Hari ni jom kita buat kuih apam lejen, gerenti ulang kali makan. Satu adunan ni dapat dalam 30 biji, guna acuan kecil ikut banyak mana isian dalam acuan.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni tak berapa manis. Bagi yang nak manis boleh + sedikit gula pasir)
Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat 1 tongkol jagung dihiris 3 cawan santan 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula pasir sedikit garam. kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara memasak: 1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak. 2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus. 3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis. 4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
Cucur kembung ini adalah salah satu versi cucur yang ada. Tapi cucur ini boleh dikatakan yang paling senang dan cepat siap. Kalau lapar waktu petang sesuai sangat untuk sediakan hidangan ini.
Sedap makan panas-panas, kalau hidang sepinggan sekejap saja licin. Kalau belum pernah buat cucur ini kenalah cuba. Caranya ada dikongsi oleh Munierah Rohanie
2 cawan tepung gandum (Bakers Choice’s)
2 cawan air panas mendidih
3 sudu gula
Secubit garam
1.Gaul sebati adunan guna senduk/sudu.
2.Bentukkan bulat bila adunan suam.
3.Sapukan minyak sikit dekat tapak tangan untuk cantikkan bentuk bulat cucur.
Siapa di sini suka makan kuih tradisional, pasti suka dengan kuih bom bijan inti kelapa.
Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya kuih menjadi dengan cantik dan sedap.
Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran, tapi dengan perkongsian resipi dan langkah demi langkah daripada Shidah Asmuni, mudah saja untuk membuatnya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut – beli online di sini 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini 1 biji ubi kentang | rebus hingga empuk & dilenyek – beli online di sini ½ cawan air (campur 2 sudu air sebab tadi tak cukup) Sedikit garam Sedikit pewarna kuning (optional kalau nak letak atau tak, terpulang pada citarasa sendiri) Bijan
1. Campur semua bahan dan gaul hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. 2. Bentukkan bulat kemudian tekan tengah untuk bubuh inti (inti kelapa tu bulatkan siap-siap). Senang nanti dah bubuh inti, tutup semula bulatkan kembali.
3. Buat hingga doh habis. Basahkan tangan dan ambil bebola tadi ratakan dengan tangan kita yang basah tadi hingga kena semua permukaan. 4. Lalu gaulkan dengan bijan hingga tutup semua bebola tadi dengan bijan. Bila dah habis dan siap semuanya, simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng. 5. Goreng dengan menggunakan api yang sederhana hingga masak kekuningan.
CARA BUAT INTI:
1 biji kelapa parut muda (sesuai buat inti) ½ inci gula melaka (sebab gula yang saya beli tu 3 inci, jadi bahagi 2) – beli online di sini *Nak letak semua pun okay tapi tak perlu letak gula perang dah ½ cawan air 3 sudu gula perang (nak manis lagi tambah) – beli online di sini Sedikit garam 1 sudu tepung gandum 3 helai daun pandan
1. Didihkan air, kemudian masukkan gula melaka dan biar larut. 2. Bila dah larut, campur gula perang dan daun pandan. Apabila dah mendidih dan agak pekat, masukkan kelapa parut tadi. Gaulkan. 3. Kemudian masukkan tepung gandum dan garam. Kacaulah hingga kering dan masak.
Sambal Tempe Basah sememangnya menjadi antara hidangan kegemaran ramai, terutama bagi pencinta masakan kampung yang penuh dengan rasa pedas, manis dan rangup. Menu ini...