MILO® telah menghulurkan sokongan kepada ibu bapa yang menyambut sesi persekolahan baharu anak-anak mereka baru-baru ini melalui bengkel ‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’. Acara yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran itu memberikan tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-cara menyediakan bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak-anak mereka yang di bangku sekolah rendah. Bengkel merupakan sebahagian daripada program aktivasi MILO®UHT yang berlangsung selama tiga hari di 1Utama, Bandar Utama sempena tahun persekolahan baharu.

Bengkel Bento MILO® UHT Bekalkan Khasiat Dan Tenaga Untuk Si JuaraPada bengkel tersebut, MILO® juga mengambil peluang untuk berkongsi satu fakta yang kurang diketahui oleh ibu bapa – iaitu kanak-kanak setiap hari memerlukan lebih banyak tenaga daripada yang disangkakan yang turut memberikan kesan terhadap pengambilan pemakanan mereka. Sebagai contoh, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seorang kanak-kanak sekolah rendah menggunakan sehingga 1,500kcal tenaga dalam sehari – bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menghabiskan larian separuh maraton atau berenang 50 pusingan di kolam renang!

Bengkel ini menyajikan penampilan Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking yang menjelaskan mudarat mengabaikan sarapan yang dapat menyebabkankanak-kanak mengalami kehausan tenaga. Beliau disertai Lee Samantha, artis makanan yang terkenal dengan hasil ciptaannya yang luar biasa, berwarna-warni dan unik dalam sesi demonstrasi bersama beberapa resipi bekal makanan yang mudah dan cepat untuk dibawa ke sekolah.

IKLAN

Bengkel Bento MILO® UHT Bekalkan Khasiat Dan Tenaga Untuk Si JuaraDengan hanya berbekalkan alatan seharian, bahan-bahan yang segar lagi sihat serta daya imaginasi yang tinggi, Lee berkongsi beberapa tip menarik mengenai hiasan makanan yang mudah dengan pelbagai bentuk potongan untuk menceriakan bekal bento supaya kanak-kanak teruja untuk menikmati makanan mereka.

IKLAN

Bengkel Bento MILO® UHT Bekalkan Khasiat Dan Tenaga Untuk Si Juara

IKLAN

Bengkel Bento MILO® UHT Bekalkan Khasiat Dan Tenaga Untuk Si Juara

MILO® UHT mudah untuk dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian mereka. MILO® UHT mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT™, pelbagai mineral serta vitamin yang penting untuk membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandungi kalsium dan Vitamin D untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi, dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium, fosforus dan vitamin B3.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI