Bestari Food Malaysia dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. berjaya melaksanakan acara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun di Pasar Raya Midas Mart Pandan, di sini kelmarin.
Penganjuran pertandingan itu merupakan acara kemuncak sempena ulang tahun Midas Mart ke-20 yang telah pun bermula pada 1 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini.
10 kumpulan layak dan terpilih ke pertandingan masakan ini, adalah merupakan pelanggan yang membeli barangan keperluan di Midas Mart.
Setiap peserta atau kumpulan, perlu menyiapkan dua jenis masakan utama serta satu masakan pencuci mulut berasaskan produk Bestari dan Adabi menggunakan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pihak Midas Mart.
Ads
Pasangan adik beradik, Ruksanna Begum Hassan, 42, dan Rukzanora, 40, berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun yang membawa pulang hadiah voucher tunai RM1,000 beserta hamper tajaan Bestari dan Adabi.
Ads
Ruksanna berkata, dia dan adiknya mengambil masa lima minit untuk mencari idea masakan setelah meninjau bahan mentah serta produk yang disedikan pihak penganjur.
Ads
Nasi Berempah Bestari, Sotong Kari Bestari, Udang Sambal Tumis Adabi serta Puding Kastart Bestari yang disediakan Ruksanna dan adiknya, berjaya menambat hati juri.
Sementara itu, pemenang tempat kedua membawa pulang voucher tunai RM500 serta hamper, dirangkul pasukan kedua yang dibarisi Norhashimah Hassim dan Nurul Huda.
Tempat ketiga pula dimenangi pasang adik beradik, Noraini Matron dan Junidah, manakala tujuh peserta kumpulan lain membawa pulang hadiah saguhati berupa voucher tunai RM50 serta hamper.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mengamalkan gaya hidup lestari mungkin sungguh mencabar bagi sesetengah orang, apatah lagi jika mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula. Sebenarnya, langkah paling mudah ialah dengan membuat perubahan yang kecil namun berimpak besar bermula di rumah kita. Sesungguhnya, setiap tindakan dalam kehidupan harian kita mempunyai kesan negatif ke atas bumi ini, tidak kira makanan yang kita makan, mahupun kesan karbon daripada kenderaan serta tenaga untuk menjana rumah kita. Maka, sekecil manapun setiap tindakan, sama-sama kita mampu mencetuskan perubahan yang bermakna.
Sehubungan itu, IKEA berazam mendidik rakyat Malaysia tentang isu kelestarian dan cara untuk mewujudkan persekitaran positif iklim dengan menyuntik inspirasi untuk menerapkan tabiat yang lestari ke dalam kehidupan harian mereka. Tidak kira memilih produk yang dihasilkan secara lestari sama ada untuk rumah anda, mahupun makanan yang kurang impak terhadap alam sekitar, kita boleh mengambil langkah-langkah kecil ini ke arah menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah.
Dalam usaha berterusan kami untuk mewujudkan persekitaran positif iklim dan kitaran, IKEA telah melancarkan beberapa inisiatif dalam kalangan rakan sekerja di gedung kami, serta mengubah suai cara kami membangunkan produk kami. Bagi kami, pemilihan bahan daripada sumber lestari yang boleh diperbaharui atau dikitar semula untuk produk kami adalah mustahak. Contohnya, kapas dalam produk kami berasal daripada sumber lebih lestari, dan kami juga telah meningkatkan penggunaan gentian semula jadi termasuk rotan, gabus dan buluh. Selari dengan komitmen kami terhadap matlamat kelestarian kami, kami turut melaksanakan Program Pemerhati Sisa Buangan IKEA, yang mengukur dan melaporkan 100% sisa makanan IKEA dengan tujuan mengurangkan 50% daripada sisa, selain menggantikan pakaian seragam kakitangan IKEA dengan versi yang diperbuat daripada tekstil lestari bagi menyemarakkan lagi komitmen IKEA terhadap pengurangan jejak iklim.
