Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipsnya, baca ye…
1.Gunakan tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Ads
2.Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
3.Pastikan Tangan Kering.
Ads
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
4.Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Ads
5.Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
6.Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi tradisional Nasi Kapit Sambal Kelapa asli dari Terengganu ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook memang lain dari yang lain. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Boleh cuba sendiri di rumah resipi lengkap yang akan saya kongsikan di bawah.
NASI KAPIT SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 ekor ikan selayang
Asam keping
Garam
Gula
Gula melaka atau nisan
Bahan B
1 biji kelapa parut
Bahan C
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
Bahan D
Nasi himpit
Cara-caranya
Bersihkan ikan selayang dan rebus dengan asam keping dengan sedikit garam.
Ambil isinya dan ditumbuk dengan gula melaka atau nisang, garam dan gula.
Kemudian, sangai kelapa parut hingga agak garing dan sedikit perang.
Masukkan bahan C (kisar dulu sehingga halus), masak sehingga hampir kering.
Tambah bahan A tadi, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering.
Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tadi payah masak sampai kering.
Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit yang telah dimasak mengikut arahan pada paket.
Kredit: Muliadi Ramli
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bukan hanya untuk breakfast, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan. Dihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.
Sedapnya solok lada dimakan dengan nasi kerabu. Kalau ada yang suka makan solok lada, bolehlah buat untuk berbuka puasa dengan nasi kerabu nanti.Kukus dan letak santan sikit. Bila nak makan keluarkan solok dari freezer, biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dalam 5 minit.
SOLOK LADA FROZEN
Bahan-bahan:
5-6 ekor ikan selayang
3 genggam kelapa parut putih
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
15 biji lada solok
1 cawan santan -diguna masa nak kukus semula lada solok
Cara membuat:
Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
Tumbuk bawang, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata-rata. Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.
Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok Biar padat-padat montel.
Kukus lada solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum disejuk beku.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!