Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh batter @ tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak cuba? Boleh try resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Memang terbaik! Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Kalau goreng pisang dari pagi sampai petang pun tetap rangup. Guna pisang lembik pun tak serap minyak. Cubalah.
Sedapnya Takoyakihomemade ni! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni. Bagi anda yang gemar makan Takoyaki, saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Ini bukan sebarang resipi tau. Ini adalah resipi yang beliau guna sepanjang 9 tahun menjual snek enak ini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 2. Panaskan acuan takoyaki (dapatkan ACUAN TAKOYAKI disini) dan sapukan minyak masak di setiap lubang. 3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh. 4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.
5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya. 6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah. 7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
8. Pusing dan teruskan pusing bebola Takoyaki sampai mendapat bentuk bulat. 9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. 11. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. 12. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. 13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti. 14. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.
15. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.
Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.
CHEE CHEONG FUN atau RICE NOODLE ROLL Bahan kulit: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar minyak masak 2 cubit garam Air secukupnya Daun bawang (didadu)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan. 3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.
Bahan inti: 1 biji lobak merah (disagat) 1/2 biji sengkuang (disagat) 3 biji bawang merah (diracik) 2 ulas bawang putih (diracik) 3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis
Cara memasak: 1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. 2.Masukkan udang kering. 3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau. 4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili ½ sudu besar gula perang/pasir Minyak bijan (saya tak letak) 1/2 cawan air Bijan
Cara memasak: 1.Masak semua bahan hingga mendidih. 2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan. 3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang
Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN: 1 paket jagung sejukbeku 1 tin krimer pekat manis – beli online disini 3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap) – beli online disini Sedikit air & garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya. 3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.
4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.
5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.
Tanpa sedar, beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia yang kerap diulang sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser jika diambil secara berlebihan dan berpanjangan.