sahaja.
Reneh sup sampai daging cukup masak.
Boleh letak garam, ajinomoto, asam keping dan cukup rasa.
Potongkan daging nipis-nipis bila dah cukup masak.
(TUMIS DARAT)
BAHAN-BAHAN:
Minyak (untuk menumis)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 labu bawang putih (dimayang)
Ads
Rempah 4 sekawan
CARA MEMASAK:
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Goreng sehingga keperangan.
Angkat dan masukkan terus ke dalam periuk berisi sup daging tadi.
Untuk hidangan, letakkan sayuran seperti tauge dan daun bawang.
Taburkan bawang goreng. Boleh dinikmati bersama cili kicap.
Ads
NOTA: Cara buat cili kicap. Kisarkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi yang telah digoreng sehingga layu. Masukkan sekali kicap, garam, gula dan cuka.
Ada tetamu nak datang ke rumah, bolehlah jamu mi kari siam.Mi kari ni kena cukup ramuannya barulah enak rasa.Boleh letak ayam, fishball, fishcake , sotong di dalam kuah
ini. Nanti bila dihidangkan baru nampak meriah dalam pinggan.
Mi Kari Siam
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Lengkuas
Halia
2 batang serai
2 biji cili hijau besar
6 biji cili padi
10 tangkai cili kering
Belacan
Minyak secukupnya
1 pek serbuk kari ayam/daging
Ayam
fishball
Fishcake
Sotong
Daging
Akar ketumbar
Daun limau purut
1 kiub ayam
5 sudu makan sos ikan
2 sudu makan gula
1 kotak santan
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2.Masukkan serbuk kari ayam/ daging satu pek kecil.
3.Masukkan ayam. Terpulang pada anda nak letak fishcake fishball, sotong,
daging.
4.Letakkan akar ketumbar.
5.Masukkan daun limau purut.
6. Perasakan dengan stok ayam.
7. Letakkan sos ikan.
8. Jangan lupa letak santan.
9. Masukkan air jangan banyak dan jangan sikit sangat.
10. Akhir sekali masukkan sedikit gula baru seimbang rasa.
11. Siap dah kuah. Bolehlah dihidangkan dengan mi.
Bila tengah lapar dihidang dengan bihun goreng memang laju menyuap. Nak bihun goreng rasa sedap, boleh tambah cendawan Shiitake di dalam ramuan. Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.Cukup mudah tapi sedap.
BIHUN GORENG
BAHAN-BAHAN:
100gram bihun untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.
Mi goreng basah ini selalu jadi pilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu datang beraya. Cuma masalahnya, hidangan ini tak boleh dibiar lama. Kalau tak dimakan terus, kuah akan diserap dan mi jadi kembang. Bila dah begini, rasanya akan kurang sedap.
Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat.
Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur
Cara membuat
1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi
2. Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola. Tumis lagi sampai masak.
3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa.
6. Bila me hampir masak, masukkan tauge jika suka. Bila dah sebati tutup api.
TIP EKSTRA
Sebelum letak garam dan gula rasa dulu kerana mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh segera. Memang dah sedia masin.
Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah dan berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.