Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera.

Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Boleh lah dicuba nanti, ya.

1. NASI KUKUS KISMIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang serai | titik
  • 4cm halia |mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Kismis secukupnya

Cara memasak:
1. Rendam beras sejam. Toskan.
2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.

2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM

BAHAN-BAHAN NASI:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)

  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun lengkuas
  • 1 helai daun kunyit
  • 3sm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 3cm halia

BAHAN-BAHAN ULAM:

  • Daun pegaga
  • Daun selom
  • Daun Selasih
  • Ulam Raja
  • Kacang Botol/Kacang Panjang
  • Tauge
  • Kubis
  • Cili merah

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga tanak.
3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
4. Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
5. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.

3. NASI KETUMBAR KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
  • ¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | mayang halus
  • Garam dan gula perang secukupnya
  • Daun pudina secukupnya

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – simpul

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan.
3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak.
5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.

4. NASI TUMIS BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
  • 3 cawan santan pekat
  • ½ cawan air
  • 1 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang merah | mayang halus
  • 3 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3cm halia | mayang halus
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.

5. NASI KUNYIT HALBA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh halba
  • 1 batang serai |titik
  • 3cm halia | mayang halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan.
2. Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.

Komen anda