Anda suka makan apam, jom kita cuba buat apam nasi dengan adunan tepung gandum dan tepung beras. Tabur pulak kelapa parut memang sedaplah.

Ni resipi apam nasi gaya Farisha Sofea, bahan pun ringkas aje. Bolehlah cuba nanti, sesuai untuk minum petang dan sarapan. Jom semak resipinya

APAM NASI


Apam Nasi Gaya Farisha, Nasi Lebih Jangan DiBuang. Mudah Sangat .
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 – 1 cawan gula- beli online DI SINI

Bahan B :

IKLAN
  • 1 sudu kecil yis segera – beli online DI SINI
  • 1 cawan tepung gandum ( diayak ) -beli online DI SINI
  • 1 cawan tepung beras ( diayak ) – beli online DI SINI

Bahan Lain :

  • pewarna pilihan – beli online DI SINI
  • kelapa parut

CARA MEMASAK :
1. Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati .
2. Tuangkan ke dalam mangkuk .
3. Masukkan Bahan B dan kacau sebati .
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .
5. Perapkan adunan selama 1 jam .
6. Sementara itu panaskan kukusan .
7.Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak .
8. Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak .
9. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan .
10.Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam .
11.Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama .
12. Siap sedia dihidang !

Apam Nasi Gaya Farisha, Nasi Lebih Jangan DiBuang. Mudah Sangat .
.

Nota : Farisha juga ada resipi versi baby untuk ibu ibu muda kita

IKLAN

Apam Nasi Gaya Farisha, Nasi Lebih Jangan DiBuang. Mudah Sangat .
.

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

 

INGIN MEMBELI PENGUKUS@ FOOD STEAMER JOM BELI ONLINE DI SINI

IKLAN

JOM TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO MASAKAN DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial

 

DAN BANYAK LAGI RESIPI RESIPI DI :

Cara Buat Apam Pisang Gebu, Makan Satu Mesti Tak Cukup

Cara Buat Apam Polkadot Pelangi Berinti Strawberi. Buat Jualan Gerenti Laku Keras

https://www.rasa.my/apam-kampung-gebu-bersarang-begini-cara-buatnya/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI