Nak buat dessert tapi takda idea? Haa ini dia koleksi resipi aneka pencuci mulut/manisan sesuai dihidangkan untuk keluarga dan juga para tetamu yang hadir. Mudah dan sedap mesti puas hati..Selamat mencuba! 

KASTAD TIRAMISU

Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • 11 sudu makan tepung kastad
  • Air (sukatan sebanyak 5 tin susu)
  • Biskut marie perisa kopi
  • Milo
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
  2. Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
  3. Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
  4. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
  5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Info: Boleh kurangkan kepekatan sedikit jika mahu

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Solehah Yusoff 

MANGO FLOAT DESSERT

Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

Bahan-Bahan 

  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
  • 200 gm cream cheese
  • 1/2 paket biskut cream cracker
  • 4 biji mangga (dihiris memanjang)
  • 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
  • Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
  • Aluminium foil
  • Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara Penyediaan 

  1.   Putar / Blender

Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.

  1. Sediakan Loyang

Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.

  1. Rendam Biskut

Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.

IKLAN
  1. Lapiskan Dengan Cream Cheese

Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.

  1. Aturkan Hirisan Mangga

Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.

  1. Topping

Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.

Beginilah hasilnya.

  1. Sejukkan

Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.

Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari peti ais dan dipotong-potong. Terliur kan?

Info: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.

Kredit Resepi: Puan Idah Hussein 

CUMI CUMI SWEET COCKTAIL

IKLAN

Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin laici
  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 paket cumi cumi
  • Ais batu

Info:  Nak tambah Nata De Coco atau buah-buahan segar pun boleh

Cara Penyediaan: 

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau. Dah siap, boleh letak ais batu terus atau letak bila nak makan nanti. Mudah kan?

Kredit Resepi: Halimaton Saadiah 

KEK BATIK MENGGUNAKAN BISKUT JEJARI

Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

IKLAN

Bahan-bahan

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

Cara Penyediaan

  1. Cairkan Butter
  • Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.
  1. Masukkan Susu Pekat & Milo
  • Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati.
  • Seterusnya, masukkan pula 2 cawan Milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.
  1. Susun Biskut
  • Sekarang, masa untuk menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang.
  • Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.
  1. Bubuh Topping
  • Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka. Boleh gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.
  1. Sejukkan
  • Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

Kredit resepi: Puan Zaimah Zakaria

AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE

Aneka Pencuci Mulut/Manisan Sesuai Dihidangkan Untuk Keluarga Dan Juga Tetamu Yang Hadir

Bahan A

  • 200gm gula pasir (boleh kurangkan jika kurang suka manis) 
  • 3sudu besar susu tepung
  • 350ml air

Bahan B

  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 50ml air

-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

Bahan C

  • 80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yg disukai) 
  • 500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair)
  • 250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap dan apa-apa jenama tidak kisah, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh) 
  • Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
  • Daun Pandan (bagi wangi)
  • Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak 

Cara Penyediaan

  1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
  2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Apabila mendidih, matikan api.
  3. Tuang dalam acuan aiskrim atau plastik aiskrim malaysia pun boleh.
  4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.

Kredit Resipi: Nur Atikah

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI