Bila sebuat pasal kopi ais, terbayang segelas kopi sejuk yang pekat, sedikit pahit, tak terlalu manis dan penuh rasa lemak. Memang nikmat dapat menikmati minuman sebegini. Andai dibeli di kafe tersohor mahupun di restoran mamak, harganya boleh tahan. Sedangkan cara membuatnya cukup mudah. Benda yang boleh jimat, kenapa tidak kan? Jom buat segelas guna resipi perkongsian saudara Ben Safwan. Pasti puas hati. Ramai yag dah cuba dan puji. Anda pun jangan lupa untuk rasa tau. Mudah sahaja cara dan bahannya.
RESIPI KOPI AIS KAW PALING SEDAP. BANCUH SENDIRI JE
1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api. 2. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. 3. Tapis dan tuang masuk air kopi tadi ke dalam jug. 4. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat ke dalam jug.
5. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.
6. Simpan bancuhan kopi kaw dalam freezer atau boleh terus dinikmati.
Tengok resipi rendang udang ni, terus rasa lapar. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang dibuat oleh Valli Kitchen. Resipi ini ada dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sedap sungguh.
Jadi, kalau korang selalu buat rendang ayam atau daging, kali ini bolehlah cuba buat rendang udang pula. Bahannya pun tak banyak. Cuma waktu menumis tu memang lama sikit. Kena betul-betul masak dan naik minyak. Barulah sedap rendang udang korang nanti.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN
400 gram udang
Minyak masak untuk menumis
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula melaka
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan santan
BAHAN KISAR
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 sudu besar pes cili kering kisar
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Ketepikan.
2. Bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, kunyit dan halia dihiris kecil-kecil.
3. Kisarkan bahan tadi dengan pes cili kering kisar. Ketepikan.
4. Sediakan kerisik. Kelapa parut disangai atas kuali. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
6. Masukkan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.
8. Masukkan sedikit air.
9. Masukkan gula melaka dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.
10. Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Makan nasi kalau tidak bersambal serasa macam tak lengkap. Tidak kira sama ada sambal macam mana pun, janji pedas dan cukup rasa. Tiba teringat pula sambal ikan bilis Che Nor. Jomlah kita buat sendiri. Krup krap Sambal Ikan Bilis Garing ala Che Nor ni. Makan dengan nasi panas dah tak pandang lauk lain.
SAMBAL GARING IKAN BILIS Bahan-bahan: 20 tangkai cili kering ( nak lagi pedas tambah lagi) 2 biji bawang merah 3 genggam ikan bilis Sedikit garam dan gula
Cara memasak:
1.Cili kering yang dah direndam dan dibuang biji ditumbuk.Kalau nak pakai blender kering pun boleh.
2.Lebih kurang macam ni.
3.Kemudian hiris bawang merah halus-halus dan letakkan sedikit garam dan gaul sebati. Saya perah air bawang dan biarkan bawah kipas selama 30 minit sebelum goreng.
4.Goreng dengan api perlahan.
5.Bawang goreng dah siap.
6.Kemudian goreng ikan bilis yang sudah dibasuh bersih dan toskan airnya.Goreng dengan api sederhana.Kerap kacau untuk ikan bilis masak sebati.Goreng hingga garing.
7.Ikan bilis dah siap.
8.Panaskan minyak 3 sudu dan tumis cili yang kita tumbuk tadi dalam seminit. Kemudian letak garam,gula secukup rasa.
9.Masukkan bawang goreng dan ikan bilis gaul sebati dan tutup api. Kredit:Hawa Aziz