Ads

Ikan Kukus Ala Cina, Lauk Berbuka Sedap & Sihat.

Kukus antara cara masakan yang mudah dan tidak perlu lama mengukus. 15-20 minit dah masak. Selain mudah, lauk anda juga lenbih sihat dan banyak resipi menggunakan kaedah ini, antaranya menu ikan kukus. Berikut RASA kongsikan resipi Ikan Bawal Kukus Ala Cina yang simple tapi dijamin keenakannya. Anda boleh mencubanya.

IKAN KUKUS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1-2 ekor ikan bawal | bergantung pada saiz
4cm halia dihiris halus memanjang
Batang daun bawang | hiris
8-10 biji cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
BAHAN SOS:
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan gula

Ads

CARA MEMBUAT:

Ads
Ads
  1. Ikan dicuci bersih kemudian toslkan.
  2. Sementara itu, goreng bawang putih hingga warna kuning keemasan.
  3. Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.
  4. Kukus ikan bersama hirisan halia dan cili dalam pengukus yang telah dipanaskan.
  5. Selepas lima minit, tuangkan bahan sos. Kukus lagi lima minit atau hingga masak.
  6. Tutup api dan tuangkan bahan goreng tadi.
  7. Ikan sedia dihidangkan.

Kredit: raja azreen
Resepi Masakan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

10 Rempah Penting Dalam Masakan India, Rahsia Hidangan Lebih Wangi

Kenali 10 rempah masakan India yang penting seperti jintan putih, kunyit dan garam masala. Ketahui fungsi setiap rempah untuk hidangan lebih wangi.