Agar-agar dan puding bila dihidang sebaik makan memang enak. Tambah pula dihidang sejuk. Boleh cuba buat agar-agar susu kotak pasti anak-anak menggemarinya. Boleh cuba buat agar-agar susu kotak berperisa coklat ataupun strawberi.
Agar-agar susu kotak
Bahan-bahan:
1 liter air kotak – coklat / strawberi / ikut lah jenis apa pun janji besar 3 sudu gula (ikut citarasa- nak kurang pun ok) 10gm (1pek) agar-agar serbuk – ambil yang jernih. Kalau tak ada yang berwarna pun boleh
Cara membuat: 1.Masuk semua bahan, didihkan. 2.Biar mendidih dan kacau. Siap. 3.Kemudian gunting kotak susu comel-comel sikit.
Ads
4.Biar sejuk kejap baru masuk peti bahagian bawah bukan dekat atas. Kalau boleh satu malam baru elok beku.Kalau 1 jam atau 2 jam tak sempat beku sebab ni kotak besar. Kredit: Ain’nie Rahman
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya KaripapHomemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petangyang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
3 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN INTI:
15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
100gm daging – potong nipis & kecil
2 paket kecil rempah kari
10 tangkai cili kering – kisar halus
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1-2 tangkai daun kari – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya – jika perlu
Minyak untuk menumis
Telur rebus – dibelah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Donut tanpa yis kini sangat terkenal di negara seperti Jepun , Korea Selatan dan Taiwan. Kalau diadun doh belah pagi, petang sempat aje membuatnya untuk dijadikan menu untuk berbuka.
Donut ni sangat garing di luar dan lembut di dalam. Jom semak resipi perkongsian Fatin Damia ini, donut antarabangsa ni memang lah sedap rasanya.
DONUT TANPA YIS
BAHAN-BAHAN :.
Bahan A: ✔ 30gm tepung pulut ✔ 2 sudu makan air
Bahan B: ✔ 225 gm tepung pulut ✔ 50 gm gula pasir ✔ 1 sudu kecil baking powder ✔ 120 ml susu cair / susu full cream ✔ 1 biji telur size A ✔ 30 gm mentega / marjerin / shortening
CARA PENYEDIAANNYA :
1. Campurkan bahan A dan masak atas api sampai pekat sedikit. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, masukkan bahan bahan B dan masukkan juga bahan A yang telah sejukkan tadi. Gaul rata sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 1 jam dan tutup dengan kain bersih..
4. Selepas 1 jam, bentukkan ikut saiz dan bentuk yang disukai. Goreng menggunakan api kecil.
5. Setelah donut masak, golekkan dalam gula atau boleh juga diletakkan pelbagai jenis glaze sesuai selera.
Dulu-dulu, kuih tradisi Melayu memang tak lari dari menggunakan bahan utama seperti tepung beras, tepung pulut, santan, kelapa dan gula. Gabungan bahan-bahan ini memang serasi memenuhi kehendak selera. Bagi anda yang teringatkan air tangan mak-mak di kampung yang tak dapat pulang berpuasa dengan mereka, bolehlah cuba resipi Kuih Koci Pulut hitam, sekurang-kurangnya lepaslah rindukan air tangan mak.
KUIH KOCI PULUT HITAM BAHAN-BAHAN: 2 cawab tepung pulut 2 sudu makan beras pulut hitam | kisar halus Secubit garam 1 cawan air
BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa parut | putih sahaja 1 keping gula melaka 3/4 cawan gula pasir 1 sudu makan tepung gandum 1 helai daun pandan | carik dan simpul Secubit garam BAHAN KUAH SANTAN: 2 sudu makan tepung beras 2 sudu cawan santan pekat Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
Tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam dicampur. Gaul rata.
Tuangakan air sedikit demi sedikit dalam adunan sambil adun hingga mendapat adunan tidak terlalu keras atau lembik (macam buat doh buah melaka) dan tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan seperti saiz buat buah melaka. Tutup dengan kain atau tisu dapur dan ketepikan. Sementara menunggu menyiapkan inti kelapa.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam kuali.
Tambahkan sedikit air, renehkan atas api perlahan. Kacau hingga gula hancur dan tambahkan secubit garam.
Tapis air gula tersebut, kemudian masukkan semua dalam kuali dan masukkan kelapa parut, kacau rata, bila agak kering masukkan bancuhan tepung gandum.
Gaul rata dan tutup api.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan inti dan ketepikan.
Untuk menyediakan, kuah santan, campurkan tepung beras dengan santan pekat dan garam, kacau rata.
Masak adaunan ini atas api kecil hingga pekat, Tutup api.
Untuk membungkus, ambil doh tepung pulut yang telah dibuatkan tadi, kemudian leperkan di atas tangan dan masukkan inti kelapa, bulatkan semula doh, lakukan hingga habis.
Sementara memasukkan inti, masak air dalam periuk.
Apabila air mendidih, masukan doh-doh berisi inti dalam air rebusan. Setelah timbul angkat dan masukkan dalam kuah santan pekat tadi.
Menggunakan sudu ambil doh koci sekali dengan kuahnya santan dan letakkan atas daun pisang yang telah dilayurkan dan disapu minyak. Bungkus macam bungkus nasi lemak.
Kemudian susun dalam pengukur dan kukus lebih kurang 7-8 minit bagi aroma daun pisang dan kuih betul-betul masak.
Kuih koci sedia dihidangkan apabila sejuk.
Resipi: Makcik Basing
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.