Nak buat karipap yang sempurna dari kulit sampai ke inti ni mudah sahaja kalau guna teknik dan resipi yang tepat. Resipi yang dikongsikan oleh Reen Khan di Facebook ni memang confirm menjadi uoolsss dari kulit karipap sehingga inti yang sempurna rasanya Reen Khankongsikan. Ini memang siapa yang baru pertama kali nak cuba buat karipap sendiri di rumah boleh cuba resipi ni.
(sukatan air mengikut keperluan doh sehingga lembut)
CARA PENYEDIAAN:
Satukan tepung gandum ,tepung beras, garam, butter dan air kapur dalam satu bekas.
Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi kacau dengan senduk ye, hati² sebab panas.. bila tepung sudah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
Bagi penggemar Carrot cake @ Kek Lobak Merahpastinya akan suka dengan resipi yang dikongsi oleh saudari Surina Abadi ni. Sangat mudah malah bahan-bahannya juga senang nak disediakan. Sukat cawan dan sudu je. Kalau beli, sekeping sudah berbelas ringgit. Jom buat sendiri. Memang boleh makan puas-puas. Rasa pun sedap tau. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk bahan A, satukan telur, gula perang dan ovalette. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Pukul lagi hingga sebati. 2. Ayak dulu Bahan B. Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul seketika. 3. Masukkan walnut, lobak merah dan kacang gajus. Gaul hingga sebati dan tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega. 4. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak menggunakan api atas bawah. 5. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias dengan krim keju. 6. Untuk menyediakan krim hiasan, satukan semua bahan dan pukul hingga kembang. Hias pada kek setelah kek sejuk sepenuhnya.
Kek Coklat Moist @lembab, memamg sedap dinikmati bila masa pun. Rasa lemak manis kaya bercoklat rugi kalau tak cuba.
Bagi June Ahmad kek ini memang cukup disukai ahli keluarganya. Dia telah mencuba resipi ini dan memang ternyata mudah menjadi.
KEK COKLAT LEMBAB Resepi asal dr (Munira Baharum)
Bahan A:
⚘1 cwn serbuk koko (3/4 cwn pun ok) ⚘1 cwn susu cair ⚘3/4 cwn susu pekat ⚘3/4 cwn gula ⚘1 cwn minyak masak *semua bahan di atas gaul sebati dan masak atas api perlahan… *rehatkan kejap bila bahan sudah sebati…
Bahan B: ⚘3/4 cwn tepung gandum ⚘1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat ⚘1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder *semua bahan ini diayak…
Bahan C: ⚘4 biji telur (blender jer)
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A. 2. Secara berselang seli dan gaul dengan senduk. 3. Bila dah sebati, masukkan ke dalam dalam loyang yang disapu minyak.
4. Kukus dlm 30-45 minit(bergantung saiz loyang).
*nak test, cucuk dgn lidi, kalau tak melekat adunan kat lidi tuh kira kek dah masak ler…
⚘P/s : Loyang tu kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi…. ⚘ : Nak senang lagi sebelum tuang adunan, lapik je loyang dgn aluminium foil, gerenti adunan tak melekat kat loyang bila dah masak.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.