Musim durian dah bermula. Macam-macam menu boleh anda cipta sesuai dengan cita rasa.
Boleh buatlah aiskrim durian sendiri.Letak durian banyak-banyak sikit.Memang asli rasa duriannya. Sedap yaamatt laaahh.Sejuk je lalu dekat tekak.Makan dengan roti pun sedap.Boleh ulang kali makan ni.
Aiskrim Durian Homemade
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( tak suka manis kurangkan)
1 sudu besar ovalett
Durian secukupnya..( anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas
durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya ( uwan tak guna sebab durian yang Uwan guna dah
kuning ..Uwan guna durian Udang merah)
Ads
Cara membuat:
1.Blend durian,susu cair,susu pekat dan ovalett.
2.Dah sebati,masukkan pula ke dalam mixer.
3.Mix 20-30 minit atau hingga gebu.
4.Kemudian letak dalam bekas.
5.Simpan dalam frezer.
Suka makan Puding Roti? Ha…Berita baik buat anda. Biasanya kalau buat sandwich atau kudapan anak-anak yang menggunakan roti, pastinya bahagian tepi @ kerak roti ni tidak mahu dimakan. Betul tak? Tak sedap katanya. Tapi sayangnya nak buang. Untuk elakkan pembaziran, anda boleh hasilkan Puding Roti sedap mengguna kerak roti ni. Tengok hasilnya. Macam hidangan mewah pula. Jom cuba resipi perkongsian Iman Aisya ni. Pasti puas hati.
RESIPI PUDING ROTI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Roti – potong kecil (sebab masukkan dalam bekas loyang muffin. Nak letak dalam aluminium foil pun boleh).
1 biji telur
3 sudu makan gula
1/2 ketul mentega -cairkan
Susu segar@susu full cream@susu cair
( Pukul bahan-bahan di atas ( kecuali roti) dalam 3 minit untuk sebati.)
CARA MEMASAK:
Rendam roti di dalam bancuhan berisi telur, susu, gula dan mentega tadi. Gaul hingga basah semuanya.
Masukkan ke dalam acuan muffin. Jika perlu, oles dulu acuan dengan sedikit mentega.
Jika suka, boleh taburkan kismis, bijan, coklat cip atau pumpkin seeds.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 30 minit.
BAHAN SOS KASTARD:
1/2 ketul mentega
1/2 tin susu cair atau susu segar
3 sudu makan gula
1 sudu makan tepung kastard – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega di dalam periuk.
Masukkan susu cair, gula dan tepung kastard.
Didihkan seketika. Kepekatannya punya terpulang pada kesukaan masing-masing sama ada inginkan sos yang sedikit pekat atau cair.
Angkat dan nikmati bersama roti yang dibakar tadi.
Musim rambutan sekarang, selalu buah ini kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh buat rambutan asam boi pula. Peminat asam kena cuba. Caranya dikongsi oleh Ani Zam.
Resipi rambutan asam boi
Bahan-bahan
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Cara membuat
Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam
Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur manis yang mudah yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...