Majalah masakan Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali yang pastinya menyajikan pelbagai resipi menarik kepada penonton. Berbeza dengan program masakan Rasa: Instafamous, kali ini Aunty Aini akan memasak serta berkongsi dapur bersama selebriti dan instafamous terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam dikalangan peminat di Instagramnya.
Norzaini Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Aini; tentunya sudah ramai yang mengenali wanita hebat ini. Kehebatannya dalam bidang masakan pastinya bukan biasa-biasa. Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yap adalah antara chef-chef tersohor yang pernah berkunjung ke restoran miliknya; Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam program mereka, Aunty Aini begitu bersahaja memasak sambal berkongsi pelbagai petua memasak masakan Melayu. Malah dia langsung tidak ‘canggung’ berkongsi dapur dengan chef-chef hebat yang punya program memasak sendiri yang sememangnya popular serata dunia.
Manakala, Adam yang merupakan finalis rancangan realiti masakan, kini mempunyai 361,000 pengikut di laman Instagramnya, yang dipenuhi dengan gastronomi menyelerakan sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu. Siapa sangka Adam yang pada mulanya tidak pandai memasak sebelum ini, menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Menurut jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun ini, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK. Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.
Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan bermula 29 Oktober 2018, setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Disini kami kongsikan resipi-resipi yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam dalam episod pertama program masakan Rasa: Ketuhar Kuali..Selamat mencuba!
1. JEJARI AYAM BERSAMA SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. MAC & CHEESE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
3. SANDWICH TAT TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!