Sekali sekala, kita alihkan selera buat bentuk bahulu berbeza daripada biasa. Siapa ada perisa lemon lagi.
Perkongsian resipi daripada saudari Keroroyz Royz ini, pasti membuatkan anak-anak tertarik dan terus ngap ke dalam mulut!
CLASSIC FRENCH MADELEINES
(boleh hasilkan 24 biji)
Sumber @cookingsee
BAHAN-BAHAN:
60g tepung naik sendiri – beli online di sini 60g gula kastor (saya kurangkan kepada 50g) – beli online di sini 60g pure butter dicairkan (microwave 20sec) 60g telur / 1 biji telur gred A 2g baking powder – beli online di sini 1 sudu teh lemon zest (bahagian kuning kulit lemon sahaja diparut)
CARA-CARA:
1. Sapukan butter pada madeleine pan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
2. Gaul lemon zest bersama gula dan ketepikan.
Ads
3. Di dalam mangkuk yang sesuai, pukul/whisk sedikit telur, tak perlu hingga kembang.
4. Masukkan gula dan lemon zest, whisk sebati.
5. Di dalam bekas lain, ayak tepung bersama baking powder ulang dua kali.
6. Campurkan tepung ke dalam adunan telur dan whisk hingga licin dan tidak berketul.
7. Masukkan butter yang telah dicairkan. Whisk hingga shiny dan glossy. Jika adunan menjadi seperti bertali semasa dituang, bermakna adunan sempurna sebaliknya jika berketul kira tak jadi/fail.
Ads
8. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan dalam peti sejuk selama satu jam. 9. Selepas 1 jam, panaskan ketuhar pada suhu 180C. 10. Keluarkan madeleine pan dari peti sejuk dan ayakkan tepung naik sendiri di dalam setiap lubang pan. Terbalikkan dan ketuk loyang untuk keluarkan lebihan tepung.
11. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan kaup balik sedikit. Masukkan ke dalam pipping bag dan pipekan sebanyak 3/4 (90%) adunan ke dalam setiap lubang pan.
12. Bakar pada suhu 180C selama 12 minit sahaja. Untuk pan saiz kecil, 8-10minit sahaja. Madeleine kira menjadi jika bahagian atasnya nampak kembung/hump.
Ads
*nota: kira macam scone, bahan sikit tapi teknik kena betul. 50g gula pun saya rasa manis lagi. Wangi bau lemon dan macam rasa kek lemon juga, cuma bahagian luar rasa rangup sikit. Sedap makan pada hari yang sama dibuat.
Nak cuba masak Mee Goreng Daging yang sedap, tak liat, tak hancur dan mudah masak? Resipi perkongsian saudari Niq Ain ni perlu anda cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan malah sesuai dinikmati oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Masak macam ni, mee pun tak hancur serta tak liat. Sedang-sedang sahaja teksturnya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI RAHSIA MEE GORENG DAGING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning – dibasuh
1 pokok sawi -hiris
2 biji tomato – hiris
3-4 biji cili padi – hiris
1 keping daging – hiris nipis (boleh ganti dengan sotong, udang atau ayam)
BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang putih
1 sudu makan cili boh – beli online disini
4 sudu makan sos tomato – beli online disini
5 sudu makan kicap manis – beli online disini
¾ sudu makan gula
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan sos tomato, kicap manis dan juga gula. Tumis lagi hingga pecah minyak lagi.
4. Masukkan hirisan daging. Masak seketika.
5. Masukkan mi dan juga hirisan sayur. Tambah sedikit air dan gaul hingga sebati.
6. Kacau-kacau hingga mi sedikit kering dan berkilat.
7. Padam api dan tabur bawang goreng serta hirisan daun bawang. Sertakan bersama hirisan limau nipis.
Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza tetapi ringkas cara memasak. Sesuai juga untuk yang mahu buat aktiviti Shell Out dan yang pasti satu keluarga akan menggemarinya.
1. KEPAH MENTEGA BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1kg kepah
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika dicampur dengan sedikit bayam hijau.
2. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
3. LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas boleh tambah dengan cili potong.
4. UDANG LEMON HONEY BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.
5. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu berkuah dan keras.
Jeruk setoi curah kicap pedas, sesuai sangat buat waktu musim buah setoi atau sentul sedang menjadi. Sayang kalau dibiarkan gugur begitu saja, lebih-lebih lagi isi luarnya biasanya kelat dan susah nak dinikmati mentah.
Tapi kalau dibuat jeruk pedas manis dengan curahan kicap begini confirm laku keras.
Resipi ini sangat mudah dan tak memerlukan banyak bahan.
Buah hanya perlu diproses ringkas, direndam dalam air gula dan disiram dengan kicap pedas yang ‘power’. Nak makan sejuk-sejuk pun boleh, sesuai sangat untuk peminat jeruk dan pencinta rasa masam manis pedas yang menyengat.
Jeruk Setoi Curah Kicap Pedas
Bahan-Bahan
Buah sentol / setoi secukupnya
Garam
Gula
Air
Cili flakes
Kicap manis
Belacan (jika suka)
Cili padi (ikut tahap pedas)
Cara Penyediaan
1. Bersihkan buah, kupas kulit buah setoi dan rendam dalam air garam selama 3–4 jam untuk hilangkan getah dan elak buah jadi lebam. Kemudian toskan.
2.Masak air gula dan biarkan sejuk. Rendam setoi dalam air gula semalaman hingga tenggelam. Langkah ini bantu kurangkan rasa kelat dan maniskan isi luar.
3. Toskan setoi hingga kering, kemudian potong kecil isi luar buah mengikut kesukaan.
4. Jika suka lebih pedas dan rasa ‘kick’, tumbuk cili padi bersama belacan dan sedikit gula. Gaul bersama kicap manis dan cili flakes hingga sebati. Kalau nak versi ringkas, hanya hiris cili padi dan tekan sedikit supaya pecah masa gaul nanti.
5. Curahkan kicap pedas atas buah setoi yang telah dipotong. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Tip RASA
Jika nak rasa lebih mantap, simpan jeruk dalam peti sejuk 1–2 jam sebelum makan.
Air gula boleh diganti dengan madu untuk versi lebih sihat.
Kalau tak suka pedas sangat, cukup sekadar gunakan cili merah besar yang dihiris nipis.