
Pernah cuba Jus Belimbing Buluh? Jika belum, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Suhada Ghads ni. Kombinasi rasa jus yang masam, manis dan serbuk jambu tu memang sepadan. Rasa lebih segar bila dicampur ais. Jomlah cuba! Sesuai sangat minum masa cuaca panas ni.
RESIPI JUS BELIMBING BULUH SEDAP & MENYEGARKAN

BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh
Air
Gula perang – beli online disini
Asam kulit limau kering – kisar kering – beli online disini
(NOTA: Jika tiada asam kulit limau, gantikan dengan serbuk asam jambu – beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan belimbing buluh dan masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut kuantiti jus yang anda nak buat.
2. Masukkan bahan-bahan lain seperti air, gula perang dan asam lkulit limau kering yang telah dikisar dengan secukupnya.

3. Kisar halus.
4. Masukkan ke dalam gelas dan campurkan ais. Kacau sebati.
5. Jus Belimbing Buluh sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suhada Ghads
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah & Ringkas Tapi Menyelerakan Menu Sunquick Honey Sesame Chicken

Sedapnya tengok resipi Sunquick Honey Sesame Chicken ni. Mudah dan ringkas tetapi menyelerakan.
Tak perlu banyak lauk pun kalau dapat menu macam ni. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Fienaz Shafie ini.
SUNQUICK HONEY SESAME CHICKEN

BAHAN PERAPAN AYAM:
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar bawang putih
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
BAHAN SOS:
3 sudu besar gula perang – beli online di sini
2 sudu besar madu – beli online di sini
3 sudu besar kicap manis – beli online di sini
2 sudu besar sunquick orange – beli online disini
1 sudu besar minyak bijan – beli online di sini
6 sudu besar air
1 sudu besar air tepung jagung – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN LAIN:
Isi ayam | dipotong kecil-kecil
2 sudu besar bawang putih – beli online di sini
1 sudu besar halia – beli online di sini
2 sudu besar ghochujang (kalau tak ada, boleh gantikan dengan cili boh)
2 sudu besar garam
Biji bijan (untuk hiasan)
Daun bawang (untuk hiasan) | dihiris halus
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Campurkan semua bahan perapan di dalam satu bekas. Kacau-kacau bagi sebati.
2. Kemudian masukkan ayam dan gaul-gaulkan bagi sebati. Perap seketika.

3. Sementara itu, siapkan bahan sos. Campurkan semua bahan sos dalam bekas atau mangkuk kecil. Kacau-kacau bagi sekata. Ketepikan.
4. Ayam yang telah diperap tadi, gaulkan dengan tepung jagung. Gaul biar bagi sekata semuanya ye.

5. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak ye untuk menggoreng. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
6. Kemudian, goreng sekali (double frying) untuk tekstur ayam yang lebih garing. Angkat dan toskan ayam.

7. Kemudian, di dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
8. Kemudian, tuang sos yang telah disiapkan lebih awal tadi. Gaul bagi sebati.
9. Masukkan ghochujang dan garam. Kacau-kacau sekata.

10. Bila dah mendidih, masukkan ketulan ayam goreng tadi. Gaul-gaul bagi sebati.
11. Taburkan biji bijan. Gaul lagi. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap.

Kredit resipi: Fienaz Shafie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Sendiri Ayam Bakar Thai Dengan Sos Pedas Yang Menyengat
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Pauk Berpantang Yang Mudah, Sedap & Cepat Masak.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Mana taknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 300 gm daging batang pinang |hilis nipis
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ inci halia |hiris
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
- Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 200gm daun pegaga
- 1/3 cawan santan pekat
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 ulas bawang putih |hiris
- 1 ulas bawang merah |hiris
- 1 batang serai |titik
- 1 sudu lada hitam | tumbuk halus
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci daun pegaga dan ketepikan.
- Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu di dalam pantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
3. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan haruan |bersihkan
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
- 1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
- 1/3 cawan air
- ½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
- Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
- Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.
4. IKAN MERAH SINGGANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan merah
- 2 ulas bawang putih |hiris halus
- 2 ulas bawang merah |hiris halus
- 1 batang serai |titik
- ½ inci halia |hiris
- ½ inci lengkuas |hiris halus
- 2 keping asam gelugur
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
- Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
5. AYAM PANGGANG HALIA

BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian paha
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan. - Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Sedia dinikmati.
6. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang lobak putih
- 1 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
- 1 sudu ikan bilis
- ½ sudu lada sulah
- Garam dan gula secukupnya
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
- Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
- Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
7. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
- ½ serbuk kunyit
- 3 helai daun kunyit
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
- Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
8. IKAN GELAMA MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan gelama
- 2 batang serai
- 2 keping asam gelugur
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- ½ inci halia
- 1 inci daun kunyit
- Gula dan garam
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
9. DAGING BAKAR LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
- Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
10. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan tenggiri |bersihkan
- 3 inci halia |hiris halus
- 2 sudu teh kicap manis
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ cawan minyak masak
- Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
11. KERABU DAUN MENGKUDU

BAHAN-BAHAN:
- 200gm pucuk mengkudu muda
- 3 sudu teh kelapa parut
- ½ biji bawang besar |racik
- Garam dan Gula
- 1 sudu teh cuka
CARA MEMASAK:
- Pucuk mengkudu dicelur sebentar. Toskan airnya dan dihiris 1 inci panjang. Ketepikan.
- Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
12. KERABU PEGAGA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm pegaga
- 1 biji bawang besar |mayang
- 3 sudu makan kelapa parut
- 1 sudu teh cuka
- 3 sudu teh ikan bilis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
- Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
- Sedia dinikmati.
13. AYAM KUKUS CUKA

BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam bahagian dada
- 2 sudu cuka
- 2 inci halia |dihiris
- 1 sudu lada hitam |tumbuk halus
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
- Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
14. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:
- ½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu ketumbar
- 2 sudu serbuk kurma
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 4 keping daun limau purut
- 3 sudu lada hitam ditumbuk halus
- 4 sudu minyak masak
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
- Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
- Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Step By Step Buat Char Kuetiau Udang, Confirm Tak Cukup Sepinggan

Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi kalau memakannya, kan? Nak try buat char kuetiau macam ni? Ini resipi daripada akaun facebook Suffiyah Ramadhani. RASA kongsikan step by step untuk buat char kuetiau yang confirm sedap.
CHAR KUETIAU UDANG

BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering (rebus/rendam air panas)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit air
BAHAN-BAHAN
500 gram kuetiau
Sedikit kicap untuk perap kuetiau
Minyak masak untuk menumis
1 senduk BAHAN KISAR
6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sedikit gula
2 hingga 3 cawan air
1 senduk kicap
Sedikit tauge (buang ekor)
Sedikit daun bawang (hiris panjang)
Udang secukupnya
1 atau 2 biji telur ayam
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Celur kuetiau dan angkat. Kemudian lumurkan kuetiau dengan kicap. Letak minyak sikit supaya kuetiau tak melekat. Ratakan gaulan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR dan bawang putih.

3. Masukkan gula.
4. Masukkan air 2 atau 3 cawan. (Kalau 2 cawan, nanti pecahkan 1 biji telur ayam. Kalau 3 cawan, nanti pecahkan 2 biji telur ayam)

5. Tuangkan kicap.
6. Masukkan tauge dan daun bawang.

7. Masukkan udang dan kacau kuah.

8. Pecahkan telur ayam. Kacau laju. Biar mereneh, masukkan garam. Matikan api.

9. Untuk menghidang, letakkan kuetiau dalam pinggan. Tuangkan kuah. Sedia dimakan.

Selamat mencuba!
Kredit resipi Suffiyah Ramadhani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

