Wah-wah, episod kali ini Rasa Nostalgia Ramadan membawa anda menikmati pemandangan sawah di utara! Lagi meriah, pengacara Amy Mastura bukan main lagi menyanyi di tengah-tengah bendang kan.

Amy Mastura tidak keseorangan kerana dia ditemani penyanyi, Ezad Lazim dan juga anak saudaranya, Sabrina.

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Bukan main kecoh mereka saling mengusik antara satu sama lain, sebelum memasak.

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Resipi yang Ezad kongsikan kali ini ialah Bihun Sup Sambal Merah dan juga kuih Onde-Onde Gula Melaka.

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Memang seronok dan asyik memasak dengan angin sepoi-sepoi bahasa di ladang sawah padi kan.

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Meskipun Ezad banyak bercakap sambil mengusik Amy dan Sabrina, namun tangannya tetap laju menolong di dapur. 

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Resipi ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Jangan lupa mencuba resipi ini tau.

IKLAN

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

 

1. BIHUN SUP SAMBAL MERAH

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

BAHAN-BAHAN:

1 peket bihun
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kg ayam
2 sudu besar TUMIX Perencah Pati Ayam
1 batang kayu manis
5 biji bawang merah kecil | ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
1 inci halia | ditumbuk
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
2 sudu besar rempah sup
3 tangkai daun sup | dihiris
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 batang serai | diketuk
Bawang goreng secukupnya (sebagai hiasan)
Lobak masin secukupnya (sebagai hiasan)

IKLAN

BAHAN B: SAMBAL MERAH (CABAI MERAH)

5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
½ peket cili boh
2 sudu besar serbuk cili
3 asam keping
½ sudu besar gula merah
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
Garam
1 cawan air

CARA MENYEDIAKAN: KUAH/SUP

1. Mula sekali, rendam 1 peket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, celur sehingga lembut, tapis dan ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau bersama rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang dan bunga pelaga).
4. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati.
5. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg ayam. Masak sehingga ayam masak dan lembut.
6. Kemudian perasakan dengan TUMIX Perencah Pati Ayam.
7. Sedia untuk dihidang.

CARA MENYEDIAKAN: SAMBAL MERAH / CABAI MERAH

1. Kisar bawang merah kecil dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk cili dan cili boh, kacau dan masukkan air.
3. Tumis cabai sehingga mendidih dan masukkan asam keping.
4. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan gula merah. Gaul sehingga gula merah cair.
5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO dan garam.
6. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.

 

2. ONDE-ONDE GULA MELAKA

IKLAN

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

BAHAN-BAHAN:

6 helai daun pandan | dihiris
1 cawan air
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
¼ sudu kecil pewarna hijau
Gula nisan/ gula melaka secukupnya | dipotong kiub
½ biji kelapa parut segar
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO
Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan ambil airnya.
2. Gaul tepung pulut dan tepung beras bersama air pandan.
3. Masukkan AJI-NO-MOTO dan pewarna hijau (optional) dan gaul rata.
4. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
5. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
6. Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
7. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
8.Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya tak padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
9. Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
10. Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Amy Mastura & Ezad Kongsi Resipi Mudah, Bihun Sup Sambal Merah & Onde Onde Gula Melaka

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.

Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI