
Ada kalanya kita beli roti sikit, cepat habisnya. Beli roti banyak, tak dimakan pula. Tarikh pun hampir ke tarikh luput.
Jangan dibuang roti itu. Sebaliknya manfaatkan dengan membuat cucur roti. Sedap rasanya. Rangup dan enak dimakan dengan dicecah pada sos ataupun sambal kicap.
Jom kita lihat resipinya.
CUCUR ROTI

BAHAN-BAHAN
4 keping roti sandwic (dicarik-carik kecik)
1 batang sosej (dipotong dadu)
2 sudu besar isi ayam
1 labu bawang besar (hiris halus)
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
1/2 lobak merah (disagat)
1 tangkai cili merah besar (potong kecil)
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur ayam
Sedikit air
2 cawan minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan roti sandwic. Carik-carikkan.

2. Masukkan sosej yang telah dipotong dadu kecil-kecil.
3. Masukkan isi ayam yang telah dicencang.
4. Masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah besar, garam, serbuk kunyit, tepung gandum, serbuk penaik, telur ayam dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Ketepikan.

6. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Masukkan sesudu demi sesudu adunan tadi untuk digoreng.
7. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis adunan yang dibuat.


Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/hU6MOqWsmuc
Sumber: Samsiah Hj Mat Ali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Step By Step Memasak Roti Kerca & Kuah Kari Daging , Menu Sarapan Sedap


Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur. Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah. Sungguh mudah dan terbaiklah bila dijadikan menu sahur
Bagi mereka yang tak nak makan nasi masa sahur, boleh jumpa roti kerca nih.
ROTI KERCA
BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah kari daging:
- 1 keping daging cincang,
- 1 biji kentang, potong dadu kecil,
- 1 tin kecil tomato puri,
- 3 sudu besar rempah kari daging,
- 1 biji bawang besar India,
- 2 ulas bawang putih,
- 1/2 inci halia,
- 1 batang kayu manis,
- 2 kuntum bunga lawang,
- 2 biji buah pelaga,
- 1 kotak kecil santan,
- 2-3 cawan air.
- Secubit garam.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sampai bawang layu.

2. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.

3. Masukkan santan dan air. Kacau rata ya. Kalau masih pekat, tambah lagi ya

4. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali. Jenama apa pun boleh.

5. Gaul rata dan pastikan daging masak.

6. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi.

7. Dah mendidih beriya, masukkan garam.

8. Kalau sudah masak & kuah memekat boleh tutup api.

ROTI CERCA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- Secubit garam
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Sekarang, kita buat rotinya pula. Masukkan tepung gandum, telur, secubit garam dan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.

2. Beginilah selepas dikisar.

3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan dalam sesenduk adunan. Buat nipis seperti lempeng.

4. Kemudian gulungkan seperti ini.

5. Gunting atau potong menyerong.

6. Tuang kuah daging tadi.

7. Tambah bawang goreng dan daun sup.

INFO: Kalau tidak makan daging boleh tukar kepada isi ayam kisar.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Khairul Hakimin Muhammad
INGIN MENCARI BLENDER DAN MESIN PENGISAR YANG BARU, BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
JOM CHECK RESIPI NI LAH PULAK :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi Roti Canai Homemade Sedap & Lembut. Begini Cara Buatnya

Roti canai yang sedap dan lembut tentunya menjadi kegemaran ramai. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang berbaloi kalau belajar buat sendiri. Kos penyediaannya lebih murah dan boleh makan puas-puas. Rasanya pun lebih sedap dan kebersihan terjamin. Anda nak cuba buat sendiri roti canai homemade untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya menggunakan resipi perkongsian saudari Tg Khuzanika. Sangat mudah dan dijamin menjadi.
CARA BUAT ROTI CANAI SIMPLE YANG LEMBUT, RANGUP & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam
2 sudu makan susu pekat – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1 biji telur
2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu, gula, garam dan telur bersama air. Kacau hingga larut.
2. Masukkan tepung dan juga marjerin. Uli hingga menjadi doh kemudian rehatkan selama 10 minit.
3. Kemudian uli doh sekali lagi, kemudian rehat sebentar diikuti diuli kembali hingga mendi doh yang licin, elastrik dan kenyal.
4. Untuk doh ini, jika lembik, tabur tepung secukupnya dan uli hingga dapat tekstur yang elastrik. Jika doh nampak keras, renjis sedikit air dan uli hingga doh nampak lembut.
5. Bila doh sudah sempurna, bulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin di permukaannya. Masukkan ke dalam bekas.
6. Ulang proses membulatkan doh hingga habis. Bila selesai, tuang sedikit minyak ke atas doh tadi.

7. Perap doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap, lagi lembuh tekstur roti canai apabila dimasak nanti.
8. Jika menggunakan Bread Maker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti tepung. Guna mood ‘knead’ 3-4 kali hingga doh menjadi elastik dan kenyal.
9. Untuk memasak, canai doh roti pada dulang hingga nipis.
10. Simpulkan sebegini kemudian bolehlah dicanai sekali dan dimasak.

11. Enak dimakan bersama kuah dhal atau kari.

Kredit resipi & foto: Tg Khuzanika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rencah Kena Tumbuk. Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Masak Kicap Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Cuba Resipi Nasi Goreng Dari TikTok. Sekali Cuba, Perghhh Sedap Rupanya!
Buat Puding Karamel Guna Biskut Lemak. Memang Lebih Sedap Rupanya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Koleksi Resipi Home Made Chicken Wrap. Letak Inti Padat-padat Baru Puas Makan!