“Bagi menghadapi cabaran pemakanan yang tidak lestari, perubahan iklim dan ketidaksamaan yang semakin ketara, kami mengambil langkah besar ke arah mencapai masa hadapan yang lebih lestari. Di IKEA, kami beriltizam untuk lebih memudahkan dan mampu dimiliki untuk pelanggan kami, dan lebih lestari terhadap bumi kita. Semoga kami dapat menginspirasikan pengguna kami untuk menjalani kehidupan harian yang lebih baik, dan sama-sama membudayakan kehidupan lestari. Jadi, inisiatif ‘Kehidupan Lestari Bermula di Sini’ telah diilhamkan untuk mencapai tujuan ini,” kata Gerard Jansen, Pengarah Runcit Negara (Malaysia), IKEA Southeast Asia.
Bersempena musim perayaan Syawal ini, IKEA ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memulakan gaya hidup yang lestari di rumah dengan pelbagai penyelesaian yang dihasilkan daripada bahan lestari pada harga berpatutan.
3 Petua untuk mengamalkan gaya hidup lestari di rumah anda pada Raya ini!
Sambutlah Aidilfitri secara sifar sisa bermula dari rumah anda sendiri!
Amalkan penggunaan tenaga secara berhemat di rumah anda melalui beberapa langkah mudah. Jika anda merancang untuk mengubah suai rumah anda, ambillah peluang ini untuk beralih kepada mentol LED yang menjimatkan tenaga, kerana ia bukan sahaja dapat menjimat sehingga tenaga sebanyak 85%, tetapi juga bertahan 10 kali lebih lama berbanding mentol pijar. Menjadikan latar belakang yang mesra Instagram di luar rumah anda untuk sesi bergambar keluarga yang menarik, dan cubalah gunakan lampu hiasan berkuasa suria untuk menceriakan ruang anda! Satu lagi petua berguna: apa kata menggunakan bateri yang dapat dicas semula?
Ceriakan ruang anda dengan rantaian pencahayaan LED SVARTRÅ dengan 12 lampu (RM149).
Sungguhpun anda mengidam untuk membeli barangan hiasan Raya baharu, sebenarnya anda boleh berkreativiti untuk memberikan nafas baharu kepada hiasan lama bagi menceriakan rumah anda.
Ingin menyuntik idea baru pada rumah anda? Pilihlah produk yang diperbuat daripada bahan yang lestari dan mesra alam seperti buluh, gentian semula jadi atau berasaskan kayu yang boleh diperbaharui. Dapatkan inspirasi dan idea untuk menceriakan rumah anda dengan barangan hiasan di https://www.ikea.com/my/en/product-guides/sustainable-products/sustainable-materials/ dan kagumkan tetamu anda!
Diperbuat daripada kayu boleh diperbaharui, Mangkuk Hidangan BLANDA MATT (RM24.90 – RM79) didatangkan dalam tiga saiz – sesuai untuk semua majlis dan acara. Perabot yang diperbuat daripada rotan dan buluh mewujudkan suasana minimalis dengan gaya kedesaan ke rumah anda, misalnya Kerusi NILSOVE dengan pelapik kerusi, (RM395).
Sedarkah anda, tabiat pemakanan yang lebih sihat dan berhemat turut menyumbang terhadap kehidupan lestari? Jadi, marilah kita sama-sama memasang azam untuk menjadi lebih baik tahun ini! Biarpun sikap berlebih-lebihan memberikan anda kepuasan, namun ia boleh mengakibatkan pembaziran makanan. Jadi, semasa membuat persiapan untuk juadah Raya, anda boleh membahagikan jumlah makanan yang mencukupi untuk tetamu anda bagi mengelakkan pembaziran. Selain itu, sentiasa ingatlah untuk menggunakan bekas kaca yang boleh diguna semula untuk menyimpan baki makanan anda.
Barangan yang disimpan dalam bekas kaca (Bekas makanan IKEA 365+ berharga antara RM11.90 – RM42.90) bukan sahaja tahan lebih lama malah boleh digunakan untuk mengukus atau memanaskan semula hidangan kegemaran anda secara mudah! Kekalkan dapur yang kemas dengan beg boleh kedap semula ISTAD (RM7.90 – RM16.90) tatkala anda bersiap sedia untuk musim perayaan ini.
Pendek kata, kehidupan lestari bermula daripada naluri diri, daripada setiap tindakan kecil.
Demi mengawal dan meminimumkan pergerakan rakyat seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diambil oleh kerajaan , satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.