Kerepek kentang adalah salah satu jajan yang sedap dan disukai ramai. Jajan memang mengasyikkan kalau dimakan sambil tonton televisyen. Krup krap krup krap je kan? Nak buat sendiri jajan untuk dimakan seisi keluarga? Jom try resipi yang dikongsikan oleh Cahaya Malaika melalui chanel Telegram KakiMakan ni. Senang je nak buat tau.
BAHAN-BAHAN
6 biji kentang (mengikut kuantiti yang diperlukan)
Satu periuk air (untuk merebus kentang)
Sedikit garam (tak nak letak pun boleh)
2 sudu cuka makan
Serbuk cili
Serbuk cheese
Gula halus
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh kentang. Kentang tak perlu buang kulit.
2. Hiris kentang nipis-nipis. Lebih mudah menggunakan penyagat atau slicer.
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3 minit sahaja. Ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng.
5. Basuh dan toskan kentang. Biarkan kentang kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.
6. Kentang kena betul-betul kering supaya rangup.
7. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
8. Gaul kentang dengan serbuk cili, serbuk cheese dan gula halus.
9. Simpan kerepek kentang dalam bekas.
INFO
Kalau tak nak letak apa-apa perasa pun boleh makan macam tu dah sedap.
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Bawang goreng memang enak diletak dalam pelbagai hidangan masakan. Jika buat sendiri secara homemade, rasanya memang lebih sedap berbanding bawang goreng yang dibeli. Cuma kadang-kala, kita tak tahu cara betul untuk pastikan bawang goreng ni kekal rangup dalam tempoh masa yang lama. Jom cuba cara ni. Boleh buat stok untuk puasa.
DIY BAWANG GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang rose dan bawang putih dalam air selama 1/2 jam. Kemudian toskan bawang dan kupas kulit.
2. Basuh bawang tadi hingga bersih dan keringkan. Boleh letak atas tuala bersih supaya betul-betul kering.
3. Hiris bawang nipis-nipis kemudian gaulkan dengan garam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak masak dengan secukupnya. Bila dah betul-betul panas, sederhanakan api dan masukkan bawang. Kacau selama 4 minit.
5. Kemudian kuatkan api selama 60 saat. Pada waktu ni, pastikan bawang sentiasa dikacau. Kemudian kecilkan api. Teruskan mengacau bawang sehingga masak sekata.
6. Angkat bawang goreng dan toskan minyaknya. Letak dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum ditutup.
7. Untuk kekal rangup, letak bawang goreng dalam bekas dedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya bawang goreng memang tahan lama.
Ketahui cara pilih strawberi yang segar, manis dan tahan lama dengan 7 tip mudah. Elakkan buah cepat rosak dan pilih strawberi berkualiti setiap kali membeli.