Chicken Wrap menu hidangan yang cukup berkhasiat dan mengenyangkan. Buat sendiri di rumah untuk menjamu seisi keluarga. Letak inti padat-padat baru puas makan. Sedap dan mengenyangkan. Lima koleksi resipi chicken wrap untuk anda cuba sendiri di rumah. Ada yang dipanggang dan ada juga yang menggunakan ayam goreng rangup ala KFC. Nak cuba ala shawarma pun ada.
GRILLED CHICKEN WRAP

BAHAN PERAP AYAM
8 keping fillet ayam
Susu segar fullcream
1/2 sudu kecil sos perang
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos bawang putih
1 sudu kecil olive oil (boleh ganti minyak masak)
BAHAN WRAP
1 bungkus wrap
Salad
Lobak merah
Timun
Tomato
Mayones
Sos cili
Sos keju nacho’s
Sos lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Dalam plastik zip lock, masukkan fillet ayam. Perap bersama susu segar fullcream selama 30 minit di dalam peti sejuk.
- Selepas diperap, masukkan fillet ayam dalam mangkuk. Letakkan sos perang, kicap lemak manis, sos barbeku, sos bawang putih dan minyak zaitun.
3. Gaul sebati ayam dengan bahan perapan. Masukkan kembali ke dalam plastik zip lock. Perap dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan ayam. Masak atas kuali leper dengan api sederhana. Terbalik-terbalikkan ayam supaya masak sekata. Setelah masak, angkat dan matikan api. Ketepikan. - Keluarkan wrap. Panaskan seketika atas kuali leper.
- Gunting bahagian tengah separuh bulatan.
- Susunkan ayam fillet pada satu bahagian.
- Susunkan salad, lobak merah, timun dan tomato.
- Letakkan mayones, sos cili, sos keju nacho’s dan sos lada hitam.
- Lipat kemas wrap.
- Siap untuk dihidangkan
Kredit resipi: Nurul Jannah
TORTILLA CRISPY CHICKEN WRAP

Bahan-bahan:
Roti tortila jenama mission/gardenia
Nugget tempura jenama apa tak kisah, saya pakai ramly.
Sos cili/tomato
Mayonis
Sos cheezy nachos
Sos blackpaper
Sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam-masam sikit, bolehlah letak)
Salad, tomato, timun, carrot,bawang Holland
Cara membuat:
1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar kejap je dalam 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nk balut kalau keras.
2. Goreng nugget sampai garing. Kemudian potong nugget kecil-kecil macam dalam gambar tu ye.
3. Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang, kemudian bawang Holland potong nipis-nipis.
- Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, kemudian baru tuang sos-sos yang ada ikut citarasa korang la nak letak banyak mana. balut kemudian dah siap.
Kredit petua & foto: Siti Husni
CHICKEN WRAP ALA KFC

BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla
Isi ayam | bahagian dada & potong kecil-kecil
Salad
Tomato
Lobak | dihiris halus
Timun | dihiris halus
Cheese
Mayonis
Sos thousand island
Tepung kentucky | salutkan pada ayam
CARA PENYEDIAAN:
- Bakar roti tortilla di dalam oven lebih kurang 2 hingga 3 minit.
- Salut ayam dengan tepung kentucky. Kemudian goreng hingga kekuningan.
- Sapu rata mayonis di atas roti tortilla dan letak bahan-bahan: ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island.
- Akhir sekali, gulung roti. Siap!
CHICKEN WRAPS SEMPOI

BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
- Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
- Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
- Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
- Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
- Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
- Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.
Kredit: Ana Watie Mua
HOMEMADE SHAWARMA WRAP

BAHAN ROTI LAFFA :
1 ½ cawan air suam*
1 sudu kecil gula* – beli online di sini
1 sudu besar yis kering (macam mauri pan)* – beli online di sini
3 cawan tepung gandum (apa-apa jenama pun) – beli online di sini
2 sudu teh garam
1-2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini
CARA-CARA:
- Campurkan bahan bertanda * dalam bekas dan kacau hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain campurkan, tepung gandum dan garam.
3. Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
4. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk. - Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat. Panaskan grill pan.
6. Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
7. Masak dalam 30 saat -1 minit. Angkat, letak dalam bekas suam.
DAGING/AYAM SHAWARMA
BAHAN A:
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu kecil bunga cengkih – beli online di sini
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice”
½ sudu kecil serbuk cardamom
½ sudu kecil serbuk cinnamon
½ sudu kecil oregano/thyme
½ sudu kecil serbuk buah pala
½ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil serbuk halia
1/4 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini
*kisar kering semua bahan di atas
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN B:
1kg daging
¼ cawan jus lemon segar
¼ cawan cuka putih
¼ cawan minyak zaitun
CARA MASAK:
- Campurkan serbuk yang telah dikisar dengan bahan B kecuali daging.
2. Kemudian, sapukan ramuan ini pada daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak. - Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan.
4. Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.
BAHAN SOS TAHINI:
2 sudu teh pes tahini
3 ulas bawang putih
½ cawan lemon jus
1 sudu teh garam
*kisar semua bahan hingga halus
Kredit resipi: Ummu Ashraf
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

