Agar-agar pandan gula Melaka tiga lapis ini sesuai sangat bila tekak teringin makan pencuci mulut yang lembut, harum dan manis berlemak.

Kombinasi aroma pandan yang wangi, lemak santan dan manis gula melaka menjadikan setiap suapan cukup memuaskan.

Paling best cara membuatnya juga tak susah. Tak perlu proses melapis kerana agar-agar ini akan membentuk tiga lapisan cantik secara semula jadi.

Ads

Sesuai dihidangkan untuk minum petang, majlis atau sebagai pemanis mulut selepas makan tengah hari.

Resipi Agar-agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis

Agar-agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik. Ini Resipinya

Bahan untuk bahagian atas (Pandan Santan)

400g air
250g air pandan
300g santan (guna santan Kara)
10g agar-agar tali
220g gula pasir
2 biji telur (pukul sekejap)
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Bahan untuk bahagian bawah (Gula Melaka)

400g air
150g gula merah
60g santan (santan Kara)
½ sudu kecil garam
6g agar-agar tali

Agar-agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik. Ini Resipinya

Ads

Cara Penyediaan Bahagian Atas

  • Masak agar-agar tali bersama air sehingga hancur sepenuhnya.
  • Masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau untuk menyerikan warna.
  • Kacau dan masak hingga mendidih. Biarkan 4–5 minit sehingga pecah minyak antara air dan santan.
  • Tapis dan tuangkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk seketika.

Cara Penyediaan Bahagian Bawah

  • Masak agar-agar tali bersama air hingga hancur.
  • Masukkan gula merah, kacau hingga larut. Kemudian masukkan santan dan garam.
  • Kacau hingga mendidih dan tapis.
  • Lorekkan permukaan bahagian hijau tadi dengan garpu supaya kedua lapisan melekat elok.
  • Tuangkan campuran gula melaka perlahan-lahan di atas lapisan pandan.
  • Bila sejuk sepenuhnya, agar-agar akan membentuk tiga lapisan secara semula jadi — bahagian santan, lapisan jernih, dan gula melaka.

Tip RASA

Untuk mendapatkan air pandan, kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis.

Pastikan kedua-dua lapisan hampir sama suhu supaya lapisan bawah melekat cantik pada lapisan atas.

Ads

Kredit resipi & foto: Cik Puan Jue

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI