Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipsnya, baca ye…
1.Gunakan tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Ads
2.Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
3.Pastikan Tangan Kering.
Ads
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
4.Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Ads
5.Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
6.Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jangan ingat sibuk di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla dengan RASA yang anda semua boleh cuba.
AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
3 sudu makan rempah briani
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
3 sudu makan bawang goreng
3 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji tomato | belah enam
1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.
CUCUR BAWANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm bawang besar | cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1/2 cawan hirisan daun bawang
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
Adun adunan tepung hingga sebati.
Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.
Bila dah suka makan ais krim, bolehlah cuba membuatnya. Tak susah mana pun, ikut resipi ini. Hasilnya memang sedap,gebu dan halus saja teksturnya. Perisa dan pewarna ikut selera masing-masing. Satu adunan ni bolehlah dapat lima hingga enam mangkuk ikut saiz mangkuk kecil.
AISKRIM 3 IN 1 Bahan-bahan: 1 tin susu cair 1 tin susu pekat 2 sudu besar ovalette perisa Emelco durian Emelco strawbery Emelco coklat
Cara membuat: 1.Satukan dalam mangkuk. Mix sampai kembang,gebu.Agak-agak penuh mangkuk. 2.Bahagikan 3 bahagian, letak perisa. 3.Masukkan dalam mangkuk kecil dan simpan dalam peti sejuk beku 1 atau 2 malam. Dan bolehlah dimakan.
Selalunya kita buat rendang ayam atau daging, apa kata cuba kelainan buat rendang udang pula. Menariknya rendang udang ini bahannya mudah, cuma guna empat bahan saja.
Cara membuatnya dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus. Menurutnya rendang udang empat bahan ini adalah resipi dari ibunya sendiri.
Bahan-bahan
Udang kertas
2 batang Serai – dihiris & ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Cili padi – ikut pedas yang dikehendaki
1 biji kelapa parut – ambil pati santan saja
Caranya membuat:
1.Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili padi dan serai. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.
2.Perah kelapa parut tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja.
3.Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau suka berkuah tak perlulah masak hingga kering.
4. Kecilkan api dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